Kebitaraan Bahasa Melayu Bahasa Menginsankan Manusia



 
SEDUTAN UCAPAN di Universiti Malaysia Perlis, 29. Oktober 2019.
Bahasa adalah medium komunikasi yang paling berharga kepada manusia dan. manusia adalah satu-satunya makhluk Allah yang dikurniakan dengan bahasa.
 Dengan bahasa manusia mencatatkan segala pengetahuan dan pengalaman  untuk diketahui dan dipelajari oleh manusia lain. Dengan ini ilmu pengetahuan disebar dan diperluaskan supaya dapat membina dan memperbaiki kehidupan  di bumi Allah ini. Bahasa diperlukan untuk berkomunikasi dan  setiap insan memerlukan insan lain untuk meneruskan kehidupan..,
Hubungan bahasa dan manusia diperjelaskan di dalam Al-Quran. Antaranya adalah dalam Surah Ar Rahman yang menyatakan tentang kejadian manusia  seiring dengan kejadian bahasa.
Dalam bahagian pertama surah ini  Allah memperkenalkan sifatnya sebagai Ar Rahman yang membawa maksud pemberi rahmat, kasih sayang.
Arrahman,
عَلَّمَ الْقُرْءآنَ
Dialah yang mengajarkan Al-Qur’an.

Ini diikuti dengan
Ayat 3
خَلَقَ الْإِنسٰنَ
Dialah yang telah menciptakan manusia; –

عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
(Dialah yang) Mengajar berkata2. Berkata-kata dilakukan dengan perantaraan bahasa.
Di dalam Surah Ar Rahman ini dilihat bahawa Allah berfirman tentang mengajar Al Quran sebelum menjadikan  manusia. Ini menunjukkan sebelum menjadikan manusia Allah telah menjadikan Al Quranterlebih dahulu.
Hal ini menunjukkan bahawa BAHASA wujud sebelum wujudnya manusia. Walaupun Al-Quran diturunkan   kepada Nabi Muhammad pada akhir zaman tetapi peristiwa itu disebut Nuzul Quran. Al Quran diNUZULkan atau diturunkan manakala penciptaannya telah berlaku sebelum kejadian manusia. .
Kata  INSAN  juga membawa maksud ‘kasih sayang’. Manusia mempunyai sifat kasih sayang dan memerlukan kasih sayang. Manusia bukan sahaja memerlukan kasih sayang Allah tetapi juga kasih sayang manusia lain. Oleh kerana itu Al-Qur’an juga mengajar manusia hubungan dengan manusia lain. Al-Qur’an  bukan sahaja kitab tentang hukum halal dan haram tetapi juga mengandungi ajaran bagaimana berurusan dengan manusia (human relations) yang lain dengan sifat keinsanan dengan berkasih sayang  atau yang disebut sebagai berperikemanusiaan.
Ayat seterusnya
“Dia lah yang telah mengajar manusia berkata-kata.”
Untuk melakukan sifat insan iaitu berhubungan dan berkasih sayang, manusia diajar bayan , seperti yang terkandung di dalam kalimah ‘Allamahul bayan membawa maksud membolehkan manusia pandai berkata-kata dan berbicara dan ini sudah tentulah dengan penggunaan bahasa.
Adam Diajar Nama-Nama Benda.

Penciptaan manusia dan bahasa juga disebut  di dalam Surah Al-Baqarah ayat 31.  Allah menjadikan manusia pertama iaitu Nabi Adam. Ternyata sebelum terciptanya Adam telah ada makhlok-makhlok lain seperti malaikat dan iblis. Allah SWT mengajar kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta seperti yang tidak pernah diajar kepada makhlok-makhlok yang lain. .
Dalam Surah al-Baqarah 2:31, Allah berfirman “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.”
Ayat ini menunjukkan bahawa ketinggian sifat Adam (atau sifat manusia) ialah kerana mereka berkebolehan dalam menyebut nama-nama benda yang juga selaras dengan  kemampuan berbahasa
Terdapat ayat lain yang maksudnya tentang kepentingan bahasa, Allah menjadikan bahasa., “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.  (AR RUM:22).
Manusia dalam bidang apa pun telah membina tamadun dengan bahasa.  Makhluk lain tidak mempunyai bahasa, buku atau perpustakaan. Hanya manusia boleh mendokumentasi dan menyebar ilmu pengetahuan. Oleh itu hargailah kurniaan Tuhan ini.
Kepandaian manusia dalam bidang binaan telah memungkinkan terdirinya monumen monumen termasyhur di seluruh dunia. Di peringkat Nusantara bolehlah dikemukakan  Borobudur di Jogjakarta sebagai contoh. Monumen ini terus menjadi sumber pendapatan pelancongan negara. Bolehkah monumen segagah dan seindah itu disempurnakan tanpa bahasa untuk memberi arahan yang berkesan?
BOROBUDUR
Lihatlah pada Borobudur ini
Keagungan karya seni
Kukuh  batu batuan
Rapinya  susunan

Bermula dari pemikir
dikumpulkan para pengukir
Pengangkut batu batan
Rapi susunan mengikut tepat arahan
Dan arahan harus turun
Dengan bahasa tersusun

Lihatlah pada Borobudur ini
Apakah lagi yang akan kau nafi
Tentang kemampuan bahasa kami

(dari kumpulan puisi yang sedang dalam proses penerbitan).

Makhluk lain tidak mempunyai bahasa tetapi tidak bererti mereka tidak  berkomunikasi. Haiwan juga menghantar berita sesama sendiri tetapi bezanya haiwan hanya boleh menyampaikan kenyataan-kenyataan yang benar sahaja. Bermakna haiwan tidak pandai bercakap bohong. Hanya  manusia  yang pandai berbohong.
HUBUNGAN SASTERA DALAM KEHIDUPAN.
Perkataan sastera dan kesusasteraan merujuk kepada segala pengucapan yang indah-indah untuk  menyampaikan buah fikiran dan meluahkan perasaan dengan menggunakan  bahasa. 
Secara ringkasnya, hasil Sastera terdiri daripada prosa dan puisi. Penggunaan prosa terdapat di dalam novel, cerpen, dan hikayat.  Puisi terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk rangkap. Ia merupakan bahasa yang bersulam kiasan dan perlambangan dan disusun mengikut skima rima, mempunyai unsur bunyi dan bila dibaca terasa ada rentak dan irama.
Contoh puisi termasuklah Syair, Pantun, Gurindam, Seloka, Nazam, Mentera, Teromba dan Puisi Moden iaitu Sajak. Setiap jenis mempunyai struktur dan fungsi masing-masing.
Di dalam Al-Quran juga ditemui Surah-surah yang berima dan mempunyai unsur bunyi yang jelas. Allah SWT memberi keutamaan kepada penggunaan kalimah yang baik seperti yang terlihat di dalam maksud ayat di bawah.
Kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Rabbnya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun.  Petikan ini adalah dari Surah Ibrahim ayat  24-26)

Peranan Sastera dalam pembentukan jiwa..
Anak-anak bangsa mengenal sastera melalui puisi-puisi tradisi seperti pantun yang dinyanyikan oleh ibu-ibu ketika mendodoi dan mententeramkan anak. Bahkan puisi tradisi telah menjadi  media untuk menyebar nasihat dan pengetahuan awal. Misalnya ibu dan nenek menghayun buaian sambil menyanyikan Nazam Sifat Dua Puluh atau Nazam Siti Fatimah. Nazam ini masih  dinyanyikan dalam acara berendoi . Ia mengandungi lirik yang memberi didikan agama.
Terdapat banyak lagu rakyat atau lagu kanak-kanak yang berunsur nasihat seperti lagu Lagu Burung Kenek-kenek. (Burung kenek-kenek hinggap di atas dahan/pesan datuk nenek jangan lupa pada Tuhan). Kanak-kanak bermain sambil menyanyi. dengan kawan-kawan Ada juga lagu yang menjadi sebahagian dari permainan kanak-kanak . Dengan ini menyanyi menjadi kegiatan pencetus silaturahim.  (Rahmah Bujang, Dewan Budaya, November 1999).
Semua pantun-pantun ini mengandungi mesej yang berguna dan menyeru ke arah kebaikan. Paling penting ia adalah mesej awal yang disampaikan kepada seorang insan  akan mempengaruhi minda dan jiwa sepanjang hidupnya. Antara lain puisi-puisi awal itu dapat melembutkan jiwa supaya dapat menjadi manusia yang mempunyai nilai kemanusiaan. Bila besar nanti anak-anak yang terdidik dan terasuh dalam nilai keinsanan itu tidak akan menjadi pengilang yang membuang sisa toksid ke dalam sungai. In sha Allah dia akan menjadi jurutera yang beretika, menjalankan peranan untuk membantu menyelesaikan masalah kehidupan bukan semata-mata atas dasar mencari keuntungan kebendaan.Puisi-puisi yang subur dalam jiwa orang-orang Melayu  menjadi benteng daripada pendakwah2 Kristian. Mereka tidak berjaya menggugah iman orang-orang Melayu sebagaimana kejayaan mereka di Filipina.
Bahasa tetap penting walau siapa pun anda dalam era IT dan ledakan Revolusi  4.0.
Hal inilah yang saya sampaikan dalam sajak bertajuk “Rumah Merdeka” yang dideklamasikan pada sambutan Hari Kemerdekaan tahun 1997 bertemakan Akhlak Mulia Masyarakat Jaya.  
Petikan:
Anak-anak tercinta
Jangan kau sangka di era modenisasi
Kota siber dan canggih IT
Kita tidak perlu berbudaya dan berbudi
Akhlak mulia adalah warna peribadi
Tanpa peribadi kau hanyut tak berpaut
Tenggelam di lautan tidak bertepi
Karam di daratan tanpa sempadan
Sesat dan terjerat di timbunan maklumat
Buta meraba di simpang siur lebuh raya kota siber
Anak2 tercinta
rimbun tamadun ditunjangi akhlak mulia
Komunikasi berkesan oleh tutur yang sopan
terpaut rasa oleh santun bahasa
Pedoman bangsa adalah rukun Susila.

Sebuah sajak tentang Bahasa ialah “BAHASA” tulisan Rahman Shaari,

Bahasa adalah pengatur
Pucuk fikira yang bertabur
Bahasa adalah pelentur
Ranting perasaan yang bersiur

Mari kita berbahasa sebaiknya
Dengan bahasa
Terlihat fakta padu
Terlihat sinar ilmu
Terlihat cinta biru
 Dengan bahasa
Pemimpin memaparkan arah
Di pentas siasah
Dengan bahasa orang beriman
Menikmati ibadah
Khusyuk dan pasrah
Mari kita berbahasa sebaiknya.dengan bahasa
Budi dipertingkat
Mesra diperlebar
Dengan bahasa kita menjadi kita bersama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/01/kebitaraan-bahasa-melayubahasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjuang Sekolah 1 Aliran Bahasa Melayu Fokus 2020 Iguru

Perjuang Sekolah 1 Aliran Bahasa Melayu Fokus 2020 Iguru

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 246 hits
Ustaz Mohd Azizee Hasan Jurang perpecahan antara kaum dapat dielak jika hormat Perlembagaan1 MARI kita sederap selangkah berganding bahu memikul amanah mendidik anak bangsa dengan penuh komited dan serius demi melihat masa depan negara yang...
Orang Melayu Ni Bila Meniaga Nak Cepat Kaya Kecundang Dalam Macam Macam Perniagaan Bos Susu Kongsi Kisah Inspirasi

Orang Melayu Ni Bila Meniaga Nak Cepat Kaya Kecundang Dalam Macam Macam Perniagaan Bos Susu Kongsi Kisah Inspirasi

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 674 hits
Semenjak rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke 6 ditayangkan pada tahun ni ramai antara kita makin mengenali dan mengagumi bos susu Encik Azmi Zainal dari Farm Fresh Orang Melayu ni bila meniaga nak cepat kaya Kecundang Dalam Macam macam...
Bodohnya Melayu Pakatan Harapan Biarkan Dap Berkuasa

Bodohnya Melayu Pakatan Harapan Biarkan Dap Berkuasa

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 362 hits
Nasib Bangsa Melayu Di Hujung Nyawa Apakah Kita Masih Lagi Leka DAP cuma ada 172 673 ahli tetapi kehebatannya seolah olah tidak terperi lagi Kekuatan DAP telah berada di Pusat dan juga berakar umbi di setiap negeri Cuba kita perhatikan keny...
Mca Pijak Kepala Orang Melayu Naik Tangga Ke Parlimen

Mca Pijak Kepala Orang Melayu Naik Tangga Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 372 hits
Baru masuk Parlimen tapi berani bantah macam macam senada DAPAPA tidaknya MCA tidak akan berjaya ke Parlimen kalau calon mereka bertanding dikawasan majoriti bukan melayu Awal awal lagi calon MCA akan dibaham oleh calon DAP dan nasib baik a...
Isu Visa Bermulalah Melayu Merempat Di Bumi Sendiri

Isu Visa Bermulalah Melayu Merempat Di Bumi Sendiri

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 286 hits
Bimbang akan timbulkan masalah jadi beban kepada negara 29 12 2019BANGI 2 Jamadilawal 1441H Ahad Majoriti rakyat di negara ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan pengecualian visa selama 15 hari kepada pelancong China dan India sempena kemp...
Kongres Cina Apa Respon Parti Melayu

Kongres Cina Apa Respon Parti Melayu

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 493 hits
UMNO PAS dan Bersatu utamakan undi atau bela budaya kebangsaanBANGI Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan sokongan pihak tertentu terhadap penganjuran Kongres Organisasi Cina pada 28 Disember ini ...
Biar Dibenci Manusia

Biar Dibenci Manusia

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1955 hits
Assalamualaikum Dalam hidup kita tidak semua orang suka kita betul tak kalau tak takkan ada makcik makcik bawang tu kan Sebagai manusia kita tak boleh nak paksa semua orang suka kita Cuma jika ada manusia yang benci kita Tak mengapa jangan ...
Rindu Adalah Sebahagian Fitrah Kehidupan Manusia Bersifat Makhluk Dan Hamba Allah 9539

Rindu Adalah Sebahagian Fitrah Kehidupan Manusia Bersifat Makhluk Dan Hamba Allah 9539

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 751 hits
Rindu Kerinduan Dirindui Merindui Adalah lumrah kehidupan seseorang manusia Bagaimana orang bertakwa dan beriman meladeni perasaan rindu ini Mereka tanpa ragu ragu kerana Allah mengutamakan perasaan merindui Allah dan Pesuruhnya Nabi Muhamm...
Kanak Kanak 10 Tahun Digelar Manusia Ular Kulitnya Seperti Sisik Ular

Kanak Kanak 10 Tahun Digelar Manusia Ular Kulitnya Seperti Sisik Ular

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 268 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia sepuluh tahun di India digelar manusia ular kerana badannya dilitupi kulit yang kering bersisik Jagannath yang nama samarannya tidak diketahui badannya telah diliputi lapisan kulit kering yang tebal dan ge...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities