Kebaikan Sektor Pertanian Kepada Negara


Walaupun pada masa kini struktur perindustrian lebih banyak diberi perhatian namun sektor pertanian tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan. Banyak langkah yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk memajukan lagi sektor pertanian negara. Jika diamati dengan teliti, negara kita cukup bertuah kerana memiliki tanah yang luas dan subur. Terdapat banyak kebaikan memajukan sektor pertanian kepada negara.


Antara kebaikan sektor pertanian kepada negara ialah ia dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Sektor pertanian juga menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pihak yang mengusahakannya secara bersungguh-sungguh. Penggunaan bioteknologi dalam sektor pertanian pasti menghasilkan pendapatan yang banyak kerana ia dapat menambahkan kuantiti dan kualiti dalam hasil pertanian.

Selain itu, peluang pekerjaan di sektor pertanian ini amat banyak sehinggakan pengusaha pertanian terpaksa mengambil buruh asing kerana bekalan buruh dalam negara yang tidak mencukupi. Oleh itu, pihak pengurusan sektor pertanian sewajarnya memberikan gaji yang setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan oleh seseorang pekerja agar mereka tidak mencari pekerjaan di sektor lain.


Kebaikan seterusnya sektor pertanian ialah dapat mengurangkan import negara dalam barangan pertanian. Kebanyakan bahan yang diimport oleh negara kita adalah barangan makanan seperti beras dan sayur-sayuran. Jika barangan makanan ini ditanam dalam kuantiti yang banyak, pasti negara kita dapat mengurangkan eksport sekaligus dapat mengelakkan pengaliran wang ke luar negara. Malah, hasil pertanian yang banyak dihasilkan oleh negara kita boleh juga dieksport ke luar negara. Jika negara dapat mengeksport hasil pertanian ke luar negara, sudah pasti ekonomi negara akan bertambah kukuh.

Selain itu, sektor pertanian juga dapat membekalkan bahan asas untuk menghasilkan bahan kedua di kilang-kilang. Realitinya, bahan yang dibeli dalam negara lebih murah jika dibandingkan dengan bahan yang dibeli dari luar negara. Oleh itu, secara tidak langsung sektor perkilangan dalam negara juga akan mendapat manfaatnya. Keuntungan syarikat dalam negara secara tidak langsung akan menambahkan pendapatan negara melalui pencukaian. Dengan pertambahan pendapatan negara, maka lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk rakyat.

Di samping itu, sektor pertanian juga membolehkan negara berdikari apabila berlaku masalah peperangan. Negara yang mengusahakan sektor pertanian juga tidak akan tertekan apabila berlaku bencana di negara lain. Jika negara mengimport bahan makanan dari negara luar, pasti harganya akan meningkat berkali ganda jika berlaku sesuatu bencana di negara pengeluar. Dalam masa peperangan contohnya, negara yang mengusahakan sektor pertanian lebih stabil jika dibandingkan negara yang tidak mempunyai hasil pertanian. Malahan negara yang mengusahakan sektor pertanian juga dapat membantu negara jiran jika negara tersebut kekurangan bahan makanan.

Selain itu, sektor pertanian juga boleh dijadikan sebagai produk untuk menarik kedatangan pelancong asing. Kehadiran ramai pelancong ke negara ini pasti akan menambahkan pendapatan petani atau pengusaha pertanian. Pelancong lazimnya suka melancong ke kawasan pertanian kerana pemandangannya yang indah dan suasana yang nyaman. Di Malaysia terdapat beberapa kawasan pertanian yang menjadi tumpuan pelancong lain seperti di Cameron Highlands. Sesungguhnya, kemajuan dalam sektor pertanian ini dapat merangsang sektor pelancongan negara yang sememangnya mendatangkan pulangan berganda kepada rakyat dan negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blognson.blogspot.com/2015/07/kebaikan-sektor-pertanian-kepada-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Model Kerajaan Sekarang Tidak Datangkan Kebaikan Kepada Negara Najib

Model Kerajaan Sekarang Tidak Datangkan Kebaikan Kepada Negara Najib

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 358 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan model kerajaan yang ada sekarang tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada negara untuk jangka masa panjang Menurut Ahli Parlimen Pekan itu dalam iklim politik yang ada hari ini kebarangkalian un...
Dr Noor Hisham Kkm Dedah Realiti Sebenar Negara Tentang Hospital Buat Ramai Risau

Dr Noor Hisham Kkm Dedah Realiti Sebenar Negara Tentang Hospital Buat Ramai Risau

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 318 hits
loading Melihatkan jumlah kes meningkat setiap hari dan kes c0v1d 19 yang aktif kini mencapai 24 347 kes sekaligus menimbulkan kebimbangan Setakat ini Malaysia mencatatkan 125 438 kes sejak w4b4k ini bermula
Berita Video Rentasan 801 Tindakan Pn Menjarah Aset Aset Negara Dalam Hanya Setah

Berita Video Rentasan 801 Tindakan Pn Menjarah Aset Aset Negara Dalam Hanya Setah

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 323 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8011 MB KELANTAN NAFI BANJIR DISEBABKAN PEMBALAKAN 2 BERHENTI BERBALAH SEBELUM MEMBAWA CELAKA 3 PN TERUS MENJARAH ASET NEGARA LEBAI PAS MEMBISU
Malaysia Negara Miskin

Malaysia Negara Miskin

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 414 hits
Faezuddin PuadKerajaan PN beritahu rakyat negara ini dijangka akan terima vaksin pada Februari 2021 https berita rtm gov my index php nasional 24573 rakyat malaysia mula terima vaksin covid 19 februari iniWHO pula beritahu negara miskin dij...
Enjoy Jalan Jalan Di Zoo Negara

Enjoy Jalan Jalan Di Zoo Negara

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 1002 hits
Ni kali kedua aku datang ke Zoo Negara Dah lama tak datang rasa seronok dan excited untuk masuk sekali lagi Compare dengan first time yang aku masuk dulu ada lah jugak sikit perubahan yang aku dapat tengok Kebanyakannya sama saja Zoo Negara...
Peluang Menjana Pendapatan Pasif Dengan Melabur Di Luar Negara Bersama B4u Global

Peluang Menjana Pendapatan Pasif Dengan Melabur Di Luar Negara Bersama B4u Global

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 451 hits
Peluang Menjana Pendapatan Pasif Dengan Melabur Di Luar Negara Bersama B4U GlobalJika anda mahu mendapatkan pendapatan pasif hasil dari melabur di luar negara Paksu syorkan anda bersama sama platform B4U Global ini Platform B4U ini memberi ...
Tidak Wajar Adakan Pru 15 Ketika Negara Berdepan Ancaman Covid 19

Tidak Wajar Adakan Pru 15 Ketika Negara Berdepan Ancaman Covid 19

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Seramai 46 pakar kesihatan kanan persatuan perubatan dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke 15 ketika negara masih diancam pandemik COVID...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram