Kecilkan Kabinet Henti Pelantikan Senator Menjadi Menteri


Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Negara sebesar China menteri Kabinetnya sekitar 20-25 orang sahaja PERDANA Menteri telah pun dilantik. Tahniah. Akan diikuti dengan pembentukan Kabinet. Tugas yang amat berat menanti, mengurus negara ketika pandemik dan krisis memuncak. Beberapa perkara perlu diambil kira.
Pertama, tidak perlu kepada kerajaan perpaduan, kerana ramai pakar dan profesional berada di dalam dan di luar parti. Menjemput pembangkang, terutama jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), akan menjadikan keadaan huru-hara, terutama rahsia kerajaan yang tidak mustahil dibocorkan terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tidak mustahil pembangkang turut berperanan menjatuhkan kerajaan dari dalam, berdasarkan kepada bukti-bukti sebelum ini. Kalau ketika di luar kerajaan pun sudah huru-hara, bagaimana apabila berada di dalam. Sukar dipercayai. Tengok sahaja gelagat mereka di Parlimen ketika rakyat susah.
Kedua, jika jawatan TPM menimbulkan masalah dek kerana perebutan daripada pelbagai parti termasuk daripada Sabah dan Sarawak, maka wujudkan semula jawatan Menteri Kanan. Lantik dari dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN), UMNO, Bersatu, PAS, GPS atau GRS. Kekananan kementerian ini mestilah berkait rapat dalam tatacara menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi serta kebajikan rakyat.
Ketiga, kecilkan Kabinet. Ia memang sukar untuk dilakukan kerana 114 ahli sedang menunggu untuk dilantik. Tidak logik langsung, negara sekecil Malaysia, mempunyai terlalu banyak kementerian dan menteri dan timbalan yang akan mengetuainya. Negara sebesar China dengan penduduk 1.4 bilion, dan negara-negara maju lain, menteri Kabinetnya sekitar 20-25 orang sahaja. Memang tidak dinafikan bahawa dengan mengecilkan, akan menimbulkan rasa tidak puas hati, maklumkan, wakil-wakil parti berlainan agak banyak, tetapi inilah tuntutan pengorbanan dalam ‘Kabinet perang’. Kebajikan rakyat jauh lebih penting daripada lain. Jika wakil rakyat tidak sanggu berkorban untuk rakyat dan negara, jangan jadi wakil rakyat. Hentikan pembaziran wang rakyat.
Keempat, hentikan pelantikan senator ke jawatan menteri dan timbalan, kerana ia tidak membawa manfaat kecuali, kementerian kritikal yang memerlukan kepakaran tertentu, terutama yang berkaitan pendidikan dan pengajian tinggi. Menteri agama tidak perlukan senator untuk menjadi menteri, kerana ramai lagi Ahli Parlimen berlatar belakangkan agama. Lagipun sudah tentu 114 Ahli Parlimen PN sedang menantikan-nantikan jawatan untuk mereka. Senator-senator yang ada sudah tentu akan menghalang mereka. Jika pelantikan senator terus dibuat, sudah tentu akan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka. Mereka akan mempersoalkan apakah mereka layak untuk jawatan itu?
Kelima, pastikan menteri dan timbalan yang dilantik, ada watak pendamai dan qawiy al amin. Watak pendamai ini amat penting dalam situasi krisis politik hari ini. Lebih-lebih lagi mereka yang berwibawa, amanah dan bersih latar belakangnya daripada segala skandal dan rasuah.
Keenam, dalam menghadapi PRU15, memberikan jawatan kepada pembangkang dalam Kabinet, tidak akan menguntungkan dari segi strategi. Memang ia baik dan telah pun berlaku sebelum ini, juga di negara lain, tetapi belum sesuai untuk di Malaysia, kerana di dalam kalangan kita ramai si kitol dan mandeliar.
Akhirnya, banyak lagi yang mahu disebut, cukuplah setakat ini dahulu. Apapun rakyat sedang melihat kamu semua wahai Ahli Parlimen, pemimpin negaraku. Rakyat menuntut pengorbanan wakil rakyat ketika mereka sedang susah. Ingat! Rakyat melihat apa yang kamu buat, bukan yang kamu cakap. Cakap tak serupa bikin tidak ada erti, jika tidak diterjemahkan. Lakukan segera. ISMA WEB


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/kecilkan-kabinet-henti-pelantikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Kedah Ucap Tahniah Pelantikan Barisan Jemaah Menteri Baharu

Mb Kedah Ucap Tahniah Pelantikan Barisan Jemaah Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 211 hits
MB Kedah ucap tahniah pelantikan barisan jemaah menteri baharu Kerajaan Kedah merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kabinet Keluarga Malaysia yang baharu dilantik pada Jumaat Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan ne...
Dr Zulkifli Ucap Tahniah Kepada Kabinet Baharu Tweet Bekas Menteri Agama Buat Ramai Sayu

Dr Zulkifli Ucap Tahniah Kepada Kabinet Baharu Tweet Bekas Menteri Agama Buat Ramai Sayu

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 227 hits
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri yakin dengan barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Dato 8217 Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Dalam satu kenyataan di laman Twitter belia
Lihat Kabinet Menteri Indonesia Ni Ludah Jilat Semula

Lihat Kabinet Menteri Indonesia Ni Ludah Jilat Semula

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 190 hits
HAMZAH RIE NADAH LUDAH JILAT BALIK Muka tak tahu malu sorang letak jawatan Menteri lepas tu terima balik jawatan Menteri yg sama Sorang berdegor ugut tarik sokongan kerajaan PN lepas tu terima jawatan Menteri untuk dapat nyawa Begitulah waj...
Muhyiddin Tiba Di Pejabat Perdana Menteri Akan Pengerusikan Mesyuarat Kabinet 10 Pagi

Muhyiddin Tiba Di Pejabat Perdana Menteri Akan Pengerusikan Mesyuarat Kabinet 10 Pagi

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 435 hits
gerakmalaysia com by PUTRAJAYA Ogos 16 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra kira kira pukul 8 07 pagi ini Beliau tiba diiringi polis pengiring sebelum memasuki Pintu Protokol malah sempat menurunk...
Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 270 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini Bagamanapun tiada pengumuman berhubung lantikan jawatan Timbalan Perdana Menter...
Selesai Mesyuarat Kabinet Terakhir Pn Menteri Pas Beri Isyarat Kerajaan Muhyiddin Bakal Tumbang

Selesai Mesyuarat Kabinet Terakhir Pn Menteri Pas Beri Isyarat Kerajaan Muhyiddin Bakal Tumbang

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 356 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali memberi isyarat jelas dan menguatkan lagi spekulasi peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Menerusi kenyataan di Facebooknya Khairuddi...
Warna Warni Ismail Dari Pemimpin Mahasiswa Menjadi Perdana Menteri Pandemik

Warna Warni Ismail Dari Pemimpin Mahasiswa Menjadi Perdana Menteri Pandemik

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 214 hits
Jika ada senarai orang yang mungkin menjadi perdana menteri pada satu hari nanti Ismail Sabri Yaakob seperti Abdullah Ahmad Badawi yang berkhidmat dari 2003 hingga 2009 mungkin tidak berada di dalamnya Namun tidak seperti Abdullah yang mend...
Jawatan Panas Yang Menjadi Tumpuan Dalam Kabinet Ismail Sabri

Jawatan Panas Yang Menjadi Tumpuan Dalam Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 347 hits
AGENDA DAILY Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membaca ikrar sumpah memegang jawatan Perdana Menteri di Istana Negara Kali pertama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentuk Kabinetnya dan Agenda Daily ingin memberi tumpu...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas