Sambut Kelahiran Bayi Doktor Lelaki Muslim Atau Doktor Wanita Bukan Islam Lebih Utama



SOALAN:
Siapakah yang lebih diutamakan, antara doktor lelaki Muslim dengan doktor perempuan bukan Muslim bagi menyambut kelahiran bayi?

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka yang demikian itu lebih suci bagi mereka.” (Surah al-Nur: 30)

Ayat di atas adalah merupakan perintah daripada Allah SWT kepada Nabi agar berpesan kepada orang-orang lelaki beriman supaya menundukkan pandangan mereka daripada wanita-wanita dan aurat-aurat yang tidak halal buat mereka. Dan juga memelihara kemaluan mereka daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT seperti zina, liwat, mendedahkan aurat dan lain-lain. Demikian itu lebih suci bagi mereka. [Lihat: al-Tafsir al-Muyassar, m/s: 353]

Islam sangat menitikberatkan soal penjagaan aurat, bukan sahaja di dalam solat, bahkan juga di luar solat yang melibatkan interaksi kita sesama manusia dalam kehidupan seharian.

Nabi SAW bersabda:

لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ
“Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki lain, dan seorang perempuan melihat aurat perempuan lain.” [HR. Muslim (338)]

Sebelum kita bahaskan persoalan ini lebih lanjut, kita harus fahami bahawa ianya berkait rapat dengan dua isu yang berbeza iaitu hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi dan aurat antara wanita Muslim dengan wanita bukan Muslim.

Berbalik kepada soalan yang telah ditanyakan, kita ketahui bahawa aurat dari segi syarak bermaksud semua anggota yang wajib ditutup atau yang haram dilihat. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji (1/124)]

Oleh itu, tidak dibenarkan di sisi hukum syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, (atau sebaliknya) melainkan terdapat hājah (keperluan) dan darurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh syarak. Justeru, boleh bagi seorang lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki. [Lihat: al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/50)]

Begitu juga, hal ini bertepatan dengan kaedah:

الضرورات تبيــح المحــظورات
“Mudarat mengharuskan yang haram.”

Tiada khilaf dalam kalangan ulama' berkenaan keharusan seorang doktor melihat aurat pesakitnya ketika merawat, sekiranya ada keperluan mendesak sebagaimana syarat-syarat yang telah digariskan oleh syarak seperti ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang tsiqah (terpercaya), tidak boleh berdua-duaan yang berlainan jantina antara pesakit dan perawat dan lain-lain.

Kaedah ini juga mestilah diikat dengan kaedah yang lain iaitu:

الضرورات تقدر بقدرها
“Mudarat (hanya diambil) cukup sekadar yang perlu sahaja.”

Seorang doktor hanya boleh melihat aurat pesakitnya atau memegang atau lain-lain ketika ada keperluan mendesak, bagi merawatnya serta menolak kemudaratan. Perbuatan tersebut hanya dibenarkan setakat yang perlu sahaja dan tidak boleh lebih daripada itu. Contohnya, sekiranya bagi merawat pesakit cukup dengan hanya mendedahkan pehanya, maka tidak boleh membuka auratnya sehingga lebih daripada itu atau sekiranya cukup dapat dikenalpasti sakitnya hanya dengan memegangnya secara berlapik, maka tidak boleh memegangnya tanpa berlapik dan lain-lain.

Termasuk juga di dalam perkara ini ialah mengutamakan doktor lelaki bagi pesakit lelaki, doktor perempuan bagi pesakit perempuan kerana ini lebih selamat dan jauh daripada fitnah. Manakala ketika perlu melihat kepada aurat pesakit perempuan utamakan dahulu doktor perempuan Muslim, kemudian barulah doktor perempuan bukan Muslim, kemudian doktor lelaki Muslim dan akhir sekali barulah doktor lelaki bukan Muslim. Dan kalau sekiranya tiada keperluan dan cukup hanya dengan doktor perempuan Muslim (bukan pakar), tidak boleh menyingkap aurat pesakit perempuan tadi di hadapan doktor lelaki sekalipun dia adalah doktor pakar (bagi sakit berkenaan).

Peringkat keutamaan

Ulama' mazhab Syafie telah meletakkan syarat bahawa seorang doktor lelaki boleh merawat pesakit wanita sekiranya ketiadaan doktor perempuan yang berkepakaran bagi merawatnya, termasuklah doktor perempuan kafir. Begitu juga sebaliknya, jika pesakit seorang lelaki. Al-Bulqini telah menyatakan pandangannya dalam isu ini dengan katanya:

يُقَدَّمُ فِي عِلاَجِ الْمَرْأَةِ مُسْلِمَةٌ... ، فَامْرَأَةٌ كَافِرَةٌ، فَمَحْرَمٌ مُسْلِمٌ، فَمَحْرَمٌ كَافِرٌ، فَأَجْنَبِيٌّ مُسْلِمٌ، فَكَافِرٌ
“Diutamakan doktor perempuan Muslim bagi merawat perempuan…, kemudian doktor perempuan kafir, kemudian mahramnya yang Muslim, kemudian mahramnya yang kafir, kemudian barulah doktor lelaki Muslim dan akhir sekali barulah doktor lelaki kafir.” [al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (12/137)]

Menurut al-Lajnah al-Daimah ketika mana ditanya berkenaan bolehkah seorang perempuan pergi mendapatkan rawatan daripada seorang doktor lelaki pakar sakit puan yang beragama Kristian? Mereka menyatakan bahawa bagi seorang (pesakit) perempuan ialah mendapatkan rawatan daripada doktor wanita pakar sakit puan yang beragama Islam. Sekiranya tiada, barulah boleh beralih kepada doktor wanita Kristian. Sekiranya tiada juga dan keadaan mendesak bagi mendapatkan rawatan boleh pergi mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki Muslim dengan syarat bersamanya mahram. Dan sekiranya tiada juga barulah boleh mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki Kristian. [Lihat: Fatawa al-Lajnah al-Daimah, No. 3426, (17/260)]

Syeikh Ibn Baz pernah ditanyakan berkenaan yang manakah patut didahulukan antara doktor wanita kafir dengan doktor lelaki Muslim sekiranya pesakit seorang wanita? Beliau berpandangan bahawa doktor wanita kafir lebih didahulukan berbanding doktor lelaki kerana ia melibatkan aurat wanita dan ini lebih selamat. Secara peringkatnya (jika pesakit seorang wanita), dahulukan doktor wanita Muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian doktor lelaki Muslim dan barulah doktor lelaki kafir sekiranya perlu. Seboleh-bolehnya elakkan daripada mendapatkan khidmat doktor-doktor kafir, sebaliknya dahulukan khidmat daripada doktor-doktor Muslim. Akan tetapi tidak mengapa menggunakan khidmat doktor-doktor kafir jika ada keperluan mendesak serta kekurangan doktor-doktor Muslim dan Muslimah dengan syarat mereka tidak memudaratkan orang Islam dan mengajak kepada agama mereka.
[Lihat: https://ift.tt/2sq0aZx ايهما-يقدم-الطبيبة-الكافرة-ام-الطبيب-المسلم-بالنسبة-للمراة]

Perkara ini disokong lagi oleh keadaan realiti semasa yang berbeza dengan zaman dahulu. Kita boleh ketahui bahawa sebab kepada larangan mendedahkan aurat seorang Muslimah di hadapan seorang wanita kafir melalui riwayat daripada Umar R.A, dengan katanya: “Sesungguhnya tidak dibenarkan bagi wanita ahli kitab (kafir) masuk ke dalam hammam (bilik mandi awam) bersama wanita Muslimah di dalamnya kerana kemungkinan wanita kafir itu akan menceritakan rupa paras wanita Muslimah kepada lelaki yang kafir. Oleh yang demikian, apa yang boleh dilihat oleh wanita kafir kepada wanita Muslimah seperti seorang lelaki ajnabi kepada seorang wanita. Akan tetapi boleh untuk wanita kafir itu melihat bahagian yang (biasanya) terdedah pada wanita Muslimah ketika bekerja.” [Lihat: al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/50)]

Oleh itu, kita harus meraikan realiti semasa yang berbeza dengan zaman dahulu. Kini, para doktor mestilah mengikut kod etika dan tatakelakuan bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan sebaiknya, beretika dan profesional. Dan sebarang pelanggaran terhadap panduan dan kod etika ini, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin dan tatatertib. [Lihat: Kod Etika dan Tatakelakuan, KKM, hal. 15]

Begitu juga, mereka terikat dengan Akta Perubatan 1971 yang mana salah satu fungsinya menentukan dan mengawal perilaku dan tata etika pengamal perubatan yang berdaftar.

JAKIM juga telah mengeluarkan satu garis panduan berkenaan etika bagi menjaga aurat mayat ketika bedah siasat yang mana merujuk kepada keputusan Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami (Islamic Fiqh Academic) di Brunei Darussalam pada 21-27 Jun 1993 mengenai wanita yang ingin mendapatkan rawatan perlu mengikut keutamaan berikut:

1. Doktor perempuan Muslim pakar.

2. Doktor perempuan bukan Muslim pakar.

3. Doktor lelaki Muslim pakar.

4. Doktor lelaki bukan Muslim pakar. Islam mengharuskan rawatan lelaki terhadap perempuan dan sebaliknya dengan syarat-syarat seperti berikut:

Tidak bersendirian.Menahan pandangan mata.Menyentuh di tempat yang berkaitan.Menyediakan doktor pakar mengikut jantina.
[Lihat: https://ift.tt/2ruPU1y]

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan di atas, setelah diteliti dalil-dalil serta pandangan para ulama', kami menyimpulkan kepada beberapa perkara:

Sekiranya pesakit adalah seorang wanita, keutamaan hendaklah diberikan terlebih dahulu kepada doktor wanita Muslimah, kemudian kepada doktor wanita kafir, kemudian kepada doktor lelaki Muslim dan akhir sekali barulah kepada doktor lelaki kafir. Hal ini kerana (keadaan terpaksa) melihat aurat daripada jantina yang sama adalah lebih ringan (selamat). [Lihat: al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (12/136)]

Daripada segi psikologi, seorang pesakit wanita akan lebih senang dan berasa selamat sekiranya doktor yang akan merawatnya adalah daripada jantina yang sama. Begitulah juga sebaliknya, jika pesakit seorang lelaki. Hal ini kerana kita tidak dapat menafikan bahawa wanita akan lebih mengetahui perkara-perkara berkaitan kewanitaan daripada lelaki dan lelaki akan lebih mengetahui perkara-perkara berkaitan kelakian berbanding seorang wanita. Sepertimana kata ulama':

أن المباشر للأمر أعلم به من المخبر عنه
“Seseorang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu perkara itu lebih mengetahui akannya berbanding orang yang hanya menyampaikannya.” [Lihat: Fathu al-Mun‘im (4/553)]

Seorang doktor boleh melihat aurat pesakitnya atau memegang atau lain-lain ketika ada keperluan bagi merawatnya serta menolak kemudaratan dan perbuatan tersebut hanya dibenarkan setakat yang perlu sahaja dan tidak boleh lebih daripada itu.

Pengawalan dan penjagaan aurat adalah amat penting tetapi dalam keadaan tertentu, jika sesama jantina, sekalipun bukan Islam, maka ia adalah harus dengan syarat tidak membawa fitnah dan menjatuhkan maruah orang Islam. Ini kerana keadaan realiti kehidupan kini begitu berbeza dengan zaman dahulu. Justeru, meraikan keadaan semasa yang bersifat realiti perlulah diambilkira.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/sambut-kelahiran-bayi-doktor-lelaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Bayi Lebih Teruja Dengan Ibu Wanita Ini Kongsi Apa Sebabnya

Mengapa Bayi Lebih Teruja Dengan Ibu Wanita Ini Kongsi Apa Sebabnya

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 250 hits
Menyusukan anak sememangnya memenatkan bagi seorang ibu Terutama bagi mereka yang bekerja Tidur malam turut terganggu kerana perlu berjaga di tengah tengah malam untuk menyusukan anak Kadang kadang ada ibu yang lebih memilih untuk memberika...
Akibat Cemburu Dengan Suami Seorang Wanita Ditikam Bayi 3 Minggu Dibunuh

Akibat Cemburu Dengan Suami Seorang Wanita Ditikam Bayi 3 Minggu Dibunuh

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 645 hits
Akibat cemburu dengan suaminya yang dipercayai bersama seorang wanita yang disangka skandal suaminya membuatkan wanita ini tergamak untuk mencederakan seorang ibu dan membunuh anaknya di apartment di Batu Caves Mangsa telah ditikam dengan p...
Menurut Kajian Wanita Lebih Suka Lelaki Wangi Berbanding Lelaki Kacak

Menurut Kajian Wanita Lebih Suka Lelaki Wangi Berbanding Lelaki Kacak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 727 hits
Pernah tak anda terjumpa dengan orang yang mempunyai rupa paras yang tampan atau jelita tapi bila dekat badan berbau busuk pula Memang betul jika ramai yang mengatakan mereka lebih tertarik kepada seseorang yang berbau wangi lebih dari rupa...
Ais Musuh Utama Jantung Betul Atau Mitos

Ais Musuh Utama Jantung Betul Atau Mitos

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 1541 hits
Betul Atau Mitos Ramai orang kata jangan ambil ais tak baik untuk kesihatan Badan mudah lemah tak bagus untuk jantung Adakah musuh jantung yang utama adalah ais Sebenarnya ais memang tak bagus untuk kesihatan Kalau tak percaya cuba baca per...
Saudi Kembalikan Islam Jadi Moderat Atau Islam Ala As

Saudi Kembalikan Islam Jadi Moderat Atau Islam Ala As

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 233 hits
PUTERA Mahkota Kerajaan Arab Saudi Mohammed Bin Salman mengatakan bahawa Arab Saudi akan mengembalikan agama Islam ke tahap sederhana dan terbuka terhadap semua agama Sejak dalam Forum Inisiatif Pelaburan lagi yang diadakan pada hari Selasa...
Menurut Kajian Minyak Wangi Buat Wanita Kelihatan Lebih Cantik

Menurut Kajian Minyak Wangi Buat Wanita Kelihatan Lebih Cantik

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 381 hits
Ramai yang menjaga penampilan diri mahu kelihatan cantik pada paras rupa tetapi abaikan beberapa part penting Antara yang sering diabaikan ialah bau badan Ramai diantara kita yang tidak menjaga bau badan dengan baik Rupa paras dan cantik te...
Anak Meninggal 3 Jam Selepas Dilahirkan Wanita Derma Susu Badan Dipam 63 Hari Untuk Bantu Bayi Lain

Anak Meninggal 3 Jam Selepas Dilahirkan Wanita Derma Susu Badan Dipam 63 Hari Untuk Bantu Bayi Lain

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 574 hits
Seorang ibu yang berasal dari Wisconsin telah memerah susu badannya selama 63 hari untuk didermakan selepas kematian anak lelakinya selepas 3 jam dilahirkan kedunia Strangfeld dari Neilsville Wisconsin mengetahui bahawa anak dalam kandungan...
Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya Aku

Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya Aku

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 706 hits
Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya AkuAku sudah 7 tahun berkahwin Dalam pada masa tu sudah 5x aku mengandung tetapi semua keguguran apabila mimpi seorang nenek tua datang u...
Bayi Yang Lahir Dari Ibu Usia Tua Lebih Berisiko Alami Masalah Jantung

Bayi Yang Lahir Dari Ibu Usia Tua Lebih Berisiko Alami Masalah Jantung

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 329 hits
Penelitian terbaru mengungkap bahwa perubahan di plasenta ibu usia tua yang hamil berujung pada tingginya kemungkinan masalah kesehatan pada anak laki lakinya Hasil penelitian ini dipublikasikan pada jurnal Scientific Reports
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat