Kecantikan Wanita Dari Pandangan Lelaki


Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik dan sedap mata saat memandang, tetapi benarkah rupa cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti?
Gambar Hiasan
Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya. Tetapi awas..

Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.

Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi.

Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya. Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.

Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.

Kerana apa?

Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.

Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa.

Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda.

Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.

Wajah Yang Cantik

Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak. Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?

Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.

Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya.

Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.

Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak.

Tetapi, belum pun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu jugalah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.

Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang.

Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.

Wanita Yang Matang

Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.

Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.

Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti.

Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.

Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.

Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Inconnue, Wanita Yang Paling Banyak Dicium!Apa Sebenarnya Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/03/kecantikan-wanita-dari-pandangan-lelaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Sekeluarga Termasuk Wanita Hamil Maut Ditetak Di India

5 Sekeluarga Termasuk Wanita Hamil Maut Ditetak Di India

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 319 hits
5 sekeluarga termasuk wanita hamil maut ditetak di India nbsp Dikemas kini 47 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Nov 2019 1
Wanita Beranak Melalui Lubang Dubur Dr Amalina Bengang

Wanita Beranak Melalui Lubang Dubur Dr Amalina Bengang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 493 hits
Aduhai pecah perut melihat gelagat segelintir masyarakat yang terlalu ingin tahu mengenai sesuatu hingga mengutarakan soalan yang agak tidak masuk akal Perkara ini dikongsikan Doktor Amalina Che Bakri menerusi ruangan Twitternya Jenuh Dr Am...
Sambut Kelahiran Bayi Doktor Lelaki Muslim Atau Doktor Wanita Bukan Islam Lebih Utama

Sambut Kelahiran Bayi Doktor Lelaki Muslim Atau Doktor Wanita Bukan Islam Lebih Utama

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 374 hits
SOALAN Siapakah yang lebih diutamakan antara doktor lelaki Muslim dengan doktor perempuan bukan Muslim bagi menyambut kelahiran bayi JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Katakanlah kepada orang orang lelaki yang beriman supaya merek...
Lelaki Serang Wanita Muslim Yang Hamil Di Cafe

Lelaki Serang Wanita Muslim Yang Hamil Di Cafe

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 302 hits
Beberapa hari yang lalu seorang pengguna BirdsOfJannah dari Twitter memuatnaik sebuah video tentang seorang lelaki menyerang wanita muslim yang sedang hamil Rana Elasmar di sebuah cafe yang terletak di Sydney Australia Cuba korang tengok vi...
Cubaan Penyamun Cuba Pecah Masuk Rumah Gagal Apabila Dia Dibelasah Teruk Bekas Peninju Wanita Berusia 82 Tahun

Cubaan Penyamun Cuba Pecah Masuk Rumah Gagal Apabila Dia Dibelasah Teruk Bekas Peninju Wanita Berusia 82 Tahun

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 476 hits
Ibarat buku bertemu ruas seorang penyamun yang cuba memecah masuk rumah milik seorang warga emas berhadapan nasib malang apabila dia dipukul dan dibelasah dengan teruk oleh wanita tua itu Wanita berusia 82 tahun dikenali sebagai Willie Murp...
Pesta Sabu Di Hotel Seorang Polisi Di Bondowoso Diciduk Bersama Dua Wanita

Pesta Sabu Di Hotel Seorang Polisi Di Bondowoso Diciduk Bersama Dua Wanita

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 822 hits
Tersangka sehari hari berdinas di Polsek Tenggarang Bondowoso dengan pangkat Brigadir Polisi
Mangsa Ditekup Dengan Bantal Sehingga Mati Peguam Kongsi Detail Kes 3 Penuntut Kolej Bunuh Teman Wanita Bapanya

Mangsa Ditekup Dengan Bantal Sehingga Mati Peguam Kongsi Detail Kes 3 Penuntut Kolej Bunuh Teman Wanita Bapanya

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 1277 hits
https ift tt 2DscHOg Gara gara bimbang teman wanita buat laporan polis berhubung kehilangan barang kemas ibunya suspek tergamak bersuhabat dengan dua rakannya untuk membunuh pensyarah dan bapanya yang merupakan pesara Kes pembunuhan ini ber...
Da I Farhan Dedah Terpaksa Tolak 18 Wanita Ajak Berkahwin Akur Kepada Calon Ke 19

Da I Farhan Dedah Terpaksa Tolak 18 Wanita Ajak Berkahwin Akur Kepada Calon Ke 19

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 1797 hits
Kontroversi perkahwinan juara Da i musim kedua Nik Ahmad Farhan dengan janda beranak lapan masih hangat diperkatakan dan kali ini dia mendedahkan sebelum ini pernah dipelawa oleh 18 orang wanita untuk menjadi isteri keduanya BACA Bagaimanap...
Hanya Dua Penyanyi Wanita Lolos Ke Ajl34 Ini Senarai 12 Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu 34

Hanya Dua Penyanyi Wanita Lolos Ke Ajl34 Ini Senarai 12 Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu 34

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 793 hits
Separuh Akhir Muzik Muzik 34 yang berlangsung selama tiga minggu dengan 30 buah lagu telahpun tamat sebentar tadi Pengacaranya Sherry Al Hadad dan Haziq telahpun mengumumkan 12 buah lagu yang layak ke AJL 34 Daripada 12 tempat tersebut empa...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini