Kasa Serah Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 1 2a Kepada Pulau Pinang




GEORGE TOWN: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) hari ini secara rasminya menyerahkan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) Fasa 1 dan Fasa 2A kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dua fasa tersebut adalah Fasa 1 iaitu pembinaan pembesaran Empangan yang telah siap pada 10 April 2017 dan Fasa 2A iaitu menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong yang telah siap pada 28 Sept 2017.

 
"Projek yang dilaksanakan ini akan menyediakan sumber air tambahan dalam memastikan jaminan bekalan air secara berterusan kepada penduduk negeri Pulau Pinang yang kini mencapai kadar liputan 100 peratus.

 
"Ia juga dapat meningkatkan kadar rizab margin air terawat Pulau Pinang ke satu paras yang selesa sekiranya operasi loji rawatan air dihenti tugas atas faktor-faktor seperti pencemaran sumber air, peningkatan permintaan secara mendadak, gangguan tidak berjadual dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

 



Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 6.9 juta meter padu air mentah telah dilepaskan dari Empangan Mengkuang bagi menampung keperluan air kepada penduduk Pulau Pinang akibat cuaca kering yang melanda Utara Semenanjung.

 
"Pada tahun 2019, Pulau Pinang merekodkan kadar rizab margin air terawat sebanyak 32 peratus. Kerajaan Persekutuan juga telah melaburkan hampir RM3 bilion di bawah RMK11 (2016 – 2020) bagi pelaksanaan pelbagai projek bekalan air, sumber air dan tebatan banjir serta perkhidmatan pembetungan di negeri Pulau Pinang.

 
"Di bawah Rolling Plan yang keempat (bagi tahun 2020), peruntukan berjumlah RM45.9 juta diluluskan untuk melaksanakan 17 projek sumber air, bekalan air dan perkhidmatan pembetungan," katanya.

 
Projek Pembesaran Empangan Mengkuang telah bermula pada tahun 2011 melalui peruntukan secara langsung Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.2 bilion dengan melibatkan empat fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2A, Fasa 2B dan Fasa 2C.

 
Fasa 2B melibatkan penyaluran air mentah dari Stesen Pam Mak Sulong ke Terusan Sungai Dua yang kini dalam peringkat akhir pengambilalihan tanah manakala Fasa 2C melibatkan pembinaan Rumah Pam Lahar Yooi yang sedang dalam peringkat kajian semula oleh perunding.

 
-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/kasa-serah-projek-pembesaran-empangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Belum Putuskan Untuk Laksana Projek Terowong

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Belum Putuskan Untuk Laksana Projek Terowong

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 307 hits
Kerajaan negeri belum memutuskan untuk melaksanakan pembinaan projek terowong dasar laut di negeri ini Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur Zairil Khir Johari berkata pertimbangan pelaksanaan projek itu dibuat selepas hasil...
Nelayan Sungai Batu Gesa Kerajaan Pulau Pinang Imbangi Pembangunan Projek Psr

Nelayan Sungai Batu Gesa Kerajaan Pulau Pinang Imbangi Pembangunan Projek Psr

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 331 hits
GEORGE TOWN Nelayan Sungai Batu dekat kawasan selatan negeri ini menggesa kerajaan Pulau Pinang supaya mengimbangi pelaksanaan projek mega tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang bagi memastikan sumber laut terpelihara Ketua Unit Nel...
Kerajaan Pulau Pinang Keluarkan Rfp Projek Kereta Kabel Bukit Bendera Bulan Depan

Kerajaan Pulau Pinang Keluarkan Rfp Projek Kereta Kabel Bukit Bendera Bulan Depan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 319 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang akan mengeluarkan tawaran Permohonan Cadangan untuk pelaksanaan Projek Kereta Kabel Bukit Bendera pada bulan depan kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata keputusan itu diambil selepas Kementerian K...
Pulau Pinang Hasrat Mohon Putrajaya Laksana Pkpd Sekitar Penjara Seberang Perai

Pulau Pinang Hasrat Mohon Putrajaya Laksana Pkpd Sekitar Penjara Seberang Perai

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 473 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Negeri berhasrat memohon Kerajaan Persekutuan di Putrajaya mempertimbangkan syor pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bagi Penjara Seberang Perai dan kawasan kuarters kakitangan penjara berkenaan ekoran...
Maqis Pulau Pinang Rampas Makanan Gluten Jagung Bernilai Rm211 777 16

Maqis Pulau Pinang Rampas Makanan Gluten Jagung Bernilai Rm211 777 16

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 356 hits
BUTTERWORTH Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Pulau Pinang merampas makanan gluten jagung bernilai RM211 777 16 kerana tiada dokumen permit import yang sah di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara di sini kelmarin Pengar...
Jom Pekena Ais Tingkap Di Lebuh Tamil George Town Pulau Pinang

Jom Pekena Ais Tingkap Di Lebuh Tamil George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 457 hits
Ais Tingkap hanya boleh dapat di Pulau Pinang sahaja Terletak di Lebuh Tamil George Town sering menjadi tumpuan dan kunjungan orang ramai terutamanya orang luar dari Pulau Pinang Ais Tingkap ni adalah air sirap yang ditambah dengan selasih ...
Beri Kami Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Km Pulau Pinang Kepada Putrajaya

Beri Kami Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Km Pulau Pinang Kepada Putrajaya

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 267 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kerajaan persekutuan mesti memberikan ganjaran yang adil kepada negeri itu atas sumbangannya kepada KDNK GEORGE TOWN Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow meminta Putrajaya memperuntukkan ...
Program Ibu Emas Pulau Pinang Ditangguhkan

Program Ibu Emas Pulau Pinang Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 238 hits
GEORGE TOWN Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan penangguhan program fasa pertama pemberian wang tunai untuk ibu tunggal dan wanita warga emas yang dijadualkan pada 24 dan 25 Okt ke satu masa yang akan diberitahu kemudian Penge...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti