Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian



KUALA LUMPUR - Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga pada Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.

"Pengundian dalam talian diadakan dari 18 Mei hingga hari ini. Jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar untuk mengundi dalam talian adalah 76,926 dan mereka mempunyai masa hingga 11.59 malam ini bagi melaksanakan tanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Jumaat.

Selain itu, beliau memaklumkan peratusan keluar mengundi secara keseluruhan termasuk pengundian fizikal dan dalam talian pada pemilihan parti yang memasuki hari kelapan hari ini, sangat rendah iaitu hanya lapan peratus yang melibatkan 90,304 ahli parti.

Beliau berkata ia termasuk 20,813 ahli yang mengundi secara fizikal di 10 negeri setakat ini iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Dr Zaliha yakin jumlah itu akan meningkat pada hari pengundian secara fizikal di Selangor dan Sabah pada hujung minggu ini, kerana kedua-dua negeri mempunyai ahli PKR yang ramai.

Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayapnya.

Mengenai beberapa dakwaan mengenai tahap keselamatan aplikasi ADIL, Dr Zaliha menegaskan sistem yang diperkenal pada 28 Feb lepas itu telah diletakkan pelbagai ciri keselamatan untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

Dr Zaliha berkata, ciri-ciri sekuriti yang sedia ada dalam pengunaan aplikasi ADIL berserta dengan sistem dan proses pengundian yang dikawal rapi, dan pengenalan penggunaan dakwat calit undi memastikan pemilihan parti berjalan dengan telus, saksama dan selamat.

Pemilihan parti itu akan diteruskan esok, dengan pengundian secara fizikal di Selangor manakala Perak, Sabah dan Sarawak pada 22 Mei.

Keputusan tidak rasmi calon yang menang akan dipaparkan di laman web rasmi PKR dalam tempoh 24 jam selepas proses pengundian tamat pada Ahad ini (22 Mei), sementara keputusan rasmi akan diumumkan di Kongres Nasional PKR pada 25 Jun. - Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2022/05/pemilihan-pkr-2022-lebih-67000-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 2 000 Hadir Serikan Rumah Terbuka Kfc Shah Alam Raya Jadi Lebih Meowriah

Lebih 2 000 Hadir Serikan Rumah Terbuka Kfc Shah Alam Raya Jadi Lebih Meowriah

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 120 hits
Bila sebut pasal Raya tak meriahlah tanpa sambutan rumah terbuka kan Tahun ni KFC bawakan Rumah Terbuka Paling Meowriah di 5 lokasi terpilih seluruh Malaysia siap ada hidangan lazat aktiviti menarik dan special surprise untuk pengunjung Kam...
Raya Lebih Meriah Di Greenwoods Senna Salak Perdana Jumpa Didi Amp Friends Nikmati Subsidi Pakej Umrah Rm3 000

Raya Lebih Meriah Di Greenwoods Senna Salak Perdana Jumpa Didi Amp Friends Nikmati Subsidi Pakej Umrah Rm3 000

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 94 hits
19 April tak tahu ke mana Masih dalam musim Raya kali ini jom Beraya Gaya Bersama Greenwoods Senna Salak Perdana Ada pelbagai aktiviti menarik untuk semua Jom serbu beramai ramai var currentUrlTwo window location hostname window
Lebih 4 000 Anggota Bersihkan Kawasan Kebakaran Paip Gas

Lebih 4 000 Anggota Bersihkan Kawasan Kebakaran Paip Gas

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 106 hits
KUALA LUMPUR Hari ini lebih dari 4 000 petugas termasuk sukarelawan dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi besar besaran membersihkan kawasan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai B...
4 Ditahan Miliki Lebih 50 000 Bahan Penganiayaan Seksual Kanak Kanak

4 Ditahan Miliki Lebih 50 000 Bahan Penganiayaan Seksual Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 115 hits
AwaniEnergy AsiaBM nbsp ENBernamaKUALA LUMPUR Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan manakala lebih 50 000 bahan penganiayaan seksual kanak kanak dirampas dalam Op Cyber Guardian yang dijalankan antara 24 Feb hingga 28 Mac le...
Pemimpin Kanan Pkr Yang Tewas Pemilihan

Pemimpin Kanan Pkr Yang Tewas Pemilihan

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 124 hits
Malaysiakini nbsp Ahli PKR di tujuh negeri selesai menunaikan tanggungjawab memilih ketua cabang Angkatan Muda Keadilan cabang dan wanita cabang bagi penggal 2025 2028 Ia membabitkan ahli PKR di Selangor Melaka Perlis Perak Kedah Negeri Sem...
Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 298 hits
Hebatnya permainan licik Dr Jay Ong Mun Ho CEO dan Principal CSA Academy Lebih 4 000 penjawat awam menjadi mangsa sindiket penipuan ini dengan sekurang kurangnya lima bank turut terlibat Bagaimana mereka melakukannya Rakyat Malaysia tidak m...
Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 175 hits
Malaysiakini nbsp Penyandang Ketua Cabang PKR Tambun Arafat Varisai Mahamad menafikan dakwaan dia menunjukkan pistol kepada pencabarnya semasa kempen pemilihan parti Arafat yang juga Adun Hulu Kinta berkata dia akan membuat laporan polis be...
Senarai Akhir Calon Yang Layak Bertanding Dalam Pemilihan Pkr 2024 Peringkat Cabang Diumum Hari Ini

Senarai Akhir Calon Yang Layak Bertanding Dalam Pemilihan Pkr 2024 Peringkat Cabang Diumum Hari Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 108 hits
KUANTAN Senarai akhir calon yang layak bertanding dalam pemilihan PKR 2025 peringkat cabang akan diumumkan hari ini Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Pemilihan Parti selesai meneliti pr...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Kehilangan Pamela Ling 12 Saksi Diambil Keterangan Polis

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Tanah Warisan Ini Akan Senasib Palestin

Dr Afif Hentikan Retorik Rafizi Perlu Letak Jawatan Negara Perlukan Menteri Ekonomi Komited

Syarat Persahabatan Adalah Memaafkan

Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Ketiga Mendapat 7a Dalam Spm 2024

Jangan Marah Anak Sebelum Tidur Nanti Luka Tu Dibawa Dalam Mimpi

Masa Raees Dulu Naik 28kg Tasha Shilla Turun Berat Badan Lepas Bersalin Disiplin Jaga Makan

Ke Majlis Perkahwinan Ex Housemate

Thailand Skywalk Aiyerweng Talay Mok Ayoeweng Di Betong

Kelas Mengaji Dan Tawjid Online