Kebaikan Pokok Lemba Untuk Perubatan



Pokok lemba (Cucurligo latifolia) merupakan tumbuhan herba dari jenis saka (perennial) dari keluarga Amaryllidaceae. Nama lain pokok lemba ialah lumbah, lembah, lumbah rimba, nyior lembir, nyiur puyuh, lumbah padi, kepala puyuh, pinang puyuh, selese dan beberapa nama lain lagi.

Dikategori sebagai herba tumbuh secara berumpun, daun lemba mempunyai banyak urat serta bertangkai. Pokoknya seakan pokok sawit yang baru membesar dan banyak tumbuh meliar di dalam hutan.
Bunga lemba berwarna kuning muncul dari dasar atau pangkal pokok. Manakala buahnya berbentuk puting berwarna putih berbiji halus dan manis rasanya.
Buah lemba mempunyai rasa manis apabila matang. Rasa manis ini dihasilkan daripada sejenis protein pemanis rendah kalori yang dikenali sebagai curculin dan neoculin. Dua sebatian ini juga dikenali sebagai protein pemanis atau pengubah rasa.
Pengubah rasa bermaksud protein tersebut boleh mengubah rasa makanan yang masam kepada manis. Jika makan buah lemba dan kemudian makan buah masam seperti mempelam muda, rasa mempelam itu akan jadi manis. Rasa manis ini boleh bertahan selama 10 hingga 30 minit.
Pokok lemba mengandungi pelbagai khasiat antaranya bahagian akarnya dikatakan mampu mengubati sakit ginjal atau buah pinggang, menguatkan fungsi sek, mengatasi sakit kepala, sakit perut dan ulser mulut.
Buah lemba yang manis dikatakan boleh dimakan oleh pesakit kencing manis (diabetis), mengubati demam malaria, batuk, bengkak dan melawaskan kencing.
Manakala biji-biji berwarna hitam di dalam buahnya dicampurkan ke dalam sirap dan diminum untuk menyejukkan badan. Daun lemba juga boleh dikeringkan dan dipintal menjadi tali dan benang.
Rendaman (infusions) daun, pangkal batang dan akar digunakan secara dalaman untuk merawat demam. Rebusan (Decoctions) bunga dan akar diambil sebagai ubat sakit perut dan diuretik, manakala rebusan rhizome digunakan untuk merawat penyakit haid yang tidak menentu atau terlalu banyak dan lama.
Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan.
Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut.
Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum. Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian dibalut pada tempat sakit sendi dan otot, boleh merawat masalah sengal-sengal tulang.
Air rebusan akar lemba juga dikatakan mujarab untuk mengeluarkan bisa santau. Cempelai atau bokbong selepas bertarung dengan ular tedung akan segera mencari lemba untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.
Sejauh mana kemujarapan pokok lemba secara saintifik tidak dipastikan, namun ia telah lama digunakan di kalangan penduduk kampung untuk tujuan perubatan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2020/12/gtk_20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Mahu Ada Lagi Kes Panjat Pokok Cari Internet

Tidak Mahu Ada Lagi Kes Panjat Pokok Cari Internet

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 283 hits
Oleh AMREE AHMAD SAIFUDDIN ABDULLAHPUTRAJAYA Pelaksanaan Jalinan Digital Negara yang bermula tiga bulan lalu dilaporkan berjaya menepati sasaran yang ditetapkan untuk dicapai sehingga akhir tahun ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Malays...
Selain Kau Pokok Juga Kesunyian

Selain Kau Pokok Juga Kesunyian

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 311 hits
Kawin dengan kau je la https mlstudios my ajadshidee alamsekitar
10 Khasiat Pokok Letup Letup

10 Khasiat Pokok Letup Letup

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 1032 hits
Passiflora feotida atau nama tempatannya pokok letup letup berasal daripada keluarga yang sama dengan buah markisa iaitu Passifloraceae Oleh sebab itu letup letup juga dikenali dengan nama lainanya iaitu buah markisa belukar Namun ada segel...
Pokok Bunga Laki Pukul Bini

Pokok Bunga Laki Pukul Bini

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 966 hits
Pokok Bunga Laki Pukul Bini Jangan terkejut pulak bila korang dengar nama pokok bunga yang KakYa nak citer sat lagi Namanya Pokok Bunga Laki Pukul Bini Bunga ni tersangatlah cantik tapi kenapa nama tak secantik bunganya Alahai nak sebut pon...
Lelaki Terselamat Pokok Hempap Kereta Di Jalan Tranum Bukit Fraser

Lelaki Terselamat Pokok Hempap Kereta Di Jalan Tranum Bukit Fraser

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 445 hits
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN SEBUAH kereta dihempap pokok yang tumbang di Jalan Tranum Bukit Fraser di Raub RAUB Berpantang maut sebelum ajal Seorang lelaki terselamat dan tidak mengalami kecederaan selepas sebatang pokok menghempap keret...
Seorang Lelaki Ditemui Tergantung Pada Dahan Pokok

Seorang Lelaki Ditemui Tergantung Pada Dahan Pokok

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 396 hits
loading Pasir Puteh Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan tergantung pada dahan sebatang pokok di dalam semak di Jalan Taman D Bali Kampung Pak Mayong Tok Bali di sini kelmarin
Cara Mudah Tanam Dan Cepat Biak Pokok Keladi Hiasan

Cara Mudah Tanam Dan Cepat Biak Pokok Keladi Hiasan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 2946 hits
Sekarang ini banyak orang berminat mengumpul pelbagai jenis pokok keladi hiasan Pokok keladi hiasan banyak bentuk dan warna daun Sebab itu peminatnya berlumba lumba mengumpul pelbagai jenis koleksi pokok keladi hiasan yang berbeza dari segi...
Punca Ketukan Misteri Ditemui Ini Kenyataan Dari Pihak Pengamal Perubatan Tradisional Darussyifa

Punca Ketukan Misteri Ditemui Ini Kenyataan Dari Pihak Pengamal Perubatan Tradisional Darussyifa

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 507 hits
loading Gangguan misteri ketukan pintu dan gegaran jeriji besi yang mengacau empat negeri di beberapa kawasan perumahan sejak pertengahan bulan lalu bukan kerja manusia
Marijuana Untuk Perubatan

Marijuana Untuk Perubatan

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 200 hits
MAN TOBAPihak yang halang ubat dari marijuana nih geng geng phama depa takut ubat ubat depa x laku Sama ngan ketum Dilebel begitu buruk sekali Walhal Negara negara luar dah guna lama untuk perubatan Inilah akibatnya ahli ahli politik sama m...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik