Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Ini Cara Terbaik Korang Nak Hargai Jasa Sempena Hari Ibu Dalam Tempoh Pkp
Ibu adalah seorang insan yang sangat berharga dalam diri kita. Beliau merupakan insan yang sanggup berkorban demi memenuhi semua kehendakan kita dan sanggup bertarung nyawa mengandung dan melahirkan kita ke atas muka bumi ini. Korang tau tak selain kita sambut Ramadan dalam tempoh PKP, Hari Ibu tahun ni yang jatuh pada 10 Mei 2020 nanti pun kita masih dalam tempoh PKP.
Mesti diantara korang yang dah berbulan tak jumpa dengan ibu sebab terpaksa mematuhi PKP ni. Jadi, sebab itulah Sama-Sama Lokal dari Cameron Highland bersama Maybank2u nak memudahkan korang untuk korang hadiahkan Ibu korang sejambak bunga segar terus dari Cameron Highland ke kampung korang. Korang bukan je dapat hargai jasa Ibu korang je, tapi dapat membantu peniaga-peniaga dan pekebun di Cameron Highland yang terjejas dek kerana Covid-19.
Bab cas penghantaran jangan risau, Maybank akan belanja korang 50% kos penghantaran seluruh Semenanjung Malaysia utnuk 10kg pertama tau. Macam mana caranya? Mudah je. Dalam pasaran Sama-Sama Lokal ni ada 3 kedai bunga yang korang boleh pilih.
Lau Brothers Flower Farm
JIN Flowers Sdn Bhd
E and E Enterprise
Korang klik je mana-mana kedai bunga yang korang nak, korang akan dibawa terus ke web maybank2u dan akan ada Whatsapp link yang tertera seperti contoh di bawah. Korang klik je Whatsapp link tu untuk membuat tempahan. Penghantaran bunga akan dibuat terus segar dari Cameron Highlands ke tangan ibu korang yang sangat banyak berjasa. Tapi perkhidmatan hanya di Semenanjung Malaysia sahaja.
Bukan saja boleh hantar bunga, korang juga boleh hantar makanan berbuka puasa untuk ibu korang dengan membuat tempahan di e-Bazar Ramadan dalam pasaran Sama-Sama Lokal tau. Setidak-tidaknya kurang beban ibu tak perlu memasak untuk juadah berbuka puasa. Pelbagai juadah berbuka puasa yang sangat menyelerakan korang boleh dapati di website Maybank2u.
Korang boleh buat tempahan dari jam 10 pagi hingga 3 petang sahaja. Macam mana pulak dengan cas penghantaran? Tak perlu risau, untuk jarak bawah 10km dari Kawasan peniaga ke rumah anda, Maybank akan belanja cas penghantaran. Jika lebih dari 10km akan dikenakan cas penghantaran.
Pelbagai juadah berbuka puasa ada dalam Bazar Ramadan Maybank2u ni. Boleh pilih makanan kegemaran ibu korang. Contohnya seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Air Tebu, Nasi Ayam dan Roti John. Belikan bunga, hantar sekali bersama juadah berbuka puasa untuk buatkan ibu korang tersenyum di kampung. Siapa tak gembira jika jasa mereka selama ini dihargai anak kesayangan sendiri kan.
Siapa lagi nak hargai ibu kita kalau bukan anaknya sendiri. Bak kata orang kasih ibu membawa ke syurga. Semoga ibu kita semua sihat dan dipanjangkan umurnya untuk kita terus merasai kasih saying seorang ibu.
Selain dapat hargai jasa-jasa ibu, korang juga dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang terjejas sepanjang tempoh PKP akibat penularan wbaak Covid-19 ini.
Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke Facebook, Instagram dan Website Maybank untuk maklumat lanjut tentang Maybank2u dan Sama-Sama Lokal.
The post Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Ini Cara Terbaik Korang Nak Hargai Jasa Sempena Hari Ibu Dalam Tempoh PKP appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/05/05/kasih-ibu-membawa-ke-syurga-ini-cara-terbaik-korang-nak-hargai-jasa-sempena-hari-ibu-dalam-tempoh-pkp/