Kaya Pun Boleh Korup Kata Hakim Kes Ku Nan Malunya Aku


 
V Anbalagan -December 21, 2020 Hakim kata mahkamah terima Tengku Adnan Mansor orang berada, tetapi tegaskan RM2 juta tetap jumlah besar walaupun bagi seorang jutawan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Hakim yang mesabitkan kesalahan terhadap bekas menteri Tengku Adnan Mansor kerana menerima rasuah RM2 juta berkata, silap untuk menganggap golongan kaya tidak akan melakukan jenayah demi meraih keuntungan.
Mohamed Zaini Mazlan berkata, Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, ketika perbicaraannya menegaskan beliau orang berada.
Zaini berkata, beliau menerima bahawa Ku Nan bukannya berlagak apabila membuat kenyataan itu, sebaliknya untuk menegaskan bahawa RM2 juta bukanlah jumlah yang mampu menariknya.Bagaimanapun, kata hakim, pada pandangannya RM2 juta tetap jumlah yang besar sekalipun bagi seorang jutawan.
“Silap untuk menganggap orang kaya tidak mungkin melakukan kesalahan jenayah demi keuntungan kewangan,” katanya dalam penghakimannya.
Ku Nan, seorang ahli perniagaan sebelum memasuki politik, dipenjara setahun dan denda RM2 juta selepas didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong, empat tahun lalu.
Ahli Parlimen Putrajaya itu, yang memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi ketika pembelaannya berkata, beliau tidak menerima manfaat peribadi daripada RM2 juta diberikan Chai kepada syarikatnya, Tadmansori Holdings Sdn Bhd, kerana wang itu “sumbangan politik.”
Katanya, wang itu bagi membantu UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun 2016.
“Dengan rendah diri saya ingin mengatakan saya tidak perlukan RM2 juta itu untuk diri sendiri. RM2 juta umpama wang poket saja.
“Sebelum menyertai Jemaah Menteri pada 2001 atas permintaan perdana menteri ketika itu, saya ahli perniagaan berjaya dan terbabit dalam pelbagai bisnes termasuk hartanah, pembalakan, perkilangan, perdagangan, pertanian, perhotelan, haiwan ternakan, dan makanan,” katanya.
Ku Nan juga gagal meyakinkan mahkamah untuk mengadakan prosiding secara dalam kamar bagi mendedahkan jumlah aset dimiliki atas alasan perkara itu rahsia.
Zaini, dalam penghakimannya sepanjang 87 muka surat hari ini berkata, beliau tidak dapat menerima bahawa hanya Ku Nan seorang yang diberi kepercayaan untuk mengumpul dana bagi dua PRK itu, kerana kawasan terbabit bukan bawah bidang kuasanya sebagai pengerusi UMNO dan pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan ketika itu.
“Lagipun beliau bukan bendahari (UMNO) seperti didakwa. Saya juga tidak dapat menerima keterangan Rizalman dan Zakaria…” kata hakim.
Rizalman Mokhtar, bekas pengarah jentera PRK Sungai Besar, dan ketua UMNO bahagian Simpang Renggam ketika itu, Zakaria Dullah, antara enam saksi pembelaan yang memberi keterangan.
Zaini berkata, pada pandangannya, keterangan mereka direka selepas kejadian itu dalam usaha menyokong kes pembelaan.
Menurutnya, jelas RM2 juta diberikan Chai kekal dalam akaun Tadmansori untuk manfaat tertuduh.
Katanya, tiada bukti bahawa Ku Nan mengeluarkan wang dari akaun itu untuk membiaya dua PRK berkenaan, walaupun sekiranya mahkamah menerima Rizalman serta Zakaria mendapat wang daripada tertuduh.
“Dakwaan beliau memberikan pendahuluan lebih RM2 juta untuk PRK itu sekadar alasan difikirkan kemudian.
“Jadi jelas tertuduh berselindung di sebalik Tadmansori untuk meraih hasil daripada perbuatan jenayahnya,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/kaya-pun-boleh-korup-kata-hakim-kes-ku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedaulatan Undang Boleh Disalagunakan Ia Lebih Teruk Dari Korup

