Tak Mampu Beli Kereta Bapa Tular Bawa Anak Naik Motor Dedah Bayi Hidap Paru Paru Kronik


Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai. Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam.

Namun kata bapanya, Mohd Azlan Ishak, dia juga tidak tahu tindakannya bersama isteri, Norhidayu Halim, yang membawa bayi lelaki mereka, Mohd Aariz Zafran menaiki motosikal itu tular di media sosial.
Katanya lagi, dia bukan meraih simpati ramai sebaliknya motorsikal itu adalah satu-satunya kenderaan yang mereka ada untuk membawa anaknya berulang alik ke hospital.
Difahamkan anak mereka, Mohd Aariz Zafran yang berusia 11 bulan itu terpaksa memakai alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik serta beberapa masalah kesihatan lain.

“Kami memang sentiasa berulang-alik ke hospital dengan menunggang motosikal sahaja membawa Mohd Aariz bagi mendapatkan rawatan dan pada hari kejadian, hanya ada RM12 dalam poket sebab banyak hari tidak bekerja.
“Ia merupakan satu-satunya kenderaan yang kami ada walaupun sedar anak kami yang kurang sihat tidak sepatutnya dibawa menaiki motosikal namun kami terpaksa kerana tiada kereta,” katanya berkongsi kisah mereka.
Tambahnya lagi, dia hanya meraih pendapatan harian sebanyak RM50 sehari dengan bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan di Kuala Kedah.
Sementara itu isterinya, Norhidayu berkata, masalah kesihatan anak lelakinya mula dikesan doktor ketika berusia dua bulan sewaktu membawa abangnya, Iman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim, 9, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
“Ketika membawa Iman yang turut menghidap sakit kronik termasuk jantung berlubang, saya melihat keadaan Mohd Aariz agak pelik apabila ada lekuk di dadanya ketika bernafas lalu meminta doktor memeriksa keadaannya.
“Jadi, sejak itulah Mohd Aariz perlu memakai mesin CPAP sepanjang masa dan dia akan sukar bernafas sekiranya tidak memakai alat bantuan pernafasan ini,” katanya.

Menurutnya, anak lelakinya perlu memakai mesin berkenaan kerana menghidap pelbagai masalah kesihatan termasuklah penyakit paru-paru kronik, gerd dan saiz limpa besar.
Disebabkan itu katanya, Mohd Aariz bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan susu untuk meneruskan hidup.
“Kami tidak mampu beli susu khas dan cuba berinya nestum namun Mohd Aariz tidak boleh menjamahnya disebabkan keadaan kesihatannya.
“Kalau makan juga makanan ini dia akan mengalami gastrik,” katanya.
Tambah suri rumah itu, selain Mohd Aariz dan Iman, dia juga memiliki seorang lagi anak lagi iaitu Ahmad Hafizi, 17, yang menghidap cerebral palsy, Ahmad Amirul Amin, 14, dan Nur Rabbiatul Husna,4.
Tambah Mohd Azlan lagi yang bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan dengan pendapatan RM50 sehari, dia amat berterima kasih kepada semua yang sudi membantunya meringankan beban keluarga terutama anaknya yang tidak sihat.
“Ada rakan beritahu kisah kami sekeluarga dapat perhatian ramai dan kini telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri. Jadi, saya berterima kasih teramat atas keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Sinar Harian
The post “Tak Mampu Beli Kereta” Bapa Tular Bawa Anak Naik Motor Dedah Bayi Hidap Paru-Paru Kronik! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-mampu-beli-kereta-bapa-tular-bawa-anak-naik-motor-dedah-bayi-hidap-paru-paru-kronik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebak Terima Kereta Bapa Bayi 11 Bulan Hidap Paru Paru Kronik Luah Rasa Syukur

Sebak Terima Kereta Bapa Bayi 11 Bulan Hidap Paru Paru Kronik Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 183 hits
Bapa kepada bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru paru kronik yang tular menaiki motorsikal beberapa hari lalu sebak menerima sebuah kereta Seorang pengusaha kedai outomotif dikhabarkan telah bermurah hati untuk menghadiahkan bapa ini ...
Satu Satunya Kenderaan Kami Ada Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital

Satu Satunya Kenderaan Kami Ada Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 421 hits
Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam
Gelang Emas Diragut Ibu Bawa Dua Anak Naik Motor Jadi Mangsa Samun

Gelang Emas Diragut Ibu Bawa Dua Anak Naik Motor Jadi Mangsa Samun

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 174 hits
Seorang wanita bergelar ibu bawa dua anak kecilnya dan membonceng motosikal menjadi mangsa samun dalam kejadian di Senawang Seremban Negeri Sembilan pada Khamis Menerusi satu perkongsian di X update1111 wanita yang sedang membawa dua orang ...
Bapa Bayi 11 Bulan Sebak Terima Kereta Hilang Kata2 Anak Amp Keluarga Dibantu

Bapa Bayi 11 Bulan Sebak Terima Kereta Hilang Kata2 Anak Amp Keluarga Dibantu

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 279 hits
Bapa bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru paru kronik sebak apabila menerima sebuah kereta daripada seorang pengusaha kedai outomotif bagi membolehkan dia membawa anak anak dan keluarga berulang alik ke hospital bagi menjalani pemerik...
Anak Perempuan Malukan Bapa Kerana Tidak Mampu Untuk Beli Iphone Baru

Anak Perempuan Malukan Bapa Kerana Tidak Mampu Untuk Beli Iphone Baru

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 167 hits
Berkembang di Malaysia pada tahun 90 an jika anda ingin hadiah mewah anda mungkin dijangkakan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan anda Jika anda bising atau menuntutnya tanpa henti anda akan mendapat sejuk dari ibu bapa and...
Pmx Cari Keluarga Tular Bawa Anak Bertiub

Pmx Cari Keluarga Tular Bawa Anak Bertiub

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 275 hits
FMT ReportersPasangan tular membawa anak mereka dipakaian tiub mendapat perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk dibantu PETALING JAYA Setiausaha Politik Perdana Menteri Farhan Fauzi meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai pasa...
Hiburan Pasangan Tular Naik Motosikal Bersama Bayi Sakit Maklum Ada Rancang Nak Kahwin Pada Minggu Hadapan

Hiburan Pasangan Tular Naik Motosikal Bersama Bayi Sakit Maklum Ada Rancang Nak Kahwin Pada Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 279 hits
Pasangan yang viral ketika dirakam membawa bayi dengan alat bantuan pernafasan mengakui bahawa mereka sebenarnya belum Namun begitu mereka memaklumkan akan berkahwin pada minggu depan Advertisement Sebelum ini imam masjid Al Makrufi Alor Se...
Pasangan Bawa Bayi Naik Motosikal Bakal Nikah Petang Ini

Pasangan Bawa Bayi Naik Motosikal Bakal Nikah Petang Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 268 hits
Sejak beberapa hari lalu tular kisah satu pasangan yang membawa anak kecil mereka menaiki motosikal sambil memakai alat bantuan pernafasan Perkara itu tular sehinggakan ia mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pasangan Tular Bawa Bayi Pakai Tiub Pernafasan Sudah Menghilangkan Diri

Pasangan Tular Bawa Bayi Pakai Tiub Pernafasan Sudah Menghilangkan Diri

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 142 hits
Memetik Harian Metro pasangan yang tular membawa bayi usia 11 bulan yang memakai tiub pernafasan ketika menunggang motosikal dipercayai sudah menghilangkan diri Ini berikutan kegagalan pihak media menghubungi pasangan itu selain mematikan t...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down

Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi

Majlis Makan Malam

Sinopsis Ejen Ali The Movie 2