Ke Aquaria Klcc Tengok Hidupan Air Dengan Lebih Dekat


Masih cerita di bulan Februari. Selesai urusan di klinik gigi. Balik rumah dulu. Lepas solat zohor baru gerak ke Kuala Lumpur. Ambil mak mentua, biras dan anak-anaknya bawa jalan-jalan ke Aquaria KLCC. Dah lama niat nak bawa budak-budak ni ke Aquaria KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre).

Kiranya hadiah untuk birthday anak buah yang dah berlalu di bulan Februari. Haritu masa kenduri dah bagi hadiah, ini hadiah jalan-jalan gitu. 

Encik suami beli tiket di Klook. Murah sikit berbanding di laman rasmi Aquaria. Tak silap dalam RM40 lebih macam tu untuk seorang. Boleh jugalah berjimat pergi ramai-ramai. Disebabkan malas nak bersesak dan malas nak berjalan guna pengangkutan awam. Terus je naik kereta dan parkir di KLCC.

Mak pun tak larat nak berjalan sangat. Cepat penat nanti. Kita pun kejar masa dah lambat.

Dah beli tiket di Klook, masa di pintu masuk tunjukkan tiket pembelian online tu dan juga kad pengenalan untuk pengesahan. Tak lama urusan di pintu masuk sebab tak ramai masa tu walaupun hari Sabtu, seminggu selepas cuti sekolah.

Orang kata jangan datang hari Sabtu, Ahad dan cuti sekolah. Mesti sesak punya. Untung juga tak berapa ramai orang datang. Agaknya lepas cuti sekolah dan dah naik sekolah pun kan. Kita ni malas nak bersesak.
Masuk-masuk je nampak kolam terbuka yang ada tapak Sulaiman (starfish) yang boleh dipegang. Pertama kali pegang tapak sulaiman hidup. Tak rasa dia bergerak pun. Comel je kejadiannya. 


Ini pula aquarium ikan yang paling ganas dan bahaya, piranha. Ada hiasan tulang manusia di dalamnya. 


Selain ikan, ada juga haiwan lain yang dipamerkan di sini. Mentadak daun (Leaf Mantis). Unik betul mantis yang satu ni. Kalau duduk atas daun ni memang tak perasan



Yang warna hitam tu landak laut (sea urchin). Pernah nampak orang Korea makan sea urchin mentah-mentah. Ada isi dalamnya warna oren. Yang belang-belang tu ikan Singa (Lionfish). Cantik pula rupa paras dia. Macam betta fish crowntail.


Ini namanya ikan naso tang (orange-spine unicornfish). Nampak macam ada tanduk. Rupa dia macam ikan blue tang ikan dori tu kan



Dah berjalan-jalan tengok ikan kecil, kita bergerak tengok ikan-ikan besar pula. Ambil banyak gambar tapi kita letak sikit je. Jenuh nak edit letak watermark. Hihi...
Sampailah kita ke Aquarium ikonik yang besar ni. Silinder aquarium yang teguh tegak berdiri ni dipenuhi dengan ikan air tawar. Ikan Lampam Sungai (Tinfoil Barb)

Dibawahnya pula ada pelbagai jenis ikan-ikan lain. Yang kelihatan sebelah kiri bawah tu ikan Kelisa (Asian Arowana).



Susah ek nak bergambar tanpa orang di sini. Orang ramai lalu lalang. Kena cepat-cepat bergambar bila tak ada orang. Dapatlah sekeping gambar sorang di sini. Apsal nampak gemuk? Salah baju kot. Nak juga salahkan baju. Tak pun salahkan tukang ambil gambar sebab tak nampak kurus. Hiks.
Berdekatan dengan aquarium air tawar tu ada Ketam Kelapa (Coconut Crab). Rupa macam kelapa, sebab tu dipanggil ketam kelapa agaknya kan. Nampak macam keras cengkerang dia tu



Tempat yang dinantikan bila masuk Aquaria iaitu terowong ni. Dapat juga bergambar satu keluarga tanpa ada orang lain di sekeliling. Tapi kelihatan pula sosok seketul manusia lain di belakang. Encik suami tak dapat masuk bergambar sekali. Kalau tidak siapa pula nak ambilkan gambar

Kalau ramai orang bersesak, jangan haraplah nak berhenti ambil gambar. Terowong ni agak sempit juga. Tak selesa kalau ramai orang sekali masuk. 


Tengok hidupan laut di terowong ni yang paling seronok. Ada pelbagai jenis ikan laut. Paling seronok tengok ikan besar-besar macam ikan pari (stingray), ikan jerung (shark) dan banyak lagi



Satu lagi aquarium ikonik dalam Aquaria KLCC. Teringin nak tengok show bagi makan ikan dan tengok mermaid. Tapi tak tahu lah bila show tu berlansung atau ada pada masa-masa tertentu je. Di sini pun ada tawarkan untuk acara melamar (marriage proposal). 

Ikan kerapu (groupers) pun ada. Besar-besar saiznya


Dah puas tengok ikan besar-besar, tengok udang yang comel-comel pula.  Udang ronggeng (camel shrimp)



Ini pula udang api (fire shrimp). Merah mak ngah betul ye kejadian rupa paras dia


Akhir sekali sebelum keluar ada pameran hidupan air yang telah diawetkan. Ada pelbagai spesis dan jenis-jenis hidupan air bercengkerang. Salah satunya ikan buntal (pufferfish) di bawah ni


Kemudian akan melalui souvenir shop. Bolehlah shopping apa-apa yang menarik di sini. Saya ambil gambar je tak beli. 
Di sini juga ada gambar-gambar yang telah diambil oleh pekerja Aquaria masa dalam Aquaria tadi. Sebelum ke terowong ada booth bergambar. Kami tak ambil gambar. Jadi, tak perlu nak belek gambar yang ada untuk membeli.

Sebelum pulang, menikmati pemandangan sekitar KLCC ni. Macam biasa ramai betul orang lepak di luar ni. Ramai pelancong asing terutamanya. 

Agak jauh juga kena jalan kaki dari sini ke Aquaria. Tapi okaylah haritu cuaca tak panas dan jalan santai-santai je. Anak-anak buah pun seronok dapat jalan-jalan tengok hidupan laut dan sungai dan juga haiwan lain. 1 jam lebih jugalah kami habiskan masa dalam Aquaria tu

Aquaria KLCC salah satu tempat yang menarik untuk aktiviti seisi keluarga di Kuala Lumpur. Nak lebih selesa dan santai, ada baiknya pergi hari waktu bekerja. Tak sesak gitu

Ini pertama kali saya masuk Aquaria KLCC. Tapi saya lebih suka dengan suasana The Ocenarium Melaka lagi sebab lebih selesa, luas, besar dan menarik walaupun tak ada ikan besar-besar. 
Okay seterusnya kena pergi A'Famosa Wonderland Safari, nak tengok buaya dalam terowong aquarium, gajah berenang. Macam menarik je tu. Underwater World Langkawi dah pergi dulu. Tapi masa tu tak ada blog lagi. Boleh repeat akan datang

Pusat Ikan hiasan di Port Dickson pun dah pergi. Katanya sekarang dah berbayar. Dulu percuma je masuk. Itu pun menarik juga walaupun kecil je. 
Mana lagi tempat menarik tengok hidupan air macam ni? Sudah anda baca. Sila komen. (sila baca ikut itonasi TikToker Jason Jezi tu). Hihi... 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/04/aquaria-klcc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Ini Cara Nak Buat Nasi Hujan Panas Jadi Lebih Sedap Tukang Masak Ini Kongsi Tip

Rupanya Ini Cara Nak Buat Nasi Hujan Panas Jadi Lebih Sedap Tukang Masak Ini Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 166 hits
Nasi hujan panas ni memang legend bila tiba musim Raya terutamanya masa open house Warna nasi yang ceria ada merah hijau kuning sudah tentu naik selera tengok Aromanya pula wangi semerbak dari rempah ratus santan dan susu cair memang padu k...
Suami Isteri Terkejut Duit Raya Anak Cecah Lebih Rm2000

Suami Isteri Terkejut Duit Raya Anak Cecah Lebih Rm2000

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 118 hits
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000 Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2 000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu Suami Ister...
Resipi Rendang Daging Mudah Masak Macam Ni Lebih Sedap

Resipi Rendang Daging Mudah Masak Macam Ni Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 145 hits
Rendang Daging sempoi memang digemari ramai Tidak perlu tunggu musim perayaan hari biasa pun boleh masak hidangan enak ini untuk sajian keluarga Bagi yang mulakan perniagaan resipi ini sangatlah sesuai kerana ia tidak susah dan hanya menggu...
Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 158 hits
Jika istri sedang puasa sunnah dengan izin suami lalu suami mengajaknya berhubungan maka yang lebih utama adalah memenuhi ajakan suami Sebab memenuhi hak suami termasuk kewajiban sementara puasa sunnah bersifat anjuran Mendahulukan kewajiba...
Loke Tolak Khabar Angin Lebih Ramai Mp Dap Tak Tanding Pru15

Loke Tolak Khabar Angin Lebih Ramai Mp Dap Tak Tanding Pru15

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 95 hits
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook menolak khabar angin lebih ramai ahli parlimen daripada parti itu akan memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke 15 akan datang Bagaimanapun ahli parlimen Seremban itu berkata PRU ...
Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 153 hits
KUALA LUMPUR Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik apabila seramai 67 419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga pada Jumaat Pengerusi Jawa...
Apa Lebih Debat Anwar Najib Rakyat Dapat Tegok 2 Badut Dengan Idea Idea Untuk Lelong Harta Negara

Apa Lebih Debat Anwar Najib Rakyat Dapat Tegok 2 Badut Dengan Idea Idea Untuk Lelong Harta Negara

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 85 hits
Debat Anwar Najib kata Anwar banyak mana pun projek mega tidak akan ada gunanya kalau tiada prinsip intigriti Namun sedar tak Anwar dan najib untuk dapat prinsip intigriti itu dan nak tegakkan prinsip intigriti itu nak dapat dari mana sumbe...
Transformasi Baru Canva Buat Kerja Kamu Jadi Lebih Menarik

Transformasi Baru Canva Buat Kerja Kamu Jadi Lebih Menarik

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 172 hits
Grab baru saja meluncurkan rangkaian perkhidmatan baru yang inovatif bertemakan Untuk Setiap Anda dalam pelancaran GrabX pertamanya Memahami bahawa pengguna aplikasi Grab mempunyai pelbagai sisi dan banyak yang perlu dilakukan dalam sehari ...
Lebih 4 000 Anggota Bersihkan Kawasan Kebakaran Paip Gas

Lebih 4 000 Anggota Bersihkan Kawasan Kebakaran Paip Gas

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 107 hits
KUALA LUMPUR Hari ini lebih dari 4 000 petugas termasuk sukarelawan dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi besar besaran membersihkan kawasan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai B...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation