Bukan Calon Pilihan Nak Tumpang Kasih Wanita Ini Usaha Menangi Hati Ibu Mertua


Dalam sesebuah pernikahan, kita bukan berkahwin dengan pasangan kita sahaja. Bahkan kita berkahwin dengan keseluruhan keluarganya. Baik buruk setiap satu, harus kita terima dengan hati yang terbuka. Tidak perlu bersangka buruk, tetapi kita teruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini apabila ibu mertuanya tidak dapat menerima dirinya di dalam keluarga suami. Ibu mertuanya mempunyai calon lain, tetapi suaminya tetap memilih untuk mengahwini dirinya.
Ikuti kisah penuh inspirasi, bagaimana Julia memenangi hati ibu mertuanya itu.
Terima kasih admin siarkan penulisan saya. Assalamualaikum semua, nama saya Julia (bukan nama sebenar). Saya berumur 28 tahun. Saya baru je kahwin hujung tahun lepas. Apa yang ingin saya ceritakan ni, mungkin kita semua boleh sama-sama belajar dari pengalaman saya ni.
Saya anak yatim piatu. Ada dua beradik. Hanya ada saya dan abang. Abang dah berkeluarga, ada 4 orang anak. Waktu saya beritahu abang yang saya nak kahwin, dia yang paling happy. Katanya bertambahlah orang yang akan menjaga dan menyayangi saya, seperti mana yang dia buat pada saya.
Okay, berbalik pada cerita perkahwinan saya. Suami saya namanya Iqmal (bukan nama sebenar). Dia tua 3 tahun dari saya. Dia seorang lelaki yang sangat baik, lembut tutur kata, kerjanya juga bagus dan dia sangat penyayang. Selepas lebih kurang 6-7 bulan kami berkawan, Iqmal bawa saya ke rumahnya untuk berjumpa keluarga dia.
Pengakuan Lain: [“5 Kali Gugur, Tak Ada Rezeki Nak Ada Anak. Salah Satu Kehamilan Wanita Ini Adalah Kembar]
Alhamdulillah, keluarganya menerima saya dengan baik. Ayah Iqmal dan adik-beradiknya semua baik-baik. Tapi, saya perasan ibunya macam ‘jauh’ sikit. Tak mesra dan kurang bercakap. Iqmal kata ibunya memang macam tu, jenis pendiam dan lambat nak mesra. Kuranglah sikit rasa risau dalam hati saya waktu tu.
Selepas Iqmal bawa saya berjumpa keluarganya, dia minta untuk bercakap dengan abang saya. Saya setuju dan pertemukan dorang. Rupanya waktu tu Iqmal nak minta izin abang untuk menikahi saya. Abang setuju memandangkan Iqmal lelaki yang baik dan ada kehidupan yang stabil.
Jadi, kami buat majlis merisik kecil-kecilan di rumah abang. Selain abang, ada juga keluarga Pak Long, Pak Ngah dan Pak Lang yang mewakili keluarga kami. Rasa bersyukur sangat waktu tu, sebab terasa seperti ada arwah ayah di majlis saya. Keluarga pakcik saya semuanya baik-baik dan tak berkira untuk bantu mana patut.
Waktu majlis merisik tu, saya perasan ibu Iqmal tak ada. Ada juga makcik saya yang bertanya di mana ibu Iqmal, kenapa tak ikut sekali. Tapi ayah Iqmal beri alasan yang ibunya kurang sihat jadi memang tak dapat ikut. Tak mahu batalkan majlis, jadi ibu Iqmal minta ayah dan adik-beradiknya yang lain wakilkan dia.
Naluri saya waktu tu macam ada yang tak kena. Saya rasa macam alasan tu tak munasabah. Kalau betul ibu Iqmal tak sihat, kenapa semua orang datang ke rumah abang saya. Takkan seorang pun anaknya tak ada yang temankan ibu Iqmal?
Dipendekkan cerita, dua bulan selepas majlis merisik, kami menikah. Buat bersederhana sahaja. Tak nak membazir, jadi buat yang mana perlu sahaja. Baju nikah jugalah baju yang saya pakai untuk majlis doa selamat. Kami tak ada buat adat bersanding, saya tak mahu membazir.

Selepas bernikah, Iqmal ajak saya untuk bercuti di kampungnya. Kata Iqmal, untuk saya lebih kenal rapat dengan keluarganya. Di rumah Iqmal pun kami tak buat kenduri besar-besaran. Sama juga, buat kenduri doa selamat saja. Saya setuju dengan cadangan Iqmal, tak mahu bercuti ke mana-mana untuk honeymoon. Nak duduk di kampung dulu.
Apa yang saya perasan, ibu mertua saya hanya bercakap dengan saya bila perlu. Tapi bila bersembang dengan orang lain, mulutnya bukan main ‘riuh’. Saya tahu, mesti ibu mertua saya kurang berkenan dengan saya. Tak mahu fikir negatif, saya tanyakan hal sebenar pada Iqmal.
“Bukan salah Sayang. Sebenarnya Ibu memang ada calon lain untuk Bie. Tapi, Bie tak mahu. Sebab Bie kenal sangat dengan perempuan yang dia nak jodohkan Bie tu. Depan kita memang baik, tapi sebenarnya tidak. Bie pernah nak bertunang dengan dia. Dua hari sebelum majlis, dia kantoi dengan Bie. Keluar pegang-pegang tangan dengan orang lain. Jadi, Bie fikir dia tak berminat nak kahwin dengan Bie,” begitulah penjelasan Iqmal.
Barulah saya tahu kisahnya. Kata Iqmal, ibunya sangat ralat dengan kejadian tak jadi bertunang tu. Budak perempuan yang sepatutnya jadi isteri Iqmal tu anak kepada arwah kawan baik ibunya. Sebab tulah, ibu Iqmal nak sangat anak-anak dorang disatukan.
Iqmal kata, abaikan je. Sebab bukan dia saja-saja batalkan pertunangan. Dia siap tunjuk bukti gambar perempuan tu dengan kekasihnya. Siap simpan sampai sekarang. Gambar tu, Iqmal ada tunjukkan pada saya. Saya percayakan Iqmal, tapi saya kesian pada ibu mertua saya. Mungkin dia ralat sebab saya yang jadi menantunya, bukan calon yang dia pilih untuk Iqmal.
Sejak hari tu, saya nekad untuk ambil hati dia. Biarpun dia tak makan kalau saya yang masak. Atau kalau saya mengemas, dia akan ubah semula. Saya buat tak tahu. Saya kuatkan hati. Sebab saya dah tak ada emak, jadi saya sanggup buat apa saja untuk memenangi hati ibu mertua saya. Untuk saya menumpang kasih, sumpah demi Allah SWT, saya sayangkan ibu mertua saya.
Ada suatu hari tu, ibu mertua saya nak ke pasar. Tapi semua orang tak dapat temankan dia. Saya curi peluang tu, saya offer diri nak ikut dia. Mula-mula dia kata tak jadi pergi. Tapi saya pujuk-pujuk, akhirnya dia pergi jugak. Dalam kereta dia tak banyak bercakap, tapi saya tak peduli. Saya ajak je dia bersembang, walaupun kadang-kadang tak ada respon.
Balik dari pasar, saya buka cerita kehidupan saya dan abang. Sejak kecil kami dah jadi yatim piatu. Waktu tu umur saya 10 tahun dan abang pula 16 tahun. Abah dan emak saya meninggal dunia kerana kemalangan. Waktu tu, dorang nak ke tempat kerja. Motor yang dorang naik, dilanggar dari belakang oleh sebuah lori.
Pengakuan Lain: [“Sampai Lari Dari Rumah.” Suami Imbas Kenangan Lucu Pilih Nama Anak Dengan Isteri]
Sejak ketiadaan abah dan emak, saya dibesarkan oleh abang. Abang budak bijak di sekolah. Cikgu tak bagi berhenti belajar, jadi waktu tu setiap perbelanjaan kami untuk bersekolah adalah atas ihsan cikgu-cikgu. Mungkin sebab dorang nampak potensi saya dan abang, jadi dorang sanggup support kami berdua.
Tapi untuk makan, abang buat kerja part time. Basuh pinggan di warung. Kadang-kadang abang ambil upah potong rumput di rumah orang. Saya nak tolong abang, jadi saya ambil upah lipat kain jiran-jiran. Sebenarnya bukan dorang tak boleh lipat sendiri, tapi lebih pada nak bersedekah. Saya takkan lupa jasa baik jiran-jiran kami waktu tu.
Walaupun ibu mertua saya senyap je tak respon, saya terus bercerita. Saya beritahu dia, saya bertuah dapat jadi menantu dia. Dia seorang ibu yang baik, anak-anaknya semua ‘menjadi’. Semuanya ikhlas, bukan sebab saya nak bodek atau apa. Saya beritahu dia, saya beruntung kahwin dengan Iqmal yang masih ada ibu ayah. Dapatlah saya menumpang kasih, merasa ada orang tua.
Saya pendekkan cerita, lebih kurang 6 bulan saya menikah ni, saya belum ada rezeki untuk mengandung lagi. Tapi saya bahagia dengan kehidupan saya. Saya ada Iqmal yang cintakan saya dan keluarganya yang melayan saya dengan baik sekali. Ibu mertua saya terutamanya, sekarang dah macam kawan. Boleh dibuat bergurau dan berkongsi masalah. Alhamdulillah, ini pun rezeki untuk saya.
Saya sayangkan keluarga saya dan saya tak putus berdoa semoga ukhwah antara kami terus kuat dan bahagia begini sampai bila-bila. Alhamdulillah, inilah perkongsian saya. Harap boleh jadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua. Sayangilah ibu mertua seperti mana kasihnya kalian pada emak sendiri. In sha Allah berkat hidup kita.
Untuk rakan-rakan yang membaca, mohon untuk tolong doakan saya dan Iqmal untuk dapat baby nanti. Kami masih menunggu berita gembira yang itu. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan saya ini. Saya doakan agar kita semua terus bahagia dengan kehidupan kita. Jaga diri semua. Assalamualaikum.
Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, bolehlah klik di KONGSI CERITA
The post “Bukan Calon Pilihan.” Nak Tumpang Kasih, Wanita Ini Usaha Menangi Hati Ibu Mertua appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-calon-pilihan-nak-tumpang-kasih-wanita-ini-usaha-menangi-hati-ibu-mertua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Beri Kejutan Hari Ibu Dengan Menu Istimewa Wanita Kecewa Pesan Ketam Sampai Rm700 Tapi Bau Busuk

Nak Beri Kejutan Hari Ibu Dengan Menu Istimewa Wanita Kecewa Pesan Ketam Sampai Rm700 Tapi Bau Busuk

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 546 hits
Hajat sebuah keluarga untuk menyambut Hari Ibu bertukar tragis apabila hidangan ketam yang diperoleh tidak seperti yang dibayangkan Kejadian itu dikatakan berlaku di Singapura Melalui perkongsian oleh Sunny Han di dia dikatakan telah membua...
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Ini Cara Terbaik Korang Nak Hargai Jasa Sempena Hari Ibu Dalam Tempoh Pkp

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Ini Cara Terbaik Korang Nak Hargai Jasa Sempena Hari Ibu Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 388 hits
Ibu adalah seorang insan yang sangat berharga dalam diri kita Beliau merupakan insan yang sanggup berkorban demi memenuhi semua kehendakan kita dan sanggup bertarung nyawa mengandung dan melahirkan kita ke atas muka bumi ini Korang tau tak ...
Wanita Cina Sempat Turun Kereta Di Lampu Isyarat Semata Nak Hulur Makan Kepada Pak Cik Tua Sentuh Hati Netizen

Wanita Cina Sempat Turun Kereta Di Lampu Isyarat Semata Nak Hulur Makan Kepada Pak Cik Tua Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 528 hits
Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa setiap daripada kita mesti mengamalkan sikap tolong menolong tanpa mengira kaum dan agama Seperti perkongsian oleh seorang individu Mohd Aminudin mengenai seorang wanita diper...
3 Tahun Terasa 30 Tahun Menunggu Bertahun Tumpang Kasih Anak Orang Ika Nabella Nak Lebih Banyak Zuriat

3 Tahun Terasa 30 Tahun Menunggu Bertahun Tumpang Kasih Anak Orang Ika Nabella Nak Lebih Banyak Zuriat

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 499 hits
Pelakon menerusi instagramnya meluahkan rasa syukur kerana dia akhirnya dapat menyaksikan sendiri bagaimana anaknya Muhammad Noah Zayn 6 bulan membesar Baca Menurutnya lagi ini merupakan momen momen yang indah bagi seorang wanita yang berge...
Ibu Hummingbird Beri Makan Anak Anak Kecilnya Dengan Penuh Kasih Sayang Semasa Pandemik Seperti Ubat Yang Menyembuhkan

Ibu Hummingbird Beri Makan Anak Anak Kecilnya Dengan Penuh Kasih Sayang Semasa Pandemik Seperti Ubat Yang Menyembuhkan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 304 hits
Ketika pandemik virus PKC terus menular maka pada masa seperti ini kita benar benar perlu melihat beberapa perkara yang menyembuhkan minda dan hati Seorang wanita berasal dari California Angela Elsey merupakan pekerja sukarelawan dan biasa
Biasa Kul 7 Tapi Drama Korban Kasih Berjaya Menambat Hati Sekeluarga

Biasa Kul 7 Tapi Drama Korban Kasih Berjaya Menambat Hati Sekeluarga

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 405 hits
Meskipun pada awal drama bersiri berjudul Korban Kasih mendapat kritikan hebat daripada warganet gara gara watak pelajar sekolah menengah yang dibawakan oleh Saharul Ridzwan Azrel Ismail dan Zara Zya yang dianggap tidak sesuai Walau bagaima...
Terima Kasih Nak

Terima Kasih Nak

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 415 hits
Today morning just before Subuh prayer a patient came with complaint of generalised itchiness with periorbital edema that made his eyes become so small I barely can see HCW dah berapa lama dah jadi macam ni pakcik Pakcik masuk hari keempat ...
Wanita Dedah Warga Asing Dah Lima Hari Tak Makan Minta Nak Pinjam Duit Beli Makanan

Wanita Dedah Warga Asing Dah Lima Hari Tak Makan Minta Nak Pinjam Duit Beli Makanan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 405 hits
Ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan ini ramai pekerja yang kehilangan sumber rezeki akibat virus yang melanda Jika sebelum ini tular kisah seorang lelaki yang berjalan kaki pulang ke Kelantan setelah hilang pekerjaan kali ini kisah lela...
Aamir Khan Tunaikan Hajat Ibu Nak Jejak Kaki Ke Makkah

Aamir Khan Tunaikan Hajat Ibu Nak Jejak Kaki Ke Makkah

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 977 hits
Aamir Khan akhirnya membawa ibunya Zeenat Hussain menunaikan haji pada 19 Oktober 2012 demi memenuhi permintaan ibunya Walaupun sibuk dengan promosi filem Taalash dan juga penggambaran filem Dhoom 3 pada ketika itu Aamir Khan meluangkan mas...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab