Kebaikan Bawa Anak Anak Ke Taman Permainan Bagus Untuk Perkembangan Deria Fizikal


Kebaikan bawa anak-anak ke taman permainan, bagus untuk perkembangan deria dan fizikal. Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita sentiasa membawa anak-anak ke taman permainan, sama ada indoor atau outdoor.

Kebaikan Bawa Anak-anak Ke Taman Permainan Ini kerana di situ, terdapat banyak rangsangan deria utama yang penting untuk perkembangan mereka. Elakkan daripada membiarkan anak-anak ‘hanyut’ dalam dunia sendiri dengan bermain gajet. Sebaliknya, rajin-rajinlah membawa mereka ke taman permainan untuk menggunakan segala rangsangan deria serta mengeluarkan peluh.
Saranan ini adalah perkongsian oleh Puan Liyana Raya, seorang Pakar Terapi Cara Kerja, sebagai rujukan untuk semua ibu bapa.

Bagus Untuk Perkembangan Deria & Fizikal Berikut adalah antara perkongsian beliau:
Kepentingan Taman Permainan
Membawa anak ke taman permainan sekerap yang mungkin sangat penting kerana di situlah terdapat banyak rangsangan untuk deria utama dalam perkembangan anak-anak. Malah kita sendiri pun, semasa kecil, banyak menghabiskan masa di taman permainan. Ingat lagi tak, hampir setiap hari kita bermain di sana?
Di taman permainan, otot dan sendi anak-anak dirangsang. Ini menjadikan mereka kuat. Mereka boleh menulis dengan baik kerana ‘core muscles’ di bahagian dada, belakang, dan bahu mendapat ketahanan yang tinggi, sekaligus membantu menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari ketika menulis.
Anak-anak zaman sekarang, apabila menulis dan menggunting, kebanyakan mereka tidak tahu menggunakan otot yang mana. Ini menyebabkan mereka suka mengangkat bahu dan siku ketika melakukan aktiviti penulisan dan menggunting. Penulisan bukan hanya tentang pen dan kertas semata-mata!
Masalah Kurang Rangsangan Otot dan Sendi
Kurangnya rangsangan terhadap otot dan sendi adalah punca masalah ini. Taman permainan juga membantu menyeimbangkan badan kerana ia merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Keperluan Pergerakan Kanak-kanak
Kanak-kanak perlu bergerak. Kita dahulu pun tidak boleh duduk diam, bukan? Jadi mengapa sekarang kita mahu anak-anak duduk diam? Tidak ada gunanya memaksa anak-anak duduk diam kerana ia tidak merangsang deria keseimbangan badan mereka.

Akibat memaksa anak-anak duduk diam:
Anak akan sukar fokus.
Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas.
Anak kurang keyakinan diri.
Anak tidak boleh mengawal emosi.
Dengan adanya taman permainan, anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan. Mereka akan fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di taman permainan.
Seterusnya, apabila tiba waktu belajar, mereka tidak mudah terganggu untuk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak. Ini meningkatkan keyakinan diri dan membentuk emosi yang seimbang.
Persepsi Salah Mengenai Taman Permainan
Takut Anak Jatuh
Kita terlalu risau mereka akan cedera! Takut anak jatuh, takut anak itu ini, sedangkan di tangan kita telefon 24 jam. Bila bawa anak ke taman permainan, kita pula sibuk bermain telefon! Anak-anak perlukan bimbingan untuk memanjat, memegang, masuk, dan keluar dari peralatan permainan.
Jadi peganglah anak itu jika takut mereka jatuh, bukan pegang telefon! Jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila terbiasa jatuh dan menahan sakit, anak kita semakin kebal.
Takut Anak Sakit Berjangkit
Risau anak dapat penyakit berjangkit terutamanya di taman permainan indoor. Ada ibu bapa yang sudah tahu anak sakit, tetapi tetap bawa anak keluar. Jika anak tidak sihat, duduklah di rumah.
Kadang-kadang anak kita menjadi mangsa, tetapi kita harus ingat bahawa jangkitan ini tidaklah membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah menjaga anak semasa sakit. Janganlah terlalu risau dengan perkara seperti ini.

Selalu Cakap ‘Jangan’
Selalu cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” juga menyebabkan anak-anak jatuh di taman permainan. Tukarlah minda dan perkataan kita. Daripada cakap “jangan jatuh,” lebih baik tolong anak dan bantu mereka mengelak daripada jatuh.
Anak-anak juga manusia seperti kita, bukan robot yang boleh diarahkan sesuka hati. Mereka juga mahu berseronok dan tidak suka diganggu ketika bermain. Bawalah anak bermain di taman permainan, sama ada indoor atau outdoor, sekerap mungkin. Jika boleh, bawa setiap hari. Namun, apabila saya melawat taman permainan, suasananya sunyi sepi.
Anak-anak saya pun lama-lama bosan kerana tiada kawan untuk bermain. Taman permainan tidak lagi menjadi tempat yang menyeronokkan seperti dahulu. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ibu bapa, rajin-rajinlah membawa anak bermain di taman permainan untuk merangsang deria dan perkembangan mereka.
Sumber: Liyana Raya
Baca artikel lain juga: Elak Guna Taman Permainan Yang Tak Diselenggara, Banyak Kejadian Kemalangan Yang Dah Berlaku!
Asalnya Nak Bersuka Ria, Tapi Taman Permainan Boleh Jadi Tempat Bahaya Untuk Anak
Taman Permainan Boleh Jadi Tempat Merbahaya! Ikuti Tip Taman Permainan Yang Selamat Untuk Anak
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
The post Kebaikan Bawa Anak-anak Ke Taman Permainan, Bagus Untuk Perkembangan Deria & Fizikal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kebaikan-bawa-anak-anak-ke-taman-permainan-bagus-untuk-perkembangan-deria-fizikal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagus Followers Bukan Boleh Bawa Masuk Kubur Suami Dedah Daphne Iking Diugut Kehilangan Pengikut Gara Gara Bertudung

Bagus Followers Bukan Boleh Bawa Masuk Kubur Suami Dedah Daphne Iking Diugut Kehilangan Pengikut Gara Gara Bertudung

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 168 hits
Personaliti TV Daphne Iking sebelum ini mengumumkan bahawa dirinya sudah mula untuk menutup aurat sikit demi sedikit Malah suaminya Azmi Abdul Rahman turut memberi sokongan penuh buat Daphne untuk berhijrah ke arah yang lebih baik var curre...
Pmx Cari Keluarga Tular Bawa Anak Bertiub

Pmx Cari Keluarga Tular Bawa Anak Bertiub

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 224 hits
FMT ReportersPasangan tular membawa anak mereka dipakaian tiub mendapat perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk dibantu PETALING JAYA Setiausaha Politik Perdana Menteri Farhan Fauzi meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai pasa...
Gelang Emas Diragut Ibu Bawa Dua Anak Naik Motor Jadi Mangsa Samun

Gelang Emas Diragut Ibu Bawa Dua Anak Naik Motor Jadi Mangsa Samun

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 141 hits
Seorang wanita bergelar ibu bawa dua anak kecilnya dan membonceng motosikal menjadi mangsa samun dalam kejadian di Senawang Seremban Negeri Sembilan pada Khamis Menerusi satu perkongsian di X update1111 wanita yang sedang membawa dua orang ...
Tak Mampu Beli Kereta Bapa Tular Bawa Anak Naik Motor Dedah Bayi Hidap Paru Paru Kronik

Tak Mampu Beli Kereta Bapa Tular Bawa Anak Naik Motor Dedah Bayi Hidap Paru Paru Kronik

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 164 hits
Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam Namun kata bapanya Mohd Azlan Is...
Satu Satunya Kenderaan Kami Ada Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital

Satu Satunya Kenderaan Kami Ada Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 295 hits
Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam
Pu Riz Kongsi Momen Bercuti Bersama Anak Isteri Bawa Anak Kecil Travel Memang Mencabar

Pu Riz Kongsi Momen Bercuti Bersama Anak Isteri Bawa Anak Kecil Travel Memang Mencabar

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 181 hits
kongsi momen bersama anak dan isteri bawa anak kecil travel memang mencabar Membawa anak kecil bercuti ke luar negara boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan tetapi juga mencabar PU Riz Kongsi Momen Bercuti Bersama Anak Isteri Perancang...
Terus Hayder Kuasa 2 Eyra Hazali Bawa Anak Potong Rambut Mukaterus Nampak Serupa

Terus Hayder Kuasa 2 Eyra Hazali Bawa Anak Potong Rambut Mukaterus Nampak Serupa

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 234 hits
Siapa je yang tak suka dengan keletah kedua dua orang anak pelakon cantik Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie Adik beradik ini seringkali membuatkan orang ramai terhibur dengan kecomela dan gelagat out of th...
Manjakan Anak Boleh Jejaskan Perkembangan Biar Anak Berdikari

Manjakan Anak Boleh Jejaskan Perkembangan Biar Anak Berdikari

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 155 hits
Manja adalah perkara yang biasa namun bila anak terlampau manja dan berlarutan hingga berusia enam tahun dibimbangi menjejaskan perkembangan anak itu sendiri Jangan berlebih lebih tetapi berikan anak sedikit ketegasan dalam kemanjaan mereka...
Bawa Anak Bersiar Siar Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Jumpa Song Joongki Keluarga

Bawa Anak Bersiar Siar Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Jumpa Song Joongki Keluarga

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 185 hits
Song Joong ki telah dilihat bersiar siar bersama keluarganya Artikel Berkaitan Terkini pada 18 Mei lalu seorang peminat telah terserempak dengan Song Joong ki dan isterinya di sebuah taman di Korea dan pasangan bahagia itu dilihat sedang be...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket