Kuasa Ke Tiga Pejuang Tiada Peluang Langsung



Sebelum mendaftarkan Pejuang secara rasmi, Tun Mahathir Mohamad pernah mengatakan parti itu tidak akan menyertai PH atau pun bergabung dengan PN
Katanya, Pejuang akan bergerak bersendirian berdasarkan hala tuju dan perjuangan parti itu untuk melawan rasuah, kleptokrasi dan penyelewengan dalam negara
Walaupun mengakui partinya tidak mungkin mampu memenangi pilihanraya, tetapi Tun Mahathir yakin pihak yang ingin menubuhkan kerajaan akan memerlukan sokongan mereka bagi mencukupkan jumlah kerusi
Dalam erti kata lain, dengan pendirian tidak menyertai PH dan tidak juga menyokong PN, Tun Mahathir mahu meletakkan Pejuang sebagai kuasa ketiga dalam PRU15 akan datang
Bolehkah hasrat itu dicapai
Dari segi teori, cita-cita yang diimpikan Tun Mahathir itu memang ternampak murni dan seolah-olah tiada masalah untuk dicapai, lebih-lebih lagi dengan auranya sebagai negarawan dan bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali
Tetapi, dari segi realiti, khususnya berdasarkan keputusan PRK Slim baru-baru ini, keputusan Pejuang bergerak sendirian tidak ubah seperti pilihan “bunuh diri”
Dalam suasana sistem politik sedang bergerak menuju sistem dua parti, adalah sukar untuk sebuah parti kecil dan baru ditubuhkan dapat menjadi pilihan pengundi
Lebih-lebih lagi kerana Pejuang hanya parti berasaskan Melayu dan Bumiputera, sementara parti Melayu dan Bumiputera yang lain sudah lama bertapak kukuh dalam pemikiran pengundi, bukanlah mudah untuk memperolehi sokongan yang mencukupi untuk menjadi kuasa ketiga
Dalam PRK Slim, lihatlah bagaimana hanya 2,115 undi saja yang mampu diraih oleh calon Pejuang, itu pun dengan sokongan dan kehadiran beberapa pemimpin PH yang turut sama berkempen
Cuba bayangkan berapakah undi yang mampu diperolehi oleh Amir Khusairi Mohd Tanusi kiranya tiada sama sekali penglibatan atau sokongan kempen daripada pemimpin-pemimpin PH
Mahu tidak mahu, Tun Mahathir harus sedar, berdasarkan keputusan PRK Slim itu bahawa Pejuang tidak mampu bergerak bersendirian dan keinginannya untuk menjadi kuasa ketiga sebenarnya tidak melekat dalam hati para pengundi
Pilihan pengundi hanya ada dua – Parti A atau Parti B
Tiada parti C dalam pilihan pengundi dan lihatlah bagaimana cita-cita Pas yang ingin menjadi kuasa ketiga dalam PRU14 lalu langsung tidak kesampaian
Kalau Pas, sebuah parti yang lebih lama, ada nama dan ramai ahli pun tidak diterima untuk menjadi kuasa ketiga, apakah Pejuang mampu melakukannya
Oleh kerana mustahil untuk Tun Mahathir bergabung dengan PN yang didalamnya ada Muhyiddin Yassin, Bersatu dan UMNO, pilihan yang tinggal pada beliau hanyalah dengan membawa Pejuang masuk menyertai PH
Sebagaimana sebelum PRU14 lalu, beliau telah membawa Bersatu menyertai PH, maka kali ini juga beliau harus melakukan perkara yang sama
Cuma, oleh kerana PH sekarang sudah meletakkan Anwar Ibrahim mengetuai gabungan pembangkang itu, Tun Mahathir harus bersikap terbuka menerima kepimpinan bekas timbalannya itu
Jika dalam hatinya masih ada perasaan tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir harus belajar membuang perasaan tersebut, bukan saja demi untuk menjatuhkan Muhyiddin, UMNO dan Bersatu serta bagi mengelakkan Najib Razak kembali berkuasa, bahkan juga untuk masa depan Pejuang yang di dalamnya ada masa depan anaknya sendiri, Mukhriz Mahathir
PRU15 masih ada peluang untuk PH bangkit semula dengan syarat Tun Mahathir sedia merendahkan diri dan egonya untuk kembali bergandingan tangan dengan Anwar menyelamatkan negara ini
Walaupun era Tun Mahathir boleh dikata sudah berlalu, tetapi pintu untuk beliau menebus segala kesilapan masa lalunya tidak pernah tertutup
Apa lagi, sejarah telah membuktikan Anwar seorang yang sangat pemaaf dan tentunya sedia menerima Tun Mahathir dan Pejuang ke dalam PH dengan seadanya
Hanya satu, Tun Mahathir harus menerima dan menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri PH tanpa sebarang syarat atau keraguan dalam hatinya
Kalau tidak, Pejuang tidak akan mampu berjuang dan lebih mungkin terkubur tanpa sebarang kerusi kemenangan dalam PRU akan datang
 (Shahbudindotcom 31/08/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/kuasa-ke-tiga-pejuang-tiada-peluang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadilan Miliki Ramai Pejuang Hebat Yang Bakal Merampas Kembali Kuasa Dari Pengkhianat

Keadilan Miliki Ramai Pejuang Hebat Yang Bakal Merampas Kembali Kuasa Dari Pengkhianat

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 266 hits
Keadilan bukan sahaja kekal berprinsip tetapi parti reformasi ini bertuah kerana memiliki ramai pendokongnya di kalangan rakyat marhaen dari berbagai kaum Lebih membanggakan lagi Keadilan mempunyai ramai anak didik Anwar Ibrahim yang hebat ...
Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu

Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 358 hits
Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa Parti Pejuang Tanah Air ditubuhkan untuk menggantikan Umno dan Bersatu yang didakwa kini tersasar daripada matlamat asal Berucap ...
Perak Pas Don T Dream That Our Members Will Support Pejuang Candidate

Perak Pas Don T Dream That Our Members Will Support Pejuang Candidate

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 268 hits
SLIM POLLS Perak PAS has rejected Amanah vice president Mahfuz Omar s claim that the party s veteran supporters in Slim have expressed dissatisfaction over PAS s close cooperation with Umno Perak PAS commissioner Razman Zakaria instead gave...
Hebat Sambutan Ceramah Pejuang

Hebat Sambutan Ceramah Pejuang

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 246 hits
Sy pernah lihat situasi ini 10 thn dulu waktu aktif dlm Pemuda Mereka mmg rajin bpidato dgn krusi To x mgapalah Org kata pgalaman akan mdewasakan Kita Skrg pun demer2 tu dh tua Sumber FB MR Hilang wang pertaruhan Untuk dapatkan berita darip...
Prk Slim Bn Dijangka Menang Besar Calon Pejuang Lebih Terampil

Prk Slim Bn Dijangka Menang Besar Calon Pejuang Lebih Terampil

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 420 hits
Ringkasan EksekutifPOLA PENGUNDIAN PILIHAN RAYA KECIL N58 nbsp SLIMILHAM CENTREJumaat 28 Ogos 2020BN DIJANGKA MENANG BESAR CALON PEJUANG LEBIH TERAMPILLatar Belakang nbsp PRK nbsp N58 nbsp SlimPilihan Raya Kecil N58 nbsp Slim nbsp di dalam ...
Kasih Seorang Pejuang

Kasih Seorang Pejuang

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 370 hits
Saksikan drama patriotik sempena kemerdekaan bertajuk Kasih Seorang Pejuang mulai 29 Ogos setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 00 malam di TV1 JUDUL KASIH SEORANG PEJUANGEPISOD 13TARIKH TAYANGAN 29 Ogos 2020WAKTU SIARAN Khamis Ahad 7 00 malam ...
Pejuang Backs Shafie For Pm

Pejuang Backs Shafie For Pm

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 280 hits
Newly formed Parti Pejuang Tanah Air will back Warisan president Datuk Seri Shafie Apdal as its prime minister candidate for the 15th General Election Online portal The Malaysian Insight reported the party s pro tem deputy president Senator...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord