Mangsa Ditekup Dengan Bantal Sehingga Mati Peguam Kongsi Detail Kes 3 Penuntut Kolej Bunuh Teman Wanita Bapanya


https://ift.tt/2DscHOg
Gara-gara bimbang teman wanita buat laporan polis berhubung kehilangan barang kemas ibunya, suspek tergamak bersuhabat dengan dua rakannya untuk membunuh pensyarah dan bapanya yang merupakan pesara. 
Kes pembunuhan ini berlaku pada 9 Mac 2012. Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, didapati bersalah dan dikenakan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan membunuh pensyarah Zara Eleena, 23 (OKU), dan bapanya, Omar Peter, 56 di rumah di Taman Kinrara, Puchong. 
Kes kembali viral di media sosial yang dimuat naik oleh peguam Sir Kamarul di Twitternya

DULU pernah ada kes duit hilang sebab boyfriend curi. Takut kena tangkap polis, boyfriend pun menyamar dan berlagak macam ustaz. Kononnya boleh merawat penyakit dan menghalau hantu pada duit yang hilang. Rawatan yang dibuat rupa-rupanya membawa satu kisah ngeri. 
Kes ini tercetus angkara kehilangan duit dan barang kemas kepunyaan mangsa dan ibu mangsa. Barang kemas dan duit tersebut sebenarnya telah dicuri oleh suspek. Suspek cuba menafikan dia yang mencuri dengan menyuruh mangsa menjalani rawatan tradisional. 
Rawatan itu perlu bagi menghalau hantu yang dikatakan ada pada duit yang hilang. Suspek bersama tiga rakannya yang lain merupakan penuntut di sebuah kolej di ibu negara dan mangsa dipercayai merupakan pensyarah dan juga kekasih kepada suspek utama

Ketika rawatan hendak dijalankan, barang kemas emak mangsa dikumpul dan diletakkan di dalam satu bekas plastik. Barang kemas tersebut diberikan kepada suspek utama

Rawatan pertama kali sepatutnya dibuat di rumah mangsa telah dibatalkan tanpa alasan yang jelas diberikan. 
Dua hari kemudian, suspek bersama tiga rakannya berkumpul. Mereka ingin merancang sesuatu. Kali ini bukan rawatan tradisional yang mahu dibuat. Suspek utama yang merupakan kekasih kepada mangsa tahu mangsa akan membuat laporan polis tentang kehilangan wang dan barang kemas. 
Suspek pun gelabah. Dia mungkin akan dipenjara dan disebat atas kesalahan mencuri. Jadi, dia dan rakannya perlu bertindak pantas. Suspek memberikan sarung tangan dan tali kepada tiga rakannya. Mereka rancang nak membunuh mangsa dan ayahnya

Pada hari kejadian, ibu mangsa tiada di rumah bersama mangsa dan ayahnya kerana telah pulang ke kampung halaman di Johor. Ketika itu, suspek dan tiga rakannya datang ke rumah mangsa. Mangsa ingatkan mereka mahu membuat rawatan seperti yang dijanjikan, tetapi mangsa sebenarnya diperangkap. 
Ketika tiba di rumah mangsa, suspek dan seorang kawannya keluar sekejap dari rumah mangsa untuk berjumpa dengan seseorang di tempat lain. Yang tinggal di rumah hanyalah ayah mangsa dan dua rakan suspek. 
Ayah mangsa dan dua rakan suspek sama-sama menonton tv ketika itu. Salah seorang daripadanya bangun dan pergi ke tandas. Dia kembali dengan memakai sarung tangan

Rakan suspek itu terus menarik ayah mangsa dan mengikat tangan dan kaki. Hidung dan mulut ayah mangsa ditutup. Ayah mangsa kemudian ditarik ke dalam bilik paling depan. 
Rakan suspek terus menutup hidung dan mulutnya sehingga tidak lagi bernafas. Setelah ayah mangsa tidak lagi bernafas, mereka semua duduk di ruang tamu menunggu mangsa dan suspek sampai. 
Semasa mangsa tiba di rumahnya, mangsa ingin berjumpa dengan ayahnya tetapi dihalang oleh suspek. Mangsa dibawa ke bilik belakang dan disitu mangsa pula dikerjakan. Muka mangsa ditutup dengan bantal. Mangsa meronta-ronta, kemudian terkulai dan meninggal dunia

Selepas kejadian itu, kesemua suspek melarikan diri ke utara tanah air. Kematian mangsa dan ayanya dapat dihidu oleh ibu mangsa yang berasa curiga kerana dia tidak dapat berhubung dengan anak dan suaminya beberapa hari sebelum kejadian. Firasatnya menjangkakan perkara buruk terjadi. 

Laporan polis dibuat oleh ibu mangsa. Suspek dan tiga rakannya telah ditahan dan didakwa atas kesalahan membunuh. Mahkamah Tinggi telah mendapati suspek dan dua rakannya bersalah dan digantung sampai mati. Seorang rakan suspek dilepaskan dan dibebaskan. 
Peguam bela suspek kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Suspek dikatakan tidak terlibat membunuh ayah mangsa. Suspek tiada di tempat kejadian ketika ayah mangsa dibunuh. Adakah hujahan ini diterima oleh mahkamah? 
Panel Hakim Mahkamah Rayuan menolak hujahan peguam bela suspek. 'Presence is not necessary to constitute participation in every case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence' (kes Mahkamah Persekutuan, Farose v PP). 
'What took place in the accused's house is sufficient to show the existence of common intention amongst four accused persons to murder. 
'This is the pre-arranged plan that was hatched to commit the offence.'
Peguam bela suspek juga berhujah mangsa dan ayahnya meninggal tidak dibuktikan dengan jelas melalui bukti perubatan ianya mampu menyebabkan mereka mati. Mereka meninggal mungkin kerana lebihan dos paracetamol. Tetapi, hujahan peguam bela ditolak. 
'The evidence had indeed revealed both deceased died on account of being smothered by accused person, both had died of asphyxiation'. Jadi, punca kematian mangsa dan ayahnya memang telah dibuktikan dengan jelas. 
Panel hakim Mahkamah Rayuan, YAA Aziah Ali, Rohana Yusuf dan Ahmadi Haji Hasnawi pada Mac 2017 telah menolak rayuan peguam bela suspek. Kesemua suspek kekal bersalah dan dihukum gantung sampai mati. 
Keputusan Mahkamah Rayuan dirayu peguam bela suspek ke Mahkamah Persekutuan. Pada Mac 2018, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, YAA Tun Md Raus Sharif telah mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang dikenakan. Semua suspek bersalah dan dihukum gantung sampai mati. 
Penghakiman penuh kes boleh dirujuk dalam Mohamad Zul Shahril v Public Prosecuter [2017] MLJU 274, Mahkamah Rayuan Putrajaya

Sumber: Sir Kamarul

from The Reporter https://ift.tt/2XYVYvi
via IFTTT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2019/11/mangsa-ditekup-dengan-bantal-sehingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Nyaris Mati Leher Ditekan Bapanya Yang Berang Dengar Suara Tangisan Mangsa Ketika Mahu Tidur

Bayi Nyaris Mati Leher Ditekan Bapanya Yang Berang Dengar Suara Tangisan Mangsa Ketika Mahu Tidur

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 379 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 25 tahun mengaku bersalah di mahkamah pada 25 November 2019 atas pertuduhan mencederakan isteri dan bayinya Lapor Today Online kejadian itu berlaku di Singapura pada 2 September tahun ini Si bapa ketika it...
Isteri Hidap Kanser Tembak Suami Kerana Enggan Mangsa Bersama Wanita Lain Selepas Kematiannya Sebelum Bunuh Diri

Isteri Hidap Kanser Tembak Suami Kerana Enggan Mangsa Bersama Wanita Lain Selepas Kematiannya Sebelum Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 352 hits
Seorang wanita yang disahkan menghidap kanser menembak suaminya sebelum membunuh diri kerana tidak mahu mangsa menjalinkan hubungan dengan wanita lain selepas kematiannya nbsp Pilaiwan Kimaphan 38 disahkan menghidap kanser pada hujung bulan...
Pasangan Warga Emas Rentung Di Ipoh Dipercayai Mangsa Bunuh

Pasangan Warga Emas Rentung Di Ipoh Dipercayai Mangsa Bunuh

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 668 hits
Polis mengesahkan terdapat unsur jenayah dalam kes kematian pasangan suami isteri yang ditemui rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah apartmen di Taman Meru Impiana Jelapang di Ipoh Perak pada Ahad semalam Dalam kejadian pada jam 3 30 p...
Anak Teman Berniaga Wanita Oku Naik Kerusi Roda Jual Kuih Tepung Pelita

Anak Teman Berniaga Wanita Oku Naik Kerusi Roda Jual Kuih Tepung Pelita

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 347 hits
Kekurangan fizikal tidak membataskan keupayaan seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Ina bagi menjalankan perniagaan kuih tepung pelita di sekitar kawasan Wangsa Maju Kuala Lumpur Lebih kagum apabila wanita itu menaiki kerusi roda sambil...
Saya Menyesal Pelajar Bunuh Janda Anak Satu Kerana Kerap Didesak Mangsa Untuk Bertanggungjawab Di Atas Kehamilannya

Saya Menyesal Pelajar Bunuh Janda Anak Satu Kerana Kerap Didesak Mangsa Untuk Bertanggungjawab Di Atas Kehamilannya

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 424 hits
The ReporterSeorang pelajar ditahan polis kerana disyaki membunuh seorang janda muda berusia 20 tahun di Bojonegoro Indonesia Mayat mangsa ditemui di longkang pada pagi Isnin 25 November lalu oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang...
Mangsa Keganasan Rumah Tangga Cleopatra Mahu Wanita Bangkit

Mangsa Keganasan Rumah Tangga Cleopatra Mahu Wanita Bangkit

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 669 hits
Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga Foto ihsan Instagram cleopatra x3KUALA LUMPUR 16 Nov Pernah tular kerana didakwa menjadi pembantu peribadi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul...
6 Tahun Tunggu Nak Dapat Zuriat Wanita Ni Kongsi Amalan Pemakanan Sihat Untuk Hamil

6 Tahun Tunggu Nak Dapat Zuriat Wanita Ni Kongsi Amalan Pemakanan Sihat Untuk Hamil

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 391 hits
setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga mereka Tapi tak semua orang Allah terus kurniakan cahaya mata Ada yang terus bunting pelamin dan ada juga yang perlu menunggu agak lama barulah dikurnia...
Artis K Pop Pernah Cuba Bunuh Diri Akhirnya Ditemui Mati

Artis K Pop Pernah Cuba Bunuh Diri Akhirnya Ditemui Mati

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 542 hits
Pada Mei lalu Goo Hara mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya selepas dilaporkan cuba membunuh diri HALAMAN HIBURANPENYANYI K pop Goo Hara dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Cheongdam Dong kawasan Gangnam pada awal pagi Ah...
Syak Suami Curang Isteri Tikam Wanita Dengan Pemutar Skru Cekik Bayinya Berusia 3 Minggu Sehingga Mati

Syak Suami Curang Isteri Tikam Wanita Dengan Pemutar Skru Cekik Bayinya Berusia 3 Minggu Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 483 hits
Seorang bayi perempuan berusia 3 minggu dilaporkan meninggal dunia selepas enam hari dirawat di hospital akibat dicekik Ibu mangsa juga dilaporkan kritikal kerana ditikam menggunakan pemutar skru Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Seni...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda