Loke Tolak Khabar Angin Lebih Ramai Mp Dap Tak Tanding Pru15




Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menolak khabar angin lebih ramai ahli parlimen daripada parti itu akan memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke 15 akan datang.
Bagaimanapun, ahli parlimen Seremban itu berkata PRU 15 akan datang bakal menyaksikan lebih ramai calon baru daripada DAP.
“Setahu saya, satu-satunya ahli parlimen yang membuat pengumuman ini ialah Ong Kian Ming (ahli parlimen Bangi). Tiada pengumuman lain dibuat dan tiada keputusan lain oleh ahli parlimen lain.
“Tetapi dalam setiap pilihan raya, pasti akan pembaharuan, akan ada calon baru,” katanya dalam sidang media di Kajang,hari ini yang turut dihadiri Ong.
Bekas menteri pengangkutan itu berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Ahli Parlimen Damansara Tony Pua akan mengikut jejak Ong.
Pada 9 Mei lepas, Ong mengumumkan keputusannya untuk tidak menawarkan diri sebagai calon untuk PRU ke-15 akan datang.
Ong dalam kenyataannya turut mengakui keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada MAC lalu - apabila dia gagal terpilih - menjadi antara faktor dia mengambil langkah itu tetapi menjelaskan ia bukanlah sebab utama.
Susulan pengumuman Ong berehat daripada politik dan tidak menyertai pilihan raya akan datang, spekulasi bertiup kencang bahawa Tony Pua mungkin akan melakukan tindakan serupa.
Sementara itu, mengulas jika Adun DAP sedia ada di kawasan berkenaan akan menjadi calon ahli parlimen Bangi seterusnya, Loke berkata DAP kini bersikap terbuka dan tidak mengehadkan pilihannya.
‘Pengganti bukan calang-calang’
“Tiada sekatan seperti itu. Calon yang berpotensi boleh jadi sesiapa sahaja kerana syarat untuk menjadi calon parlimen sangat mudah.
“Selagi anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan ahli DAP, anda layak,” katanya.
Malah, Loke berkata proses pencarian bakal calon pengganti Ong akan bermula sekarang.
"Proses untuk kita cari pengganti (Ong) akan bermula dan ini juga salah satu sebab saya turun (ke kawasan parlimen Bangi) hari ini untuk berjumpa dengan akar umbi, untuk kita berikan sokongan dan berikan satu kepastian bahawa kesinambungan perjuangan kita akan diteruskan.
"Sebab perjuangan parti bukannya berdasarkan individu. Penggantinya akan dicari dan kita sudah tentu ada ramai calon-calon yang berpotensi.
“Bila dah namakan calon nanti bukannya calang-calang calonnya.
"Mestilah calon berwibawa dan kita yakin boleh dapat kepercayaan dan sokongan pengundi.
“Sebagai setiausaha agung parti saya berikan kepastian bahawa proses untuk cari pengganti di Bangi akan diberikan perhatian serius dan kita akan cari seorang pengganti yang kalau tak lebih hebat dari Ong pun harus setanding dengan beliau dari segi kewibawaan dan kelayakan calon tersebut," katanya
Kawasan parlimen Bangi mempunyai tiga kerusi DUN - Sungai Ramal, Balakong dan Seri Kembangan.
Kerusi Sungai Ramal disandang oleh Mazwan Johar daripada PKR manakala Balakong dan Seri Kembangan diwakili oleh Wong Siew Ki dan Ean Yong Hian Wah, daripada DAP.
Ong, yang merupakan bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, pertama kali menang kerusi Serdang pada 2013 dengan menewaskan veteran MCA dan bekas ahli parlimen Yap Pian Hon dengan mengundi 79,238 undi (67.98 peratus).
Pada 2018, Ong mempertahankan parlimen Bangi yang lebih luas (dinamakan semula selepas persempadanan semula 2018) dengan menewaskan Liew Yuen Keong daripada MCA, Shafie Ngah daripada PAS dan Dennis Wan daripada PRM selepas meraih 102,557 undi (65.6 peratus).
DAP pertama kali menang kerusi Serdang dalam tsunami pilihan raya umum 2008 selepas Teo Nie Ching menewaskan Hoh Hee Lee daripada MCA apabila menang 64.23 peratus (47,444) undi.
Selain itu, Loke berkata parlimen Bangi akan menjadi kawasan pengundian yang mencabar kepada DAP pada PRU15.
Gambar fail.Loke berkata ini disebabkan kawasan itu mempunyai jumlah pengundi yang tinggi, mencapai lebih 300,000 penduduk dengan hampir 100,000 daripada jumlah itu adalah pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun.
"Ramai anak muda tinggal di kawasan parlimen ini, disertakan demografi (Bangi) di peringkat kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
"Jadi, kepada sesiapa sahaja calon yang bakal menggantikan Ahli Parlimen Bangi (Dr Ong Kian Ming), ini satu faktor mencabar yang juga perlu dipertimbangkan parti dalam menghadapi PRU15," katanya.
Bagaimanapun, Loke berkata dia yakin segala kesukaran akan dapat diatasi dengan bantuan daripada Ong meskipun pemimpin DAP itu memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.
Katanya, Ong akan terus membantu parti dan akan memberi lebih masa untuk mencari calon yang bersesuaian dengan demografi Bangi.
"Kita akan terus mendapat pertolongan Ong untuk memastikan sesiapapun calon akan terus mendapat sokongan rakyat kerana (bagi kawasan parlimen Bangi yang tinggi jumlah pengundi) kita perlu masa (yang lebih) untuk calon bergerak dan mengenali kawasan ini, bukannya menunggu sehingga parlimen dibubarkan.
"Ini merupakan satu daripada faktor Ong mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding lebih awal supaya kita ada masa lebih panjang dalam mengenal pasti calon yang sesuai untuk kawasan Bangi," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2022/05/loke-tolak-khabar-angin-lebih-ramai-mp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 119 hits
KAJANG DAP akan bergantung kepada kepakaran veteran parti Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming untuk pilihan raya umum ke 15 sekalipun mereka membuat keputusan untuk tidak lagi aktif dalam arena politik Setiausaha Agung DAP L...
Kalau Tak Nak Bantu Duduk Diam Anthony Loke Perjelas Dap Wujudkan Tabung Bantuan Atas Permintaan

Kalau Tak Nak Bantu Duduk Diam Anthony Loke Perjelas Dap Wujudkan Tabung Bantuan Atas Permintaan

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 84 hits
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke perjelas parti dalam kerajaan perlu mengutip derma daripada orang awam sedangkan bantuan boleh disalurkan terus menggunakan dana kerajaan Beliau menjelaskan bahawa inisiatif kutipan derma ini dibuat selepas...
Rosmah Tanggapi Isu Khabar Angin Pasal Najib Meninggal Di Hospital

Rosmah Tanggapi Isu Khabar Angin Pasal Najib Meninggal Di Hospital

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 81 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak sekarang sedang menjalani hukuman penjara selama 6 tahun di penjara Kajang Walaupun mempunyai sejarah ulser perut dia mendapat rawatan perubatan yang diperlukan Baru baru ini satu kiriman viral di Facebook ...
Mingguan Startups Mercury Valuasi Naik Lebih Dari Dua Kali Berita Lainnya

Mingguan Startups Mercury Valuasi Naik Lebih Dari Dua Kali Berita Lainnya

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 152 hits
Selamat datang ke Startups Weekly sorotan mingguan tentang segala yang penting dari dunia startup Mahu dapatkan dalam inbox anda setiap Jumaat Daftar di sini Minggu ini membuktikan bahawa perakaunan kreatif bukan hanya berlaku di Hollywood ...
Pergilah Di Tempat Kamu Lebih Dihargai

Pergilah Di Tempat Kamu Lebih Dihargai

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 170 hits
Beberapa mesjid di Perth telah pun mengakhiri solat terawikhnya malam tadi kerana ada yang akan menyambut aidil fitri esok Sementara sebahagian yang lain masih diteruskan sehingga ke malam Isnin nbsp Dapat dilihat sebahagian insan2 soleh di...
Bawa Anak Anak Travel Lebih Dari Sekadar Seronok Untuk Bina

Bawa Anak Anak Travel Lebih Dari Sekadar Seronok Untuk Bina

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 149 hits
Mengajak anak anak untuk travel bukan saja tentang berseronok tetapi juga memberi mereka pengalaman dan pelajaran yang tak dapat diperoleh dalam bilik darjah Luaskan Mata Melalui perjalanan mereka akan terdedah kepada pelbagai budaya makana...
Hiburan Laung Azan Maghrib 3 Minit Lebih Awal Darsa Fried Chicken Puncak Alam Mohon Maaf

Hiburan Laung Azan Maghrib 3 Minit Lebih Awal Darsa Fried Chicken Puncak Alam Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 120 hits
Puncak Alam ingin memohon maaf kepada para pelanggan berikutan kesilapan dalam laungan azan maghrib Insiden ini berlaku pada 17 Mac jam 7 26 malam sedangkan waktu sebenar untuk kawasan Kuala Selangor adalah pada 7 29 malam Advertisement Dal...
Saya Lebih Selesa Cium Perempuan Hyeri Buat Pengakuan Jujur

Saya Lebih Selesa Cium Perempuan Hyeri Buat Pengakuan Jujur

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 127 hits
Baru baru ini Hye ri telah tampil dalam saluran YouTube Baek Eun ha s Give and Take di mana wanita itu ada bercakap tentang dramanya Friendly Rivalry yang baru sahaja tamat Artikel Berkaitan Bagi yang belum tahu Friendly Rivalry adalah dram...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gabungan Melayu Zahid Presiden Dr Sam Timbalan Presiden

Heed Cj S Views Nazri S Criticism Illogical

Jakim Lodges Report On Offensive Fb Comment Posted During Pak Lah S Funeral

Hygr Apologises Over Personal Care Ad On Lrt Coaches

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey