Zoo Negara Malaysia
Pintu masuk Zoo NegaraBanyak binatang-binatang yan korang boleh tengok di sini. Kalau nak ikutkan Zoo Negara ni sama je dengan Zoo Taiping di Perak. Cuma bezanya di Zoo Negara, korang boleh tengok panda. Zoo Taiping takde panda. Panda ni special sikit kandang dia. Kandang saja dah berjuta. Kalau Zoo Taiping, ada night safari.
biodata panda Fu Wa
biodata panda Feng Yi
panda sekor ni tengah tidur terkangkang
yang sekor panda ni pulak tengah makan buluhPanda ada dua ekor dan siap ada nama lagi. Sekor nama Fu Wa dan sekor lagi namanya Feng Yi. Panda di duduk dalam bangunan khas untuk diorang. Siap ada aricond lagi. Kalau korang pun nak rasa sejuk aircond, kena la masuk melawat panda dua ekor ni. Tiket dah cover dalam tiket yang mula-mula korang masuk tu. Masa mula-mula panda ni masuk malaysia, tiket kena bayar asing.
ni la banglo panda dalam zoo negara. Besar kan?Lain-lain binatang, banyak juga la. Budak-budak memang suka tengok binatang-binatang ni. Harimau kita boleh tengok dekat-dekat. Seram gak la. Dinding kaca je jadi penghalang kita dengan harimau tu. Ada la sikit binatang-binatang yang sempat aku snap untuk nak masuk dlm blog ni.
kuda belang
zirafah
seladang
badak sumbu
singa
singa
harimau
harimau Benda baru yang ada waktu sekarang compare dengan yang lepas aku datang adalah RIMBA REPTILIA, iaitu tempat untuk tengok ular, biawak dan kura-kura. Yang rare kat sikit adalah kura-kura. Bukan biasa-biasa kura-kura ni. Kura-kura ni adalah KURA-KURA GERGASI.
bangunan rimba reptilia
sangkar ular dan biawak
kura-kura gergasiDan banyak lain la haiwan lain.... so kena datang sendiri untuk tengok semua haiwan yang ada di zoo negara ni. Selain tu, setiap hari ada pertunjukan haiwan di sini. Waktu hari biasa, persembahan tersebut sekali je. Kalau waktu cuti Sabtu Ahad, akan ada dua persembahan dalam sehari.GPS koordinat Zoo Negara : 3°12'36.7"N 101°45'33.1"E atau 3.210186, 101.759180|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |