Beli Barang Online Ketika Tempoh Pkp



Pengalaman Shopping Online Ketika PKP
Aku nak kongsikan coretan pengalaman beli barang secara online ketika tempoh PKP berlangsung. Dah masuk fasa PKPD di sesetengah tempat dan sedikit kelonggaran untuk sektor ekonomi telah pun dibuka. Harapnya ini adalah fasa terakhir kita dikurung secara berjemaah.

Walaupun dikurung dan tidak dibenarkan sesuka hati keluar rumah tapi realitinya PKP tidak dapat mengurung semangat shopping secara online. Rasanya semua seronok shopping untuk hilangkan stress tak dapat keluar rumah. Aku semestinya tidak terkecuali, tapi bukanlah beli benda mengarut lebih kepada barang keperluan rumah. Gitu alasan. Lol.

Bila semua orang shopping secara online maka sedikit sebanyak perkhidmatan kurier dalam Malaysia jadi kucar kacir. Mula lah berlaku penghantaran barang lambat, barang diperam, barang tawaf satu Malaysia dan banyak lagi lah



Pengalaman Beli Barang Online
Setakat ni aku berjaya kawal diri dan beli barang hanya dari aplikasi Shopee sahaja. Fiuhh. Puas tahan nafsu woi. Sepanjang PKP aku memang elak beli barang dari luar negara dan beli dari kedai di Malaysia yang ada stok sahaja.

Untuk rekod aku beli sebanyak empat kali, kali pertama aku beli secara mengejut sebab vacumm cleaner aku rosak jadi memang wajib beli. Semua smooth dan barang sampai dalam masa singkat 3 ke 4 hari macam tu, guna perkhidmatan kurier J&T Express.

Review Vacumm Cleaner Beli Di Shopee


Kali kedua aku beli barang-barang keperluan rumah khas untuk kegunaan di dapur yang memang dah lama aku idamkan. Alang-alang ada promosi aku beli terus. Juga tiada masalah dan masih guna perkhidmatan kurier J&T Express. Tak lebih dari 5 hari aku dah dapat barang yang aku beli.


Secara tak sengaja aku terbeli:

SEOKO 2 LAYER Double Plastic Wash Vegetables Basin Drain Warna BiruSEOKO Electric Meat Mincer Chopper Food Processor MINI BLENDERSEOKO Magic Hanger Laundry Sunshine Hanger Drying RackSEOKO Rice Storage Box With Wheels -10 kg6 in 1 Fruit & Vegetable Cutter Tool
Aku beli Electric Meat Mincer Chopper laku keras weh.


Kali ketiga aku beli makanan tapi bukan dari aplikasi Shopee tapi beli dari individu. Oleh sebab dia buat promosi menarik dan konon-konon nak support bangsa berniaga maka gigih la beli. Pembelian kali ketiga paling mencabar sebab hampir cecah 10 hari dari tarikh barang di post, baru barang sampai dekat aku. Kurier yang digunakan adalah Pos Laju.



Terharu masa terima parcel dari abang Pos laju, masa tu anggaran dalam pukul 6.30 petang di saat aku tengah sibuk bancuh air untuk berbuka tapi abang Pos Laju masih menjalankan tanggungjawab dia dan bekerja. Dahla masa tu hujan renyai-renyai sekali guruh. Terkilan aku tak sempat nak bagi air kotak. Masa di tekan loceng rumah rasa terkejut sebab dia masih bekerja, dia dah berjalan ke lift baru aku terfikir kenapa aku tak bagi air kotak ye

Paling terbaru aku beli lampin pakai buang PetPet untuk anak bongsu. Beli sebab suami malas nak beratur panjang dan kedai yang selalu kami beli tu tidak dibuka. PetPet sangat laris jualannya di Shopee ya, kebanyakan kedai sold out untuk saiz yang aku nak. Kalau beli di PetPet Mall pula kena pre order 12 hari. Malas fikir banyak dan nak guna cepat aku beli dari kedai yang dapat review bagus. Harapnya tiada masalah. Penjual ni pun menggunakan khidmat kurier J&T Express.

Beli lampin pakai buang PetPet Murah ~ Sini
Masalah Postage & Peram Barang?
Aku ada juga terbaca posting di Facebook kecoh barang-barang terlalu banyak hendak dihantar dan J&T Express tak cukup kakitangan. Tumpang sedih sajalah siapa yang terlibat. Alhamdulillah untuk kawasan rumah aku ni setakat ini kurier J&T Express tiada masalah. Barang pun elok tak kemek atau rosak.

Same goes to Pos Laju. Aku faham la sekarang PKP jadi tempoh barang sampai kalau 4 ke 5 hari bagi aku tu memang laju dah. Kasihan juga untuk pekerja-pekerja kurier tapi itu kira rezeki mereka la kan? Ke tidak? Setakat ni pengalaman aku membeli dan guna perkhidmatan kurier J&T Express masih indah dan cerah secerah sinaran Matahari. Harapnya tiada perkara buruk berlaku antara kita ya J&T Express.

Biasanya apa aku lakukan sebelum beli barang, aku akan baca review pelanggan yang dah pernah beli. Kalau dia ada tulis penghantaran laju, barang selamat dan bagus memang aku beli terus. Tak berani ambil risiko beli barang dari luar negara walaupun harga murah nak mams, sebab pernah aku nak beli barang harga murah tapi kualiti hauk. Insaf okeh.

Pesanan akhir dari aku, untuk korang yang beli barang-barang secara online tak kira dari platform mahupun mana-mana website kena pastikan korang buat belian bijak ya. Semak, baca dengan teliti, dan jangan membazir. Kalau nak jadi kawan syaitan sila lah buat. Penting juag untuk chat dengan seller (Shopee) untuk pastikan barang masih ada stok dan sekadar berbasa-basi untuk elak ditipu scammer.

Didoakan semoga PKP ni tidak lah disambung kepada fasa 6,7, dan seterusnya. Aku dah tak tahan nak keluar hirup udara segar weh. Tak lupa pesanan khidmat masyarakat dari aku; lakukan penjarakan sosial, jaga kebersihan dengan cuci tangan, pakai mask dan pakai hand sanitizer. Kuman tu kecil kita tak nampak dia jadi buat yang terbaik ya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/05/beli-barang-online-ketika-tempoh-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulai Hari Ini Kerajaan Benarkan Dua Orang Pergi Beli Barang Dalam Tempoh Pkp

Mulai Hari Ini Kerajaan Benarkan Dua Orang Pergi Beli Barang Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 534 hits
Dua ahli keluarga dibenarkan membeli barang keperluan atau mendapatkan perkhidmatan perubatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini sesuai dengan warta persekutuan baru mengenai Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit...
Beli Vacumm Cleaner Masa Tempoh Pkp

Beli Vacumm Cleaner Masa Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 484 hits
Terpaksa Beli Vacumm Cleaner Secara OnlineDijadikan cerita vacumm cleaner aku tiba tiba tak berfungsi masa hujung PKP fasa 2 aritu Setelah berkhidmat selama 4 tahun tiba juga ajalnya Jadi masalah bila vacumm tu tak boleh sedut habuk Tak pas...
Jangan Bawa Anak Kecil Ketika Beli Barang

Jangan Bawa Anak Kecil Ketika Beli Barang

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 410 hits
Anggota bertugas sedang melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dalam operasi sekatan jalan raya sepanjang PKP di sekitar daerah Kemaman Foto ihsan FB IPD Kemaman KEMAMAN Polis mengingatkan masyarakat di daerah ini supaya tidak membawa anak...
Orang Awam Dibenarkan Pandu Kenderaan Lesen Tamat Tempoh Ketika Pkp

Orang Awam Dibenarkan Pandu Kenderaan Lesen Tamat Tempoh Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 402 hits
PUTRAJAYA Orang awam dibenarkan memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan Motor ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa Jabatan Pengangkutan Jala...
Beli Barang Keperluan Raya Online Di Pgmall

Beli Barang Keperluan Raya Online Di Pgmall

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 564 hits
Beli Barang Keperluan Raya Online Di PGMall Assalamualaikum dan salam sayang Hari ini dah masuk minggu kedua kita berpuasa
Jual Beli Secara Terbuka Dalam Tempoh Pkp Haram

Jual Beli Secara Terbuka Dalam Tempoh Pkp Haram

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 336 hits
Patuhi arahan kerajaan agar urus niaga diberkati BANGI Jabatan Mufti Negeri Perak menegaskan hukum menjalankan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan secara terbuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan adalah haram Menurut jabatan itu...
Mulai Hari Ini Boleh Keluar Berdua Untuk Beli Barang Makanan Dan Keperluan Sepanjang Pkp

Mulai Hari Ini Boleh Keluar Berdua Untuk Beli Barang Makanan Dan Keperluan Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 773 hits
Dalam fasa ke 4 Perintah Kawalan Pergerakan kebenaran untuk ketua keluarga atau wakil keluarga keluar membeli barang makanan atau keperluan dengan membawa seorang lagi ahli bersamanya telah dibenarkan Kebenaran itu diberikan kerajaan meneru...
Antara Hikmah Pkp Ini Adalah Kita Boleh Memiliki Bisnes Online Sendiri

Antara Hikmah Pkp Ini Adalah Kita Boleh Memiliki Bisnes Online Sendiri

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 492 hits
PKP yang dilaksanakan kerajaan memberi kesan yang berbeza kepada setiap rakyat Malaysia Ada sesetengah dari kita sudah
Permohonan Gerak Malaysia Online Pergerakan Rentas Negeri Semasa Pkp

Permohonan Gerak Malaysia Online Pergerakan Rentas Negeri Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 783 hits
Ramai yang selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari hari pertama di lakukan yang terkandas di kampung halaman Ini antara mereka yang sempat sampai ke kampung awal awal dahulu mungkin pada waktu itu tidak terfikir PKP akan berlarutan h...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi