Pokok Bunga Laki Pukul Bini
Pokok Bunga Laki Pukul Bini | Jangan terkejut pulak bila korang dengar nama pokok bunga yang KakYa nak citer sat lagi. Namanya Pokok Bunga Laki Pukul Bini. Bunga ni tersangatlah cantik tapi kenapa nama tak secantik bunganya. Alahai nak sebut pon rasa cam seram jer, Pokok Bunga Laki Pukul Bini. Ada kisah ke disebalik nama pokok bunga ni hinggakan di beri nama Pokok Bunga Laki Pukul Bini? Sapa tau meh la citer
Sumber Gambar: Twitter
Bunga Laki Pukul Bini Bunga Laki Pukul Bini ni, kalau korang nak tahu waktu pagi bunganya berwarna putih, bila tengahari bunganya bertukar menjadi pink cair dan petang dia akan bertukar warna menjadi pink terang. Subhanallah cantik sangat bunganya. KakYa pon berkenan jugak, rasa nak cari la sepohon nak tanam kat depan pagar rumah
Bunga Laki Pukul Bini atau Hibiscus Mutabilis
Oh ya sebelum terlupa ni kali pertama sepanjang KakYa hidup kat mukabumi ni KakYa tahu nama pokok ni Pokok Bunga Laki Pukul Bini. Selama ni memang tak pernah tahu. Alang alang baru tahu KakYa pon ada jugak la google pasal pokok ni, nak tahu betul ke idok namanya cam gitu.
Bunga Laki Pukul Bini atau Hibiscus Mutabilis
Setelah menggoggle, akhirnya KakYa dapat jawapan. Sah memang namanya Pokok Bunga Laki Pukul Bini atau dalam bahasa saintifiknya Hibiscus Mutabilis
Kenapa Namanya Pokok Bunga Laki Pukul Bini?KakYa ada terbaca satu perkongsian di Facebook mengenai sejarah Pokok Bunga Laki Pukul Bini dan KakYa kongsikan kat sini. Kesahihan mengenai cerita ini tak dapat KakYa pastikan. Adakah ianya cerita benar atau dongeng, KakYa sendiri tak pasti. Tapi bila baca cerita ni KakYa rasa ada sangkut paut jugak la kot ngan nama Pokok Bunga Laki Pukul Bini ni kot.
Ni citer dia,
Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri yang sangat romantik. Si suami sentiasa selitkan bunga ros di telinga isterinya apabila apabila keluar bersama
Pada suatu hari, mereka hendak keluar pergi jemputan kenduri. Si suami mencari bunga ros untuk diselitkan di telinga isterinya tetapi tidak jumpa. Jadi, si suami hanya menjumpai bunga putih yang seakan bunga ros sahaja dan diselitkan di telinga isterinya
Selesai kenduri, si suami mendapati bunga yang diselitkan di telinga isterinya berwarna merah. Tanpa usul periksa, si suami memukul isterinya ditempat kenduri kerana disangkakannya ada lelaki lain pula yang selitkan bunga pada isterinya
Penghulu Kampung memanggil pasangan suami isteri tersebut dan menjelaskan bahawa bunga itu akan berubah warna dari putih kepada merah. Pasangan suami isteri itu menjadi malu dan diejek oleh orang-orang kampung.
Bunga apa itu? "Bunga Laki Pukul Bini". Hahaha
Bunga apa itu?"Bunga Laki Pukul Bini". Hahaha
Bunga apa itu?"Bunga Laki Pukul Bini". Hahaha
KakYa ada terjah kat Group Fb Berkebun D Rumah, dan nampak ada post berkenaan Pokok Bunga Laki Pukul Bini. Yang buat KakYa nak tergelak bukan nama Pokok Bunga Laki Pukul Bini tapi beberapa komen yang ditinggalkan oleh ahli group pada post tersebut. Memang nak tergelak guling guling bila baca komen diaorang. Ni antara komen komen yang sempat KakYa copy paste ...
Saya pulak tahu nama pokok ni Baba Pukul Nyonya
Incek pangil bunga beralih hari. Pagi putih petang pink. Di rumah lncek ada pokoknya.
Teruknye nama bunga ni. Kalau cantik bunganya namakan kembang sehati.
Cantiknyaaaa, awat nama tak cantik, dimana boleh dapat pokok ni?
Ini kami panggil bunga pagi petang. Sebab pagi bunga mula mekar, petang bertukar warna. Esok dia sudah gugur.
Tak ada nama lain kah??
Nasib tak dak pokok bunga nama bini pukul laki.
Guaner katok tok laki tu. Dosa tau. Seyes lawa. Pokok apa ni?
Nama bunga tu menakutkan. Tukarlah nama bunga tu Dua wajah ke.
Kesian bini punya cantik pon kena pukul,nanti kita cari pulak pokok yang bunganya nama bini pukol laki.
Cantik. Tapi nama bunga tu tak berapa cantik. Dengar nama pon dah takut. Hihi.
Kenapa nama pokok tu laki pukul bini. Jahatnya 😂😂
Ingatkan nama tu bergurau je, rupanya betul tajuknya.
Nama tal sesuai. Haluuuu pulisssss....😅😅😅
Lucu nama bunga ni. Mungkin pagi putih petang seakan merah sebab pagi ok lagi petang dah kena belasah dengan laki jadi merahlah bunganya😃😄
Kesian kat bunga tu cantik sangat tapi nape laa namanyee pelik dan teruk semacam.
Tempat kami panggil bunga pukul 12, cuba perati, lebih kurang pukul 12 dia akan brtukar jadi warna pink.
Banyak saya tanam ni sebab saya suka tengok tu bunga dia. Besar dan pandai berubah warna.Dari pagi sampai jam 11 .30 pagi bunganya warna putih. Dekat dekat tengahari pelan pelan tukar warna merah jambu. Lewat petang baru merah jambu sepenuhnya. Ada yang cakap nama bunga tu bunga janda.
Logik jugak nama tu lepas kena pukul lebam jadi merah.
Kenapa tragis sangat namanya eaa. Tak seindah bunganya. 😒
Allahhu.. bunga secntik itu siape lah gerangan yang memberi nama sendu begitu.. Setahu saya bunge ni spisis bunga raya lah. Kat depan rumah sepupu saya ada pokok bunga ni merimbun cantik bertukar warna.
Alahaii tukar la nama. Bunga abang sayang ke. Baru sedap dengar.
Kejam nama dia. Walaupun cantik di pandang mata tapi aduhhh nak sebut pun takut laki dengar tak pasal kena pukul.
Nama bunga psiko gila mengundang konterversai lagi citer sensasi.
Nama tak seindah kamu wahai bunga..🤣🤣
Saya pun baru tahu nama bunga ni. Bunga laki pukul bini. Ada crita di sebalik nya. Bunga putih ni boleh bertukar jadi merah. Dari situ lah ceritanya. Sila tanya Mr. Google. Ada nama saintifiknya.
Pernah tengok dulu dulu. Cantik bunganya. Ingatkan tergolong dalam spesies bunga raya. Panggil je lah bunga raya dua warna, kan senang. Ni kait apa dengan laki pukul bini. Putih tukar pink jer pun bukan putih jadi lebam.
Tukar nama.. bini pukul laki baru ngam 🤣
Namanya pokok bunga di tendang laki. Emak saya cerita pagi isteri itu pakai bunga tu di sanggulnya putih bila petang suaminya pulang dilihatnya bunga di sanggul isteri bertukar warna samar kemerahan tanpa usul pereksa di merasa cemburu yang bunga itu dari orang lain lalu di tendangnya isterinya.
Kami panggil bunga baba pukul nyonya sebab semasa pagi Baba beri bunga pada nyonya warna putih. Bila dia balik kerja petang dia tengok ada bunga pink. Dia ingat ada lelaki lain beri lalu dia pukul nyonyanya. Haha..
Aduhai macam macam la korang ni kan. Bila dah ada yang bagitau nama bunga tu, macam macam versi nama pulak yang keluar. Pening pulak kita duk tertanya tanya pasal nama bunga ni. Hehehehe.... Kat rumah korang ada ke bunga ni? Korang panggil nama apa pulak kat bunga nan indah ini? ...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2020/12/pokok-bunga-laki-pukul-bini.html