Kedaulatan Undang Boleh Disalagunakan Ia Lebih Teruk Dari Korup

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 250 hits
Muhyiddin sebok mempertahan kerusi menjadikan kerajaan yang lebih teruk dalam sejarah Langkah Sheraton mengkhianati majoriti rakyat yang memilih PH sebagai kerajaan untuk mengembalikan maruah negara ke landasan yang betul Penyamun dan pengk...
Sd Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai Dr Mahathir Kata

Sd Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai Dr Mahathir Kata

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 340 hits
Semalam Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki sokongan dalam bentuk akuan berkanun tidak memberikan apa apa makna kerana tidak boleh diambil kira dalam keputusan menjatuhkan atau membentuk kerajaan baru mor...
Bn Boleh Kembali Kuat Jika Disertai Parti Melayu Lain Kata Penganalisis

Bn Boleh Kembali Kuat Jika Disertai Parti Melayu Lain Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 264 hits
freemalaysiatoday com December 28 2020 7 13 AMPenganalisis politik berkata BN perlu mencari sekutu politik yang boleh menguatkan gabungan itu selain MCA dan MIC PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata kekuatan Barisan Nasional da...
Ahli Parlimen Dengan Sokongan Majoriti Boleh Kemuka Sd Kepada Agong Kata Takiyuddin

Ahli Parlimen Dengan Sokongan Majoriti Boleh Kemuka Sd Kepada Agong Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 429 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata tiada halangan terhadap ahli politik yang mahu menyokong mana mana Ahli Parlimen yang memiliki sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri Beliau berkata mana mana Ahli Parlim...
Mahkamah Tinggi Sampaikan Keputusan Kes Rasuah Rm2 Juta Ku Nan 9 Pagi Ini

Mahkamah Tinggi Sampaikan Keputusan Kes Rasuah Rm2 Juta Ku Nan 9 Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 352 hits
270 total views 270 views today KUALA LUMPUR 21 Dis Semua mata kini tertumpu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang akan menyampaikan penghakimannya terhadap kes rasuah RM2 juta dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan Dat...
Buat Apa Percayakan Fitch Report Orang Kampung Kata Janji Kami Boleh Makan

Buat Apa Percayakan Fitch Report Orang Kampung Kata Janji Kami Boleh Makan

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 270 hits
MOHD MUKLISRoad to Nirvana Dari gred A stabil sampai ke gred BBB untuk Malaysian Cash Cow nanti ada yang bidas buat apa percayakan Fitch report kita hanya perlukan sertuan SSST nescaya semua akan jadi rahmat kepada alam semesta
Kes Rasuah Rm 2 Juta Ku Nan Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Bulan Denda Rm2 Juta

Kes Rasuah Rm 2 Juta Ku Nan Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Bulan Denda Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 334 hits
The ReporterMahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atau penjara enam bulan terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas mendapatinya bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 ju...
Dalam Kes Ku Nan Adpakah Kita Mempunyai Dua Sistem Yang Berbeza

Dalam Kes Ku Nan Adpakah Kita Mempunyai Dua Sistem Yang Berbeza

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 287 hits
Pelbagai pihak ketika ini menggesa Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan yang tuntas mengenai penarikan semula kes rasuah yang melibatkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Pembebasan kes rasuah berprofil tinggi yang melibatkan sogoka...
Hakim Kecewa Terpaksa Tangguh Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Isteri

Hakim Kecewa Terpaksa Tangguh Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Isteri

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 209 hits
1 492 total views 1 492 views today Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar kes rasuah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Ezette A Samad kecewa kerana terpaksa melapangkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bersambung...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Logo Maskot Visit Malaysia 2026

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Does The E90 Bmw 3 Series Have A Sway Bar All You Need To Know

Our Soft Offer


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Remaja Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 16 Kondominium

Hasil Kerjasama Tng Dengan Unhcr Makin Bermaharajalela Pendatang Haram Di Malaysia

Menteri Ekonomi Terlalu Obses Lupa Portfolio Diri Sendiri

Yayaa2106 Selalu Masuk Fyp Teruskan Hadirkan Flutedwallpanel Marblewall

To Buy Me Grilled Fish Husband Of Slain Food Vendor Claims He Met Suspect Once

Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Menarik 2025