Bn Boleh Kembali Kuat Jika Disertai Parti Melayu Lain Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.comMohamad Fadli
-December 28, 2020 7:13 AM
Penganalisis politik berkata, BN perlu mencari sekutu politik yang boleh menguatkan gabungan itu, selain MCA dan MIC.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, kekuatan Barisan Nasional dahulu yang lebih banyak mengharapkan kekuatan UMNO dapat dikembalikan, jika ia menerima parti berasaskan Melayu lain yang berhasrat menyertai gabungan itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan mencadangkan BN menarik parti lain seperti PPBM, PAS atau Amanah menyertainya.

“Dengan pengundi Melayu di bawah satu organisasi, iaitu BN dan dibantu walaupun secara minimum oleh gabungan MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta rakan mereka, maka BN akan jadi tarikan kepada pengundi pelbagai kaum,” katanya kepada FMT.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan dilaporkan berkata, tiada salahnya BN menerima parti lain yang berhajat menyertai gabungan itu.

Ini kerana, katanya, BN perlu mengumpul semula kekuatannya, termasuk daripada parti lain yang mempunyai kelebihan tersendiri, selepas kalah pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

Timbalan presiden UMNO itu berkata, sebarang keputusan berhubung penyertaan parti baru dalam BN perlu mendapat konsensus daripada empat parti komponen, iaitu UMNO, MIC, MCA dan PBRS.

Beliau berkata demikian susulan permohonan Makkal Sakti untuk bertanding atas tiket BN pada PRU15.

Mohamad berkata, perkara itu wajar dipertimbang pucuk pimpinan BN memandangkan Makkal Sakti masih setia menyokong gabungan itu walaupun hanya berstatus parti rakan.

Azmi berkata, BN sememangnya jenama yang sudah diuji dan diyakini pengundi, seperti yang terbukti dalam beberapa pilihan raya kecil dimenanginya selepas PRU14.

Beliau tidak menafikan BN menjadi pilihan pengundi kerana kekuatan UMNO.

Bagaimanapun, katanya, jika BN menerima penyertaan parti kecil lain, ia hanya dapat menguatkan gabungan itu pada tahap tertentu saja.

“Secara teorinya, gabungan Makkal (Sakti) dan MIC mampu tarik pengundi India dan begitu juga gabungan MCA dan parti berasaskan Cina lain serta PBRS bersama parti Borneo lain boleh lakukan serupa,” katanya sambil menambah impak politik itu tidak kuat disebabkan pengaruh MIC, MCA dan PBRS.

Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia berkata, BN perlu mencari sekutu politik yang boleh menguatkan gabungan itu, selain MCA dan MIC.

Katanya, ia memerlukan parti bukan berasaskan Melayu yang boleh melengkapi sokongan orang Melayu kepada UMNO.

“Parti di Sabah dan Sarawak patut bersama BN untuk kukuhkan sokongan.”

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia pula berkata, cadangan Mohamad mungkin mengambil kira perubahan lanskap politik dalam negara, tetapi ia perlu diperhalusi Dewan Tertinggi BN.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/bn-boleh-kembali-kuat-jika-disertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Pejuang Tidak Lulus Kami Bertanding Atas Tiket Parti Lain Kata Mukhriz

Kalau Pejuang Tidak Lulus Kami Bertanding Atas Tiket Parti Lain Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 191 hits
Pejuang yang pendaftarannya sebagai parti politik berdepan kelewatan terbuka untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 15 atas tiket parti lain Pemimpinnya Mukhriz Mahathir berkata calon calonnya tidak akan bertanding sebagai calon Bebas m...
Penafian Zeti Mengenai Dana 1mdb Tak Boleh Dipercayai Kata Najib

Penafian Zeti Mengenai Dana 1mdb Tak Boleh Dipercayai Kata Najib

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 229 hits
Najib Razak terus mencabar Zeti Akhtar Aziz menjelaskan sama ada ahli keluarganya pernah menerima dana daripada ahli perniagaan buruan Low Taek Jho yang didakwa mendalangi skandal 1MDB Ahli Parlimen Pekan itu berkata penafian bekas gabenor ...
Umno Tak Akan Rujuk Ku Li Ke Jawatankuasa Disiplin Parti Kata Sumber

Umno Tak Akan Rujuk Ku Li Ke Jawatankuasa Disiplin Parti Kata Sumber

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 250 hits
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti berhubung kerjasamanya dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menolak Belanjawan 2021 Menurut sumber parti itu Umno ...
Jika Dr M Boleh Tarik Undi Melayu Kenapa Kalah Prk Slim Pemimpin Amk

Jika Dr M Boleh Tarik Undi Melayu Kenapa Kalah Prk Slim Pemimpin Amk

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 268 hits
Malaysiakini Jika Dr Mahathir Mohamad mendakwa boleh menarik orang Melayu menyokong pembangkang maka kenapa undi Melayu tidak menyokong calon pilihan bekas perdana menteri itu di kerusi majoriti Melayu DUN Slim Naib Ketua Pemuda PKR Syed Ba...
Depa Boleh Orang Lain Tak Boleh Lebai

Depa Boleh Orang Lain Tak Boleh Lebai

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 230 hits
SHAHBUDINKalau kedai kek halal tidak dibenar pamerkan ucapan krismas pada kek untuk tujuan pameran apakah dibenarkan pemimpin Pas yang tentunya ada cop halal pada perbuatan mereka meletakkan ucapan krismas untuk tujuan pameran secara meluas...
Patut Dari Awal Lagi Mn Pelawa Parti Lain Bina Kesatuan Ummah

Patut Dari Awal Lagi Mn Pelawa Parti Lain Bina Kesatuan Ummah

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 142 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar BANGI 16 Jamadilawal 1442H Khamis Muafakat Nasional sepatutnya dari awal lagi mempelawa parti parti politik selain UMNO dan PAS untuk bekerjasama malah membina kesatuan ummah merentasi kepartian sehingga membab...
Umno Perak Tidak Akan Serah Kerusi Kepada Parti Lain

Umno Perak Tidak Akan Serah Kerusi Kepada Parti Lain

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 235 hits
SAARANI FOTO Arkib NSTPBERNAMATaiping Umno Perak tidak akan berkompromi dan menyerahkan lima kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu untuk ditandingi parti lain pada PRU15 Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad berkata i...
Hubungan Dr M Anwar Sukar Diperbaiki Kata Penganalisis

Hubungan Dr M Anwar Sukar Diperbaiki Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 222 hits
Penganalisis berkata selagi Dr Mahathir Mohamad masih hidup beliau akan menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri PETALING JAYA Berikutan setahun kemelut dan sengketa seorang penganalisis politik berkata hubungan antara beka...
Melayu Hanya Selamat Jika Umno Kembali Berkuasa Ku Li

Melayu Hanya Selamat Jika Umno Kembali Berkuasa Ku Li

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 221 hits
Itu aku setuju sangat Cuma tengok UMNO yang macam mana Yang celik pertama kena setuju bahawa bukan UMNO sekarang Secara realiti sukar untuk mendapat semula kepimpinan seperti PM1 4 Tetapi boleh terus berharap berdoa
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams