Rutin Check Up Bonda Di Kks Singgah Makan Di Tea Garden


Pepagi lagi Kak Ndak dah peringatkan yang bonda ada temujanji di Klinik Kesihatan Setapak (KKS) kat dalam grup family. Peringatan tu untuk adik beradik alert akan kesihatan bonda, ingatan buat chef Ross (adik) yang akan jadi chauffeur tapi bagi umi, no hal sebab dah set reminder dalam handphone.





Rutin Bawa Bonda Check UpSeawal jam 7.30 chef Ross dah sampai rumah bonda dan usai sampai jer umi terus siapkan bonda, tukarkan dari kain batik ke seluar panjang untuk bonda dan tukarkan bonda, jika perlu ditukar. 




Next angkat bonda ke kerusi roda, tolak sampai ke tangga dan adik pula akan angkat bonda menuruni tangga terus ke dalam kereta. Mujur saja rumah bonda ni di tingkat 1, kalau tingkat 2 atau atas, memang jenuhlah juga, walau bonda dah semakin kurus dan semakin ringan.


Adik akan pandu sampai ke bangunan dan dudukan bonda ke kerusi roda dan gerak ke kitchen atau parkir kereta sementara menunggu urusan kami selesai. Kalau cuma ambil darah tu memang tak la lama sangat tapi kalau ada rutin check up memang ambil masa dalam setengah hari.


Alhamdulillah, kami diberi rezeki untuk berbakti pada orang tua dan syukur yang bonda masih, masih waras dan masih mengenali kami semua walau kadang-kala tu lupa yang abah dah tak ada. Bila diberitahu, bonda akan cakap "oh mak lupa"


Kaunter PendaftaranWaktu kami sampai tu, macam agak lengang tapi mungkin sebab temujanji jam 8 pagi, jadi mereka yang hadir pun semestinya sama waktu dengan bonda.


Ni kali kedua umi bawa bonda sendirian tanpa Kak Ndak sebab kesian pulak kalau dia ada sama di waktu pagi sementara rutin dia di waktu petang.

Hari tu ternampak kat X dan Threads, ada yang nak boikot hospital kerjaan, klinik kerajaan sebab lambat servisnya. Memang bagus juga kalau ada yang boikot jadi kami yang tak komplen ni boleh buat urusan tanpa sesak

Diaorang tau servis kat klinik kerajaan ni berkualiti dan murah, lagi nak banyak bising. Kalau banyak sangat duit, pergi jelah kat klinik swasta. Tak payah nak ajak orang boikot bagai. 
Proses Check-upSesampai tu kenalah beratur untuk dapat nombor sementara bonda yang berkerusi roda diletakkan di ruang lain oleh mak security yang baikhati membantu.. Walau agak ramai yang beratur tapi proses ni memang kejap je.


Bila dah dapat nombor tu, umi pergi balik kat bonda sementara tunggu nombor dipanggil.


Suasana gini memang biasa, kami dah biasa dan faham sejak ambil tugasan untuk rutin bonda, rutin Allahyarham abah dan mungkin juga untuk kami juga suatu hari nanti.


Bilik No 9 Bila dapat balik buka biru, kena letak di bekas depan bilik nombor 9 untuk dipanggil. Kat bilik ni pesakit akan diperiksa BP oleh jururawat.



Bilik No 10, Jumpa DoktorSelesai di bilik no 9, kena tunggu lagi untuk nombor dipanggil tapi umi dah tahu bila nombor naik di skrin, umi harus bawa bonda ke bilik no 10. 


Kat sini, doktor akan tengok rekod dan bertanya serba sedikit pada bonda.   



Menurut doktor, rekod kesihatan bonda ni sangat baik cuma perlu lebih minum air mineral bagi menambah garam dalam badan.


Bilik No 14, TemujanjiProses ni pun tak lama, selesai sesi dengan doktor, umi kena tunggu lagi untuk dipanggil bagi mendapatkan  tarikh temujanji seterusnya di bilik no 14.


Sebenarnya umi ni silap menunggu di depan kaunter temujanji tapi menurut Kak Ndak, dah lama dah urusan temujanji ditukar ke bilik no 14.


Selesai ambil temujanji, umi harus ke kaunter farmasi  untuk dapatkan bekalan ubat.


Kaunter FarmasiKat bahagian ubat ni pun tak lama nak tunggu sebab untuk warga emas, nombor yang diberikan berbeza dari pesakit yang lain., jadi memang tak lama la



Bila nak ambil ubat ni kena bawa beg besar untuk isi ubatan yang selalunya diberikan dalam jangka masa 3 bulan.


Selesai je dapat ubat, terus umi bawa bonda ke lif untuk balik sementara dah mesej adik yang kami dah otw turun.


Bila sampai kat bawah, dah bagitau adik nak turun lokasi makan ke Aeon Wangsa Maju sebab dah selalu sangat bawa bonda ke CRS di Aeon Big.


Waktu melalui pintu utama, terpandang pula Kafe Tea Garden. jadi kami terus tukar dari CRS ke Tea Garden.



Makan Tengahari Di Tea GardenSebenarnya masa ambil minuma kat Luckin Kopi haritu, umi dah terpandang kafe ni dengan gambar sourdough yang menyelerakan 

Sebenarnya umi taklah lapar sangat jadi umi ambil Char Kew Tiau 


Nasi Goreng ni kami pilih buat bonda sebab balik nanti umi tak payah dah nak masak untuk bonda. Bonda pun dah kenyang dan bila balik nanti boleh rehat dan baring.

Umi pilih air Pandan Halia, air cincau buat bonda dan umi pilihkan green tea untuk adik yang tidak berapa sihat. Memang recommended air minuman kat sini. 


Selesai makan tu sempatlah kami pusing masuk ke Aeon tengok barangan eletrik. Bukan nak beli tapi nak usha jer kot ada yang terberkenan.


Tapi bonda mananya nak lama sebab dia dah mengantuk dan sakit bahagian belakang. Jadi memang nak kena balik la dan lagipun umi pun nak balik rumah untuk memasak.



Sekali lagi adik akan angkat bonda dari kerusi roda ke dalam kereta dan keluarkan bonda dari kereta dan dukung untuk naik tangga dan letakkan di atas kerusi roda semula untuk ditolak balik ke dalam rumah.


Memandangkan bonda dah letih sangat, terus angkat bonda ke atas katil, tukarkan diaper dan kain batik; Tak lama tu terus bonda lelap. Letih sangat tu.


Done check-up bonda untuk tahun 2025, selepas ni perlu ambil ubat  di KKS dan HTM tapi kalau temujanji di Hospital Tunku Mizan memang Kak Ndak perlu ada untuk iring bersama.  


                                       


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2025/12/rutin-check-up-bonda-di-kks-singgah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Mengopi Di Needs Coffee

Makan Mengopi Di Needs Coffee

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum WBT MERIAH dah kedai kedai di Taman Pulai Mutiara 2 Kedai makan pun banyak ada De Selera Pantai Timur yang Sk pernah cerita sebelum ini Ada kedai ayam goreng Pak Sheikh dan nampak kedai ayam goreng Ahmad juga akan dibuka Ada...
Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 217 hits
Berhajat nak makan tengahari di Gastrohub Nilai lepas Tapi tengok kereta banyak kat ruang parkir Tak jadilah nak makan kat situ Malas nak tambah keramaian dan malas nak tunggu lama Tak idea nak makan kat mana di Nilai ni Sudahnya singgah ma...
Nanas Dan Khasiatnya Cara Sa Makan Nanas

Nanas Dan Khasiatnya Cara Sa Makan Nanas

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 223 hits
Assalamualaikum wrt Terdapat pelbagai buah buahan tropika yang kaya dengan manfaat antaranya adalah buah nanas Korang suka makan nanas Nanas bukan sahaja sedap dan menyegarkan tapi juga penuh dengan kebaikan untuk kesihatan Berikut beberapa...
Mitos Telur Bongkar Fakta Mengejutkan Yang Akan Ubah Cara Anda Makan Telur

Mitos Telur Bongkar Fakta Mengejutkan Yang Akan Ubah Cara Anda Makan Telur

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 183 hits
Mitos telur sering kali buat ramai keliru Telur adalah antara makanan paling murah paling berkhasiat dan paling mudah dimasak Tapi dalam masa yang sama telur juga adalah makanan yang paling banyak diselubungi mitos Ada yang kata makan telur...
Pekerja Kedai Makan Cedera Terjatuh Dalam Mendapan Tanah

Pekerja Kedai Makan Cedera Terjatuh Dalam Mendapan Tanah

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 163 hits
NURUL IZZATI ZAINIMendapan tanah di sebuah kedai makan di Apartmen Sri Meranti Ara Damansara Petaling Jaya petang tadi Foto BOMBA SELANGORPETALING JAYA Seorang pekerja sebuah kedai makan berdepan detik cemas setelah terjatuh ke dalam lubang...
Makan Di Hua Mui Kopitiam Yang Berwajah Baru

Makan Di Hua Mui Kopitiam Yang Berwajah Baru

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum WBT PAGI tadi sampai dekat simpang keluar menghala ke arah Gelang Patah gerimis mula mengundang Ramai penunggang motosikal berhenti di kiri jalan untuk menyarung baju dan seluar hujan Gerimis tadi mula bertukar lebat Masuk s...
Pengkhianat Negara Ketua Spy Risikan Atm Makan Rasuah Upah Tidak Lapor Seludup Rokok

Pengkhianat Negara Ketua Spy Risikan Atm Makan Rasuah Upah Tidak Lapor Seludup Rokok

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 148 hits
MOHD SHARKAWI LONDINGKAMARULZAMAN didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan meminta rasuah RM1 500 sebagai upah tidak melaporkan aktiviti penyeludupan rokok di perairan Johor Selatan tiga tahun lalu Foto BAZLAN IBRAHIM...
Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

Senarai Filem Melayu 2026

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Quick Diet Dinner Recipes Veg

Tanggungjawab Yang Hilang Arah

Vicky Salamor Cinta Beda Agama Chord

Angka Yang Tidak Pernah Menjerit

Seller Luah Rasa Banyak Parcel Return Netizen Ingatkan Kesan Pada Peniaga Kecil

Kalau Selalu Ugut Tapi Tak Keluar Pun Ugutan Akan Jadi Tumpul