Keadilan Miliki Ramai Pejuang Hebat Yang Bakal Merampas Kembali Kuasa Dari Pengkhianat





Keadilan bukan sahaja kekal berprinsip, tetapi parti reformasi ini bertuah kerana memiliki ramai pendokongnya di kalangan rakyat marhaen dari berbagai kaum.  Lebih membanggakan lagi Keadilan mempunyai ramai anak didik Anwar Ibrahim yang hebat dan memiliki aura tersendiri seperti Sdr Rafizi Ramli .

Keadilan juga ada tokoh hebat seperti Nurul Izzah dan Puan Hjh Fuziah Salleh yang terkenal berpegang dengan prinsip.  Tidak pelik jika sewaktu PH menjadi kerajaan dan Mahathir menjadi PM, tokoh-tokoh seperti ini tidak digemari oleh orang yang anti reform seperti Mahathir.  Apabila Mahathir gagal melaksanakan reform seperti yang dijanjikan, Nurul Izzah mula menjauhinya kerana putus harapan kepada beliau.  Fuziah Salleh terpaksa bergelut bersendirian mempertahankan prinsipnya apabila sebagai seorang pejuang anti Lynas, tiba-tiba Mahathir merestui kilang Lynas ini terus beroperasi.  Mahathir meletakkan MP Kuantan ini hanya sebagai Timbalan Menteri sedangkan 'wanita besi' ini pejuang paling lama dari Keadilan dan menjadi MP tiga penggal berturut-turut.

Saya melihat Rafizi paling kecewa kerana setelah bersusah payah beliau korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menaikkan PH sebagai kerajaan, apa yang beliau impikan untuk melihat Mahathir meneruskan agenda reformasi ternyata gagal.  Mahathir ternyata menyusun agenda peribadinya yang utama iaitu memastikan Anwar tidak akan menggantikannya seperti yang dijanjikan.  Mahathir mengutip semua musuh-musuh Anwar untuk memegang jawatan-jawatan penting.  Azmin menjadi menteri kanan, tolak Fuziah sebagai menteri penuh dan angkat Zuraidah, orang yang diangkat sendiri oleh Fuziah di dalam politik untuk menjadi menteri penuh.  Latheefa Koya, seorang lagi yang dikenali sebagai anti Anwar, diangkat untuk mengetuai SPRM.  Akibatnya, Azmin dan Zuraidah sendiri mengkhianati Mahathir.

Tindakan Mahathir ini mungkin menjadi salah satu penyebab Rafizi mahu 'berehat' seketika.  Biarkan Rafizi mengambil sedikit masa lagi untuk memujuk hatinya.  Mahathir kini tiada di dalam kamus Keadilan.  Kita boleh maafkan beliau sekali tetapi bukan berkali-kali.

Sesiapa yang masih percayakan orang tua ini, silakan.  Keadilan bukan berlagak 'abang' di dalam PH, sebab itu Anwar tidak pernah melarang mana-mana pimpinan di dalam PH untuk meyakini Mahathir  Anwar memahami bahawa seluruh ahli dan penyokong Keadilan tidak lagi boleh menerima Mahathir.  Jika dahulu, Anwar berjaya memujuk ahli-ahli dan penyokong Keadilan untuk menerima Mahathir, tetapi apabila Mahathir ini jenis manusia tidak tahu berterima kasih, maka Anwar tiada upaya lagi untuk menyakinkan para penyokongnya.

"Kerehatan' Rafizi seketika memberi ruang kepada tokoh muda seperti Akmal Nasir untuk meneruskan gerakan di akar umbi.  Akmal semakin aktif bergerak termasuk di media sosial.  Nurul Izzah pula telah mula melangkah melangkaui sempadan Permatang Pauh.  Fuziah Salleh semakin aktif apatah lagi setelah dinobatkan sebagai Ketua Wanita Pusat.  Program latihan di bawah Akademi Keadilan (ARK) yang diasaskannya semakin aktif menyusun aktiviti di seluruh negeri.  Anak-anak buah Rafizi meneruskan kerja dengan inisiatif sendiri menyusun berbagai program latihan di bawah Selkom.  Lebih banyak program sebegini lebih baik untuk memantapkan parti.

Jangan lupa, terdapat satu lagi pertubuhan yang semakin mendapat perhatian masyarakat.  GERAK98 yang kini dipimpin oleh Sdr Ezam Mohd Noor adalah kesinambungan daripada Gerak yang diasaskan oleh Almarhum Us Fadzil Noor, Presiden Pas sewaktu di era reformasi.  Ezam tampil melunaskan 'hutang'nya kepada Keadilan iaitu parti yang pernah ditinggalkan dahulu.  Ijtihad beliau sewaktu meninggalkan Keadilan dahulu, tiada sesiapa boleh menghukumnya benar atau salah. Apabila beliau berada di pihak lawan kita suatu ketika dahulu, kita lawan Ezam.  Apabila Ezam mahu bersama dengan kita untuk mengangkat Anwar sebagai PM, melawan pengkhianat dan si kitol, maka kita harus berlapang dada. Jika kita tidak mahu bergerak, jangan kita halang pihak lain yang mahu bergerak.

Tugas untuk menjatuhkan pengkhianat tidak cukup dengan parti sahaja yang berperanan.  Gembelingkan tenaga dengan semua pihak yang sealiran dengan perjuangan kita  Terimalah hakikat bahawa Rafizi punyai aura dan pengaruhnya yang tiada sesiapa pun boleh pertikaikan.  Akmal, pengikut Rafizi juga seorang tokoh yang berwibawa dan berani.  Nurul Izzah sudah tentunya mempunyai aura di kalangan anak-anak muda dan wanita kerana ketegasan dan keberaniannya yang diwarisi dari ayahnya.  Fuziah Salleh, pejuang lama yang penuh berpengalaman dan begitu setia dengan 'bos'nya sewaktu senang dan susah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi seorang wanita.  Ezam Mohd Noor, satu nama yang tidak dilupakan terutamanya oleh orang-orang lama dan otai reformasi, punyai sejarahnya tersendiri namun kekal menyanjung reformasi.

Ezam hadir ketika kita berada di dalam keadaan sukar, bukannya sewaktu kita sedang berkuasa.  Beliau tampil disaat Anwar ditekan dan dikhianati, bukannya beliau tampil ketika Anwar dipuncak kuasa.  Maka, berikan ruang untuk Ezam membuktikan bahawa suatu ketika dahulu beliau 'terkhilaf' memilih Umno, dan kini beliau mahu buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa reformasi itu hanya boleh dilaksanakan oleh pemegang kuncinya iaitu Anwar Ibrahim. 

Kesemua mereka bakal kembali berganding bahu untuk menyelamatkan negara ini dari terus diperintah oleh pengkhianat.  Bersyukurlah, disaat beberapa pemimpin mulai kabur mata dek jawatan dan pangkat, Keadilan masih ada pemimpin dan tokoh yang bermaruah.

"LAWAN TETAP LAWAN"


WFAUZDIN NS



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/keadilan-miliki-ramai-pejuang-hebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebat Sambutan Ceramah Pejuang

Hebat Sambutan Ceramah Pejuang

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 241 hits
Sy pernah lihat situasi ini 10 thn dulu waktu aktif dlm Pemuda Mereka mmg rajin bpidato dgn krusi To x mgapalah Org kata pgalaman akan mdewasakan Kita Skrg pun demer2 tu dh tua Sumber FB MR Hilang wang pertaruhan Untuk dapatkan berita darip...
Pejuang Bakal Jadi Kingmaker Tun Mahathir Letak Sasaran Pejuang Menang 36 Kerusi Parlimen

Pejuang Bakal Jadi Kingmaker Tun Mahathir Letak Sasaran Pejuang Menang 36 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 316 hits
1 080 total views 1 080 views today Tun Dr Mahathir Mohamad meletak sasaran Parti Pejuang Tanah Air yang ditubuhkannya untuk memenangi 36 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang Tun Mahathir berkata walaupun jumlah berkenaan secara d...
Kuasa Ke Tiga Pejuang Tiada Peluang Langsung

Kuasa Ke Tiga Pejuang Tiada Peluang Langsung

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 262 hits
Sebelum mendaftarkan Pejuang secara rasmi Tun Mahathir Mohamad pernah mengatakan parti itu tidak akan menyertai PH atau pun bergabung dengan PN Katanya Pejuang akan bergerak bersendirian berdasarkan hala tuju dan perjuangan parti itu untuk ...
Hukum Karma Buat Pengkhianat Keadilan

Hukum Karma Buat Pengkhianat Keadilan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 434 hits
Dulu timbalan presiden Keadilan Khianat kpd PH dan parti kerana nafsu tamakkan kuasa Tubuh NGO kononnya nak test market berapa ratus ribu akan keluar Keadilan dan join dia boleh dia tubuhkan parti baru kononnya Rupa2nya tak dpt sambutan tia...
4 Tahun Lepas W Han Hyojoo Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Drama Baru Pengarah The World Of The Married

4 Tahun Lepas W Han Hyojoo Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Drama Baru Pengarah The World Of The Married

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 326 hits
Siapa ingat lagi drama popular W dibintangi oleh Han Hyo joo dan Lee Jong suk yang ditayangkan pada tahun 2016 Tak sangka dah 4 tahun berlalu malahan itu adalah drama terakhir yang menampilkan pelakon wanita itu sebagai teraju utama sebelum...
Jawaban Hebat Saat Wawancara Bahasa Inggris Yang Bikin Hrd Kepincut Panggilan Bakal Lanjut

Jawaban Hebat Saat Wawancara Bahasa Inggris Yang Bikin Hrd Kepincut Panggilan Bakal Lanjut

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 277 hits
Udah mulai banyak perusahaan yang menerapkan wawancara bahasa Inggris lo nggak cuma di perhotelan doang Ayo lancarkan
Berkempen Utk Pejuang Di Prk Slim Osman Bakal Dikenakan Tindakan

Berkempen Utk Pejuang Di Prk Slim Osman Bakal Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 278 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Pulai akan merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Osman Sapian yang dipercayai berkempen untuk calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim kepada Lembaga Disiplin parti Ket...
Labuan Bakal Miliki Ikonik Baharu Iaitu Taman Rukun Negara

Labuan Bakal Miliki Ikonik Baharu Iaitu Taman Rukun Negara

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 370 hits
Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 50 Rukun Negara sebuah Taman Rukun Negara bakal diwujudkan di Wilayah Persekutuan Labuan dalam masa terdekat Labuan dipilih sebagai nbsp lokasi pembinaan taman awam itu kerana kedudukannya yang strat...
Lakonan Hebat Dalam Iotnbo Kwak Dongyeon Bakal Sertai Song Joongki Dalam Drama Baru Vincenzo

Lakonan Hebat Dalam Iotnbo Kwak Dongyeon Bakal Sertai Song Joongki Dalam Drama Baru Vincenzo

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 483 hits
Dengar cerita ramai yang dah teruja dengan drama baru yang bakal membawa Song Joong ki sebagai teraju utamanya iaitu Vincenzo Makin menggembirakan lagi kerana pelakon berbakat iaitu Kwak Dong yeon juga telah disahkan bakal menghiasi naskhah...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat