Lebih 1 000 Jemaah Imarahkan Program Subuh Macam Raya Di Masjid Imam Ash Shafie Kotasas




KUANTAN: Lebih 1,000 penduduk dari 16 taman perumahan di Kotasas di sini memeriahkan dua program serentak iaitu ‘Subuh Macam Raya’ dan 5 Kilometer Rentas Kota With 1001 Neighbourhood’.
Program anjuran Masjid Imam Ash-Shafie dengan kerjasama Kotasas Badminton Club (KSBC) itu bermula dengan solat subuh yang melibatkan penduduk setempat termasuk ahli keluarga mereka.
Bermula daripada solat subuh, penduduk terbabit kemudian menyertai pula larian sejauh lima kilometer yang juga disertai kanak-kanak.
Program menjadi bertambah menarik serta meriah apabila lebih 125 hadiah cabutran bertuah berupa motosikal elektrik, sofa, televisyen, skuter elektrik, kasut sukan, peralatan perkhemahan dan beberapa peralatan elektrik lain.
Pengerusi Masjid Imam Ash-Shafie, Izudin Muhamad Amin memberitahu, selain bertujuan mengimarahkan masjid terutama pada solat subuh, program itu juga bagi mengeratkan lagi ukhwah.
Beliau berkata, program itu juga memberi kesempatan kepada penduduk untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Jelasnya, kejayaan program itu membuktikan wujud kerjasama dalam kalangan penduduk dari 16 taman perumahan di Kotasas.
“Sebenarnya kami terpaksa mengehadkan penyertaan kira-kira 1,000 orang sahaja walaupun hingga saat akhir ada lagi kalangan penduduk dari pelbagai kaum yang hendak menyertainya.
“Namun mereka yang tidak menyertai larian tersebut kerana pendaftaran telah tutup masih turut menyertai program ini kerana terdapat kios-kios disediakan antaranya pemeriksaan mata dan sebagainya.
“Harapan kami, agar melalui program ini Masjid Imam Ash-Shafie dapat terus diimarahkan lagi terutama dalam program-program tazkirah dan sebagainya,” katanya.
Solat subuh macam raya itu dipimpin oleh Imam Shafiq Mohamed.
Pada program tersebut, hadiah-hadiah cabutan bertuah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (Lantikan), Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari.
Turut hadir Pengerusi Kotasas Badminton Club (KSBC), Mohamad Sapari Shamsul Bahrin.
Penduduk dari 16 taman perumahan yang melibatkan lebih 1,000 orang menyertai larian 5 kilometer di Tasek, Kotasas, Kuantan, Pahang hari ini.
Sementara itu, pengarah bersama program tersebut, Mohd. Izhar Izaidin Yahya memberitahu, perancangan program tersebut telah diatur sejak dua bulan lepas yang melibatkan wakil-wakil penduduk.
“Kami mendapat kerjasama semua pihak termasuk pengurusan Kotasas sendiri. Dari program ini diharap apa jua perancangan untuk penduduk pada masa hadapan dapat jadikan realiti,” katanya.
Pemenang hadiah utama cabutan bertuah, Khairul Anwar Mohamed bersama motosikal yang dimenanginya. Turut kelihatan Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari (berdiri, dua dari kanan) dan Izudin Muhamad Amin (berdiri, kiri).
Seorang lagi pengarah bersama program berkenaan, Jalaluddin Puteh pula memberitahu, menjadi harapan pihaknya agar setiap aktiviti penduduk termasuk acara sukan dapat dilakukan melalui Masjid Imam Ash-Shafie.
“Pihak pengurusan masjid akan sentiasa memberi kerjasama dan sokongan kepada program-program penduduk di Kotasas,” katanya. #MalaysiaGazette
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/lebih-1000-jemaah-imarahkan-program.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Setiap Hari Redah Sungai Imamkan Jemaah Masjid

Kelantan Setiap Hari Redah Sungai Imamkan Jemaah Masjid

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 147 hits
Siti Rohana Idrisbhnews bh com myImam tua Masjid Al Ahmadiah Mukim Pulau Teluk Renjuna Mohd Amin Zulkahar Saari 35 melepaskan tali yang mengikat botnya di jeti Kok Majid untuk ke masjid Foto SITI ROHANA IDRISTUMPAT Sejak sembilan tahun lalu...
Wanta Dituduh Menipu Pelaburan Emas Paddy Jewellery Lebih Rm20 000

Wanta Dituduh Menipu Pelaburan Emas Paddy Jewellery Lebih Rm20 000

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Seorang wanita Siti Hajartul Haini Abd Hamid 37 hari ini tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menipu seorang pesara kerajaan berkaitan pelaburan emas Paddy Jewellery yang melibatkan lebih RM20 000 pada bula...
10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 594 hits
16 November 2024 Hari Sabtu di Dataran Stadium Sarawak telah berlangsung satu lagi program yang saya anggap merupakan program yang amat baik untuk menggalakkan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cerdas Program yang berla...
Sempat Bantu 3 Orang Peluk Islam Imam Meninggal Terlibat Nahas Menuju Ke Masjid

Sempat Bantu 3 Orang Peluk Islam Imam Meninggal Terlibat Nahas Menuju Ke Masjid

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 162 hits
Seorang imam meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas sewaktu menuju ke masjid bagi mengimamkan solat fardu Maghrib dan Isyak semalam Memetik laporan dari Sinar Harian Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai 43 yang merupakan Imam 3 Masjid Al Fa...
Lebih 17 000 Remaja Hamil Tanpa Kahwin Kata Nancy

Lebih 17 000 Remaja Hamil Tanpa Kahwin Kata Nancy

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 146 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata 44 263 kes kehamilan remaja direkodkan sejak lima tahun lalu KUCHING Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri menyuarakan kebimbangan isu kehamil...
Program Rintis Laluan Khas Matrikulasi Tmua Mulai 2025 2026

Program Rintis Laluan Khas Matrikulasi Tmua Mulai 2025 2026

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 240 hits
Mulai sesi 2025 2026 Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Program Rintis Laluan Khas Matrikulasi Tahfiz Model Ulul Albab yang menyambung pengajian mereka ke Kolej Matrikulasi KPM Ini bermakna murid yang mengambil program ini di...
Ada Hati Nak Cakap Teruk Dihentam Penonton Kritik Layanan Lee Seunggi Pada Pelatih Idola Dalam Program Survival

Ada Hati Nak Cakap Teruk Dihentam Penonton Kritik Layanan Lee Seunggi Pada Pelatih Idola Dalam Program Survival

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 219 hits
Pasti ramai yang tahu kan selain seorang pelakon Lee Seung gi juga turut terlibat dalam bidang nyanyian Artikel Berkaitan Kini Lee Seung gi merupakan salah seorang juri untuk program survival Starlight Boys yang bertujuan untuk menubuhkan k...
Abbott Melancarkan Kempen Glucerna Startswithyou Dan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna

Abbott Melancarkan Kempen Glucerna Startswithyou Dan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 250 hits
Abbott Melancarkan Kempen Glucerna StartsWithYou Dan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna Assalamualaikum semua Selama ni sis seorang yang sibuk dan jarang memikirkan kesihatan diri sendiri Bila stress je sis akan makan apa yang sis suka L...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah

Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pas Lebih Cekap Ketimbang Bn Dan Ph

Surat Maryam Ayat 30 35 Arab Latin Arti Tafsir

Scammer Dari Kalangan Mangsa Kemalangan Jalanraya

Gubernur Indonesia Malu Karena Ketergantungan Besar Pada Malaysia Untuk Kebutuhannya

Video Mawar Rashid Make A Wish Sebelum Tiup Lilin Dikritik Netizen

Saiful Apek Saya Ditahan Berpunca Isu Pergaduhan