Keberanian Dan Kebijaksanaan Perdana Menteri Berjaya Kawal Covid 19


Pandemik COVID-19 yang melanda dunia hingga mengubah landskap kehidupan kepada kebiasaan baharu, menyebabkan negara di dunia termasuk Malaysia mengambil langkah luar biasa bagi memastikan negara dapat bebas daripada pandemik itu.


Mengambil alih teraju kepimpinan negara bukan pada masa terbaik ekoran ancaman COVID-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas menggalas tugas berat apabila dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac ketika negara sedang memerangi pandemik COVID-19, yang menyaksikan kes positif meningkat ketara.

Perlu bertindak segera menangani krisis kesihatan melanda negara sejak akhir Januari pastinya menguji kebijaksanaan Muhyiddin mengemudi kerajaan untuk mengambil langkah berhati-hati dan membuat keputusan melaksanakan langkah yang tidak pernah dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang bersesuaian dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam tempoh 100 hari pertama sebagai Perdana Menteri, tindakan Muhyiddin memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac sebagai usaha membendung penularan COVID-19, disifatkan beberapa pihak sebagai langkah tidak popular namun berani.

Memperkenalkan kawalan pergerakan mengikut acuan tersendiri bagi Malaysia, Muhyiddin mengumumkan penguatkuasaan PKP dalam empat fasa hingga 3 Mei, disambung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei hingga 9 Jun dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa 10 Jun hingga 31 Ogos.

PKPP ialah sebahagian strategi keluar daripada PKP bagi Malaysia yang kini memasuki fasa pemulihan COVID-19, susulan trend jangkitan wabak semakin menurun, manakala kapasiti perubatan dan kesihatan awam berada pada tahap lebih baik dan meyakinkan.

Mengulas tindakan kerajaan memerangi COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, antara petugas barisan hadapan tertinggi memerangi COVID-19, menyifatkan penguatkuasaan PKP dibuat ketika negara tidak mempunyai keupayaan, iaitu ketiadaan vaksin COVID-19 atau ubat untuk merawat pesakit.

"KKM berbincang dengan Tan Sri (Muhyiddin) mengenai situasi COVID-19 dan saya kagum kerana beliau dengan berani ambil tindakan laksanakan PKP kerana ketika itu tak banyak negara laksanakan tindakan seumpama selain China.

"Pelaksanaan PKP juga menyaksikan kita menggunakan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988) yang tidak pernah lagi digunakan dalam sejarah negara kita.

"Kita sokong, itulah cara terbaik dan tiada betul ataupun salah sebab tiada orang (negara) buat lagi (PKP) ini. Orang kata 'uncharted territory' (sesuatu yang baharu), ini satu keberanian," katanya dalam temu bual khas bersama BERNAMA di KKM di sini.

Mengimbas kembali tindakan awal Muhyiddin memperkenalkan PKP menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri pada 16 Mac, Dr Noor Hishan berkata, ramai sangsi dengan keputusan Perdana Menteri untuk melaksanakan perintah kawalan itu.

"Sebelum 16 Mac itu (pengumuman PKP), ramai sangsi, betulkah tindakan PKP ini? Tindakan tak popular, tetapi ini bukan soal (langkah) popular atau tidak, ini soal keselamatan negara dan jika itu cara untuk menyelamatkan negara, kita laksanakan dasar itu.

"Kini, kita lihat PKP berjaya meratakan lengkuk COVID-19 dan banyak negara jiran mengikuti langkah sama. Ini menunjukkan Malaysia sudah ke depan dalam menggunakan kaedah yang tidak pernah lagi diguna pakai di negara lain khususnya di rantau Asia," katanya.

Sikap Muhyiddin memberi kepercayaan tinggi kepada semua penjawat awam untuk menjalankan tugas memerangi wabak itu, turut dikagumi.

Bagi Dr Noor Hisham, matlamat dan agenda kerajaan serta semua orang ketika itu hanyalah satu, iaitu untuk menyelamatkan negara daripada COVID-19 dengan menggunakan kaedah 'full government approach' atau kerjasama padu antara semua kementerian dan agensi kerajaan.

"Bukan sahaja keberanian (buat keputusan oleh) Tan Sri (Muhyiddin), malah yang penting beliau dengar dan percaya pada penjawat awam untuk melaksanakan dasar (PKP) dalam kita memerangi COVID-19," katanya mengingati hari pertamanya bermesyuarat bersama Muhyiddin berkaitan COVID-19 pada hari kedua Perdana Menteri memulakan tugas.

Pertama kali dalam sejarah Malaysia, PKP dilaksanakan itu meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial serta budaya.

Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara turut dikenakan dan bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

PKP turut menyaksikan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke Malaysia disekat dan tindakan kawalan sempadan yang tegas.

Di peringkat antarabangsa, penyertaan Malaysia dalam kerjasama global untuk menyegerakan usaha dalam penghasilan vaksin COVID-19 mendapat sentuhan langsung Muhyiddin apabila menyertai beberapa pemimpin dalam telesidang dihoskan WHO pada pelancaran kerjasama penghasilan vaksin COVID-19 pada 24 April.

"Malaysia komited sepenuhnya untuk menjadi sebahagian usaha yang terikat dengan masa ini dan turut serta dalam penghasilan dan pembuatan beberapa peralatan dan vaksin ini sebaik sahaja diperlukan.

"Saya menggesa pemimpin, penderma, sektor swasta dan komuniti saintifik di seluruh dunia untuk menyokong usaha penting ini bagi memenangi perang terhadap COVID-19," kata Muhyiddin dalam ucapannya.

Mengiktiraf peranan dan sumbangan besar petugas barisan hadapan khususnya petugas kesihatan, Muhyiddin mengadakan sidang video bersama wakil mereka untuk bertanya khabar dan mendengar sendiri keluh-kesah serta permintaan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi COVID-19 dan menjayakan pelaksanaan PKP.

Bagi menangani wabak COVID-19 yang memberi impak besar terhadap ekonomi dan rakyat Malaysia, Muhyiddin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion bagi melindungi kebajikan dan meringankan beban yang ditanggung semua rakyat pada 27 Mac.

Pakej rangsangan itu meliputi suntikan tambahan khas RM1 bilion kepada KKM bagi pembelian peralatan dan membiayai perkhidmatan untuk memerangi COVID-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan serta pembayaran elaun khas dari RM400 hingga RM600 untuk petugas kesihatan dan perubatan dan elaun khas RM200 kepada anggota beruniform.

Menyifatkannya sebagai tindakan tepat, Dr Noor Hisham berkata langkah itu pastinya dapat membantu memulihkan negara yang terkesan akibat wabak COVID-19, sekali gus dapat mengimbangkan 'live' dan 'livelihood'.

"Inisiatif (PRIHATIN) itu tepat dan cepat. Kini kita lihat kerajaan laksana pula PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk rangsang ekonomi supaya kita (negara) cepat pulih daripada wabak dan sektor ekonomi.

"This is win-win situation. Ini (PRIHATIN dan PKPB) ialah tindakan bijak. Kita dalam fasa pemulihan, iaitu mampu kawal wabak dan pada masa yang sama kita merancakkan kembali sektor ekonomi negara," katanya.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin turut melancarkan Tabung COVID-19 pada 11 Mac sebagai usaha kerajaan membantu rakyat terjejas akibat wabak COVID-19.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang mengandungi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak COVID-19. – BERNAMA

Walapun PKPP, ancaman Covid 19 tetap ada, kealpaan kita tak mustahil akan sekali lapi PKP, jangan seronok sangat - KM







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/06/keberanian-dan-kebijaksanaan-perdana.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Gartner Xiaomi Satu Satunya Jenama Yang Berjaya Tingkatkan Jualan Ketika Covid 19

Laporan Gartner Xiaomi Satu Satunya Jenama Yang Berjaya Tingkatkan Jualan Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 251 hits
Mengikut laporan dari Gartner jualan peranti pintar di seluruh dunia untuk suku pertama tahun 2020 menyaksikan pengurangan sebanyak 20 2 Pengurangan itu adalah tidak lain tidak bukan disebabkan pandemik Covid 19 dan juga kemelesetan ekonomi...
Strategi Rahsia Anwar Untuk Jadi Perdana Menteri Sabotaj Terhadap Mahathir

Strategi Rahsia Anwar Untuk Jadi Perdana Menteri Sabotaj Terhadap Mahathir

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 355 hits
Menarik agenda si nuar nak jadi PM OK blh terima lh wpon rakyat reject dia total tapi Agenda sebenar nya dia nak apa mesti ada perkara yg lebih besar dr nk jd PM sb bila dh jd PM kuasa dia ibarat besar cm langit dn bumi beb lg satu dia bera...
Beberapa Pemain Liga Perdana Inggeris Disahkan Positif Covid 19

Beberapa Pemain Liga Perdana Inggeris Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 206 hits
Saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris akan bersambung tidak lama lagi Justeru itu ujian saringan Covid 19 telah dilakukan kepada 1 008 pemain dan staf kejurulatihan setiap kelab yang beraksi di liga tersebut Keputusan ujian yang dilakuka...
Dua Tindakan 039 Unik 039 Malaysia Berjaya Bendung Covid 19

Dua Tindakan 039 Unik 039 Malaysia Berjaya Bendung Covid 19

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Pengasingan individu yang positif COVID 19 walaupun tidak bergejala dan mengkuarantin rakyat yang pulang dari luar negara adalah dua tindakan unik Malaysia yang terbukti berjaya membendung penularan wabak itu di negara ini Ketu...
Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 5 Negara Terbaik Kawal Pandemik Covid 19 Ismail Sabri

Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 5 Negara Terbaik Kawal Pandemik Covid 19 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 499 hits
Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri merangkap kepada Menteri Keselamatan Negara mengumumkan bahawa negara Malaysia antara 5 negara terbaik mengawal wabak pendemik Cov...
Masa Mana Menteri Redwan Kena Kuarantin Covid 19 Tengok Betul Betul

Masa Mana Menteri Redwan Kena Kuarantin Covid 19 Tengok Betul Betul

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 356 hits
Dr Mahathir kembali kepejabat Pengerusi BERSATU dan adakan mesyuarat1 Dia datang bertemu bersama Shahruddin Katanya kena kuarantin di rumah dan curi curi keluar jumpa Tun Mereka ikrar sokong Tun Makna kata Kerajaan Muhyiddin dah tak ada maj...
Menteri Kesihatan Jumpa Mb Bincang Isu Covid 19

Menteri Kesihatan Jumpa Mb Bincang Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 345 hits
SHAH ALAM 29 MEI Dato Menteri Besar Selangor mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bagi membincangkan usaha mencegah penularan Covid 19 Setiausaha Sulit kepada Dato Seri Amirudin Shari berkata pertemuan di K...
Pesakit Terakhir Dah Sembuh New Zealand Dilapor Berjaya Singkirkan Covid 19 Turut Tarik Semula Sekatan

Pesakit Terakhir Dah Sembuh New Zealand Dilapor Berjaya Singkirkan Covid 19 Turut Tarik Semula Sekatan

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 322 hits
New Zealand pada Isnin mengisytiharkan negara tersebut kini bebas daripada COVID 19 selepas tiada jangkitan baru dicatatkan dan pesakit terakhir yang dirawat dihospital dilaporkan sembuh serta dibenarkan pulang Menurut laporan The Guardian ...
Masihkah Ada Peluang Buat Anwar Jadi Perdana Menteri

Masihkah Ada Peluang Buat Anwar Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 337 hits
Diterbitkan Hari ini 12 59 pmULASAN l Baru baru ini sekeping gambar membabitkan pertemuan presiden presiden parti dalam Perikatan Nasional Umno PAS Bersatu Warisan dan GPS tersebar di media sosial Mengundang persoalan pertemuan presiden pre...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt