Keajaiban Waktu Subuh



Keajaiban Waktu Subuh

1. Betapa waktu Subuh itu terlalu banyak keajaibannya. Sangat rugi bagi mereka yang sering melewatkannya atau langsung tidak mengambil peduli akan keberkatan yang Allah kurniakan kepada kita. 

2. Waktu sebelum azan Subuh itu mendatangkan keberkatan yang sangat luas dan besar oleh Allah SWT. 

Kata Allah, Aku berikan kepada orang yang solat Subuh dua rakaat pahala yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Ganjarannya kita tidak nampak sekarang, tetapi di akhirat nanti berbondong-bondong ia datang kepada kita. 

3. Keutamaan solat Subuh yang pertama adalah dapat mendatangkan keberkatan kerana solat Subuh merupakan satu aktiviti pagi hari yang Rasulullah SAW sendiri mendoakannya secara khusus. 

“Ya Allah berkatilah umat ku pada waktu pagi.”
Hadis riwayat Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Itulqh sebab kita wajib berlumba-lumba untuk bangun sebelum Subuh dan tidak menyia-nyiakan waktu sebelum Subuh ini. 

4. Waktu Subuh dapat menghantarkam orang mukmin menuju pintu syurga.

Rasulullah SAW bersabda..
“ Barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dan Asar, maka dia kan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

5. Seorang Muslim yang melaksanakan solat Subuh pun akan mendapat keutamaan lain iaitu terhindar daripada neraka. 

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW..
“Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari(solat Subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari(solat Asar).”
Hadis Riwayat Muslim)

6. Selepas solat Subuh jangan sesekali meninggalkan zikir ini..,

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 33 kali

Nabi menyebutkan bahawa semua dosa kecil kita diampunkan oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di laut. 

7. Pahalanya seumpama solat malam yang penuh bagi mereka  yang bangun awal dan menunaikan solat dua rakaat. Mereka berada dalam jaminan Allah, keutamaan dan keajaiban waktu Subuh itu sangat luar biasa kerana orang mukmin yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah adalah orang yang berada dalam jaminan Allah. Keselamatannya dijamin, rezekinya dijamin, keadaannya dijamin, ketenangannya dijamin dan urusan hidupnya dijamin.

8. Mereka juga mendapat cahaya sempurna pada hari kiamat. Tidak hanya itu sahaja,mereja mendapat cahaya dan sinarbyang sempurna pada hari Kiamat nanti. 

9. Waktu Subuh adalah penentu keberkatan hidup bagi seorang mukmin. 

Abdullah Bin Umar Bin Khattab berkata..
“Salah satu tanda Allah mencintai seorang hambaNya dan tanda dosanya diampunkan, semakin kuat dia menjaga waktu Subuhnya, semakin Allah memberi jaminan kecukupan untuknya. Kehidupan yang penuh keberkatan bermula dengan menjaga waktu Subuhnya.”

10. Ketika kita serius menjaga waktu bangkit kita sebelum azan Subuh, kemudian membersihkan diri untuk sujud kepadaNya, maka Allah memberi jaminan bahawa Allah membuka kesempatan seluas-luasnya kepada kita untuk memperbaiki diri dan menikmati ketenangan dalam sujud kita sehingga Allah menghapuskan benan hidup dengan menghapuskan semua dosa kita.

11. Sesiapa yang mahu memperbaiki hidupnya, maka hendaklah dia memulai dari memperbaiki waktu bangkitnya sebelum azan Subuh. 

Sesiapa yang hendak dilancarkan rezekinya, maka hendaklah dia menjaga dengan baik-baik solat Subuhnya. 

Sesiapa yang ingin dikurnikaan kebahagiaan di dunia dan akhiratnya, maka hendaklah dia memperhatikan solat Subuhnya.

Dan semua perubahan atau penambahbaikan seluruh hidupnya berawal daripada memperbaiki waktu bangkitnya sebelum masuk azan Subuh dan memperbaiki kualiti solat Subuh. Maka Allah akan memperbaiki seluruh hidup kita.

12. Solat Subuh itu baru disempurnakan dua rakaat sahaja, Allah akan mencukupkan semua keperluan dunianya, tidak diperdayakan oleh tipu daya dunia, rezekinya dicukupkan, hartanya diberkati, kariernya dibangunkan dengan baik dan sempurna oleh Allah, keluarganya nyaman, hidupnya tenang. Itulah rahsia bagi mereka yang konsisten menjaga waktu Subuhnya bermula bangkit sebelum azan Subuh. 

13. Malahan itulah yang selalu disebutkan…

“Rabbana atina fiddunia hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar.”

Kitalah yang membangunkan hubungan direct dengan Allah yang mempunyai segalanya, kita mengerjakan perintah Allah dengan sempurna dan menuruti semua tuntunanNya, dunia dia dapatkan dan akhiratnya diraih dengan anugerah Allah. 

14. Mari sama-sama kita berazam bersungguh-sungguh memperbaiki diri dengan memperbaiki waktu Subuh kita.
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/11/keajaiban-waktu-subuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 1 000 Jemaah Imarahkan Program Subuh Macam Raya Di Masjid Imam Ash Shafie Kotasas

Lebih 1 000 Jemaah Imarahkan Program Subuh Macam Raya Di Masjid Imam Ash Shafie Kotasas

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 82 hits
KUANTAN Lebih 1 000 penduduk dari 16 taman perumahan di Kotasas di sini memeriahkan dua program serentak iaitu Subuh Macam Raya dan 5 Kilometer Rentas Kota With 1001 Neighbourhood Program anjuran Masjid Imam Ash Shafie dengan kerjasama Kota...
Dr Say Menyesal Bagi Peluang Kedua Pada Maid Filipina Jirus Air Ke Muka Bayi Waktu Mandi

Dr Say Menyesal Bagi Peluang Kedua Pada Maid Filipina Jirus Air Ke Muka Bayi Waktu Mandi

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 68 hits
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah kali ini pempengaruh doctor selebriti Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan Menerusi perkongsian video di Instagramnya Dr S...
Maybank Perkhidmatan Duitnow Transfer Duitnow Qr Ke Bank Lain Tergendala Sementara Waktu

Maybank Perkhidmatan Duitnow Transfer Duitnow Qr Ke Bank Lain Tergendala Sementara Waktu

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 78 hits
Maybank hari ini memaklumkan bahawa perkhidmatan pemindahan DuitNow dan DuitNow QR ke bank lain tidak tersedia buat sementara waktu pada aplikasi MAE web M2U dan M2U Biz Sebagai alternatif pengguna disarankan untuk menggunakan IBG I
Keajaiban Ayat Kursi Pelajaran Dari Kisah Abu Hurairah Dan Setan

Keajaiban Ayat Kursi Pelajaran Dari Kisah Abu Hurairah Dan Setan

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 82 hits
Temukan keutamaan Ayat Kursi melalui kisah inspiratif Abu Hurairah yang belajar dari percakapannya dengan setan
Itinerary Hatyai 3 Hari 2 Malam Aktiviti Restoran Halal Mesra Poket

Koleksi Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Untuk Makan Tengahari

Insurance And Rising Costs In Private Hospitals

From A Startup To A Unicorn

Drama Bidaah

Insensitive And Stupid Say Netizens On Plans To Attract Tourists During Floods

Why Uk Proxies Are Essential For Modern Digital Business Operations

Kvadrat Architects Apartment In Almaty A Tranquil Oasis For Rest And Recovery


echo '';
8 Negara Yang Dinamakan Sempena Nama Individu

Cara Undi Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 Konsert Mingguan Dan Final

Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia


Isbat Nikah Pengertian Syarat Sidang Biaya

Cutting Cost Of Private Healthcare Can Drive Investors Away Says Group

Do I Need To Eat Fruits Everyday

Keajaiban Waktu Subuh

Inspirasi Dekorasi Rumah Untuk Tahun Baru 2025

Morning Di Pagi Jumaat