Manjakan Anak Boleh Jejaskan Perkembangan Biar Anak Berdikari


Manja adalah perkara yang biasa namun bila anak terlampau manja dan berlarutan hingga berusia enam tahun dibimbangi menjejaskan perkembangan anak itu sendiri.
Jangan berlebih-lebih tetapi berikan anak sedikit ketegasan dalam kemanjaan mereka. Biar seimbang dan anak boleh belajar banyak perkara.
Menurut guru pra sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak, Puan Noorashikin Ahmad, anak-anak seharusnya dibiarkan untuk berdikari sendiri supaya pemikirannya lebih matang malah membiarkan mereka membuat keputusan dalam segala hal, berusaha untuk mencapai sesuatu dan mahir dalam segala hal.

“Eh, kejap je ibu bangun, sikit-sikit nangis! Kalau asyik nak berkepit je, peninglah ibu.”
Walaupun susah untuk kita akui, sebenarnya terdapat beberapa tabiat yang selalu kita lakukan (kebanyakan masa tanpa disedari) membawa kesan buruk kepada anak.

Tanda-tanda anak manja
Menurut Harvey Karp, penulis buku ‘The Happiest Toddler’ menerusi WebMD, anak manja adalah seseorang yang kuat mendesak, pentingkan diri, dan tidak mahu bertolak ansur.
Menurut pakar psikologi, walaupun kita cenderung untuk mengalah dan memenuhi permintaan mereka, hal ini hanya akan menyusahkan mereka di kemudian hari.
Sikap manja secara alaminya bermula ketika anak-anak berumur setahun lebih apabila anak-anak mula membina hubungan sosial dengan orang-orang disekitarnya.
Pada usia 4 hingga 6 tahun, jika berlarutan akan mempengaruhi emosi, sosial dan intelek anak-anak kerana pada tahap umur tersebut anak-anak mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas seperti di taska atau tadika.

Punca anak terlalu manja
* Apabila anak kecil sudah mula memahami perkataan yang mudah, sekurang-kurangnya mereka perlu tahu bagaimana untuk bertolak ansur, iaitu proses memberi dan menerima. Jika mereka tidak diajar untuk memberi, mereka akan mudah berasa marah dan kecewa, menyebabkan mereka mula ‘buat perangai’.
* Ibu bapa sering menghentikan tangisan anak-anak dengan memberi hadiah. “Kadang-kadang kalau tak tahan sangat, asyik mengamuk . Kita pun ikut sajalah kemahuan dia… Kami masing-masing bekerja, satu hari sekejap saja dapat jumpa. Penatlah bila asyik nak layan anak yang menangis.”
*Jika ibu bapa hanya akan memberi perhatian apabila anak-anak mengamuk, maka si anak akan menyimpan mesej bahawa itulah saja cara ibu bapa akan mempedulikan mereka. Ibu ayah, berhati-hatilah dengan cara memujuk anak-anak. Jangan sampai memanjakan mereka.

*Ibu bapa juga harus konsisten dalam membuat keputusan dan menasihati anak. Contohnya sewaktu makan ibu bapa seringkali menyuruh anak makan sayur dan apabila anak cakap ‘tak nak’, kita terus diam dan lebih rela makan bahagian dia.
* “Mari sini ibu tolong” pakaikan kasut, pakaikan baju, kemaskan mainan, suapkan makan, bawa beg sekolah; serba-serbi ibu yang tolong. Sudahnya, anak kecil tadi akan mengharapkan pertolongan ibunya setiap masa.
 

Ada kesan pada perkembangan anak
Akibat sering mendapat apa yang dimahukan atau bebas membuat sesuatu mengikut kehendak hati, anak-anak menjadi :
1. Tiada atau kurang keyakinan diri menyebabkan kesukaran dalam menonjolkan potensi diri.
2. Kurang berdikari atau keinginan atau perasaan untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Anak-anak ini mengharapkan atau mendesak orang lain untuk sesuatu tanggungjawab.
3. Sering bergantung terhadap orang lain dalam apa jua keadaan.
4. Anak-anak kurang berminat untuk membuat ekplorasi yang akan menjejaskan perkembangan inteleknya.
Berusahalah cara untuk memperbaiki cara mendidik anak kecil kita. Apa yang penting ibu bapa harus konsisten dan tegas dalam mendidik anak-anak serta membimbing mereka bersifat lebih berdikari.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Manjakan Anak Boleh Jejaskan Perkembangan, Biar Anak Berdikari! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/manjakan-anak-boleh-jejaskan-perkembangan-biar-anak-berdikari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduhan Terhadap Anak Mb Perlis Boleh Cemar Imej Bersih Pas

Tuduhan Terhadap Anak Mb Perlis Boleh Cemar Imej Bersih Pas

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 205 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Penganalisis berkata pendakwaan terhadap anak Menteri Besar Perlis Shukri Ramli atas pertuduhan memalsukan tuntutan boleh menjejaskan reputasi PAS sebagai parti bersih Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata P...
Bercuti Dengan Anak Anak Biar Enjoy Jangan Paksa Anak Buat Itu Ini

Bercuti Dengan Anak Anak Biar Enjoy Jangan Paksa Anak Buat Itu Ini

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 245 hits
Musim cuti sekolah ini bawalah anak anak bercuti bersama sama untuk mencipta bonding dan kenangan ketika anak membesar Semua ini bukan sahaja memberi keseronokkan bahkan anak anak boleh belajar sesuatu dari percutian itu Pun begitu jangan b...
Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung Mak Ayah Boleh Cara Ini

Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung Mak Ayah Boleh Cara Ini

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 182 hits
Tip elak anak sentiasa nak mak ayah boleh cara ini Bayi atau anak kecil yang sentiasa mahu berdukung adalah perkara biasa dan merupakan sebahagian daripada proses perkembangan mereka Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung ANAK SAYA 24 JAM NAK...
Papa Memang Tak Guna Anak Anak Sukan Pun Tak Boleh Nak Tengok Datuk Red

Papa Memang Tak Guna Anak Anak Sukan Pun Tak Boleh Nak Tengok Datuk Red

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 135 hits
Baru baru ini penyanyi dan usahawan Adira Suhaimi kelihatan menghadirkan diri ke majlis hari sukan sekolah anak anaknya biarpun sibuk menguruskan perniagaan Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan penyanyi tersebut menyiapkan anak anak s...
Anak Mabuk Bila Naik Kenderaan Boleh Cuba Petua Ini Guna Bahan Dapur Saja

Anak Mabuk Bila Naik Kenderaan Boleh Cuba Petua Ini Guna Bahan Dapur Saja

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 200 hits
Anak mabuk bila naik kenderaan boleh cuba petua ini guna bahan dapur saja Ada anak yang jenis mabuk bila naik kenderaan Entah macam mana boleh ada simptom tersebut Asal naik kereta atau kenderaan lain si kecil akan pening kepala dan muntah ...
Anak Suka Berenang Main Air Jangan Larang Boleh Rangsang Motor Kasar

Anak Suka Berenang Main Air Jangan Larang Boleh Rangsang Motor Kasar

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 165 hits
Pantang nampak Anak anak mana yang tidak suka main air Bila sudah mandi manda jawabnya susah hendak naik Terpaksalah ibu menunggu berjam jam lamanya Bermain air dan berenang sebenarnya dapat memberi keseronokkan kepada mereka kerana air ber...
Hiburan Nafkah Anak Tak Mampu Bayar Tapi Boleh Miliki Dadah Harga Mahal Bekas Isteri Cliff Umar

Hiburan Nafkah Anak Tak Mampu Bayar Tapi Boleh Miliki Dadah Harga Mahal Bekas Isteri Cliff Umar

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 247 hits
Baru baru ini bekas isteri penyanyi Cliff Umar iaitu Zurini Abdullah meluahkan rasa kesal apabila bekas suaminya lebih mementingkan untuk membeli barangan terlaran berbanding bayar nafkah anak anak Culas bayar nafkah Difahamkan dari laporan...
Kebaikan Bawa Anak Anak Ke Taman Permainan Bagus Untuk Perkembangan Deria Fizikal

Kebaikan Bawa Anak Anak Ke Taman Permainan Bagus Untuk Perkembangan Deria Fizikal

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 181 hits
Kebaikan bawa anak anak ke bagus untuk perkembangan deria dan fizikal Sebagai ibu bapa adalah penting untuk kita sentiasa membawa anak anak ke taman permainan sama ada indoor atau outdoor Kebaikan Bawa Anak anak Ke Taman Permainan Ini keran...
Fizo Omar Buat Surprise Di Sekolah Anak Maryam Peluk Daddy Macam Tak Nak Lepas

Fizo Omar Buat Surprise Di Sekolah Anak Maryam Peluk Daddy Macam Tak Nak Lepas

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 207 hits
buat surprise di sekolah anak Maryam peluk daddy macam tak nak lepas Video Fizo Omar buat kejutan berjumpa anaknya di sekolah buat warga maya tersentuh Sebak tengok Maryam peluk Daddy macam tak nak lepas Rindu betul Maryam pada Daddy Dihuju...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia