Nelayan Sungai Batu Gesa Kerajaan Pulau Pinang Imbangi Pembangunan Projek Psr




GEORGE TOWN: Nelayan Sungai Batu dekat kawasan selatan negeri ini menggesa kerajaan Pulau Pinang supaya mengimbangi pelaksanaan projek mega tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) bagi memastikan sumber laut terpelihara.

 

Ketua Unit Nelayan Sungai Batu Zakaria Ismail berkata, sejak bulan Mei hingga sekarang kedatangan ikan, udang dan ketam ke kawasan cadangan projek PSR didapati semakin bertambah, menunjukkan bahawa kawasan tersebut semakin pulih dari pencemaran.

 

“Makanan daripada 'mud flat' iaitu plankton semakin membiak dan menarik ikan, udang dan ketam untuk mendiami kawasan yang kaya atau kawasan emas bagi nelayan di selatan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Katanya, mengambil kira situasi pandemik COVID-19 beliau menggesa kerajaan negeri supaya memperhalusi cadangan projek berkenaan dengan mengimbangi pembangunan dan pada masa sama memelihara alam semula jadi secara lebih berhemah.

 

“Gantikan pusat pembiakan hidupan laut dengan menanam pokok bakau pada skala mega, kerana bagi kami nelayan Sungai Batu, kawasan Pulau Pinang Selatan adalah kawasan yang kaya dan bernilai tinggi.

 

“Malah, semasa kuarantin bermula 8 Mac lepas,  pendapatan nelayan semakin bertambah kerana pencemaran lautan semakin berkurangan. Malah, rezeki kami sejak zaman nelayan terdahulu tidak pernah putus di kawasan ini,” katanya.

 





Beliau berkata selagi kawasan tersebut dipelihara, maka punca mata pencarian kaum nelayan di situ terjamin selain mampu membekalkan hasil laut yang segar kepada masyarakat setempat.

 

“Selagi tiada pencemaran dari sisa kilang dan pencerobohan bot-bot pukat tunda, maka kami nelayan Sungai Batu boleh membekalkan hasil laut yang segar kepada masyarakat Pulau Pinang biar pun terpaksa bergadai nyawa,” katanya.

 

Di bawah projek PSR, kerajaan negeri mencadangkan projek pembangunan menebus guna kawasan laut seluas 1,821 hektar, termasuk pembinaan tiga pulau buatan di kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hingga ke perairan Permatang Damar Laut.

 

Projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 billion itu, turut melibatkan pembinaan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau dan juga tanah besar, lebuh raya, LRT, monorail dan jaringan bas menyeluruh, antara bahagian pulau dan Seberang Perai.

 

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/nelayan-sungai-batu-gesa-kerajaan-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Belum Putuskan Untuk Laksana Projek Terowong

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Belum Putuskan Untuk Laksana Projek Terowong

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 371 hits
Kerajaan negeri belum memutuskan untuk melaksanakan pembinaan projek terowong dasar laut di negeri ini Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur Zairil Khir Johari berkata pertimbangan pelaksanaan projek itu dibuat selepas hasil...
Kerajaan Pulau Pinang Keluarkan Rfp Projek Kereta Kabel Bukit Bendera Bulan Depan

Kerajaan Pulau Pinang Keluarkan Rfp Projek Kereta Kabel Bukit Bendera Bulan Depan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 385 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang akan mengeluarkan tawaran Permohonan Cadangan untuk pelaksanaan Projek Kereta Kabel Bukit Bendera pada bulan depan kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata keputusan itu diambil selepas Kementerian K...
Kerajaan Pulau Pinang Mahu Dirunding Dahulu Sebelum Istihar Darurat Berhubung Covid19

Kerajaan Pulau Pinang Mahu Dirunding Dahulu Sebelum Istihar Darurat Berhubung Covid19

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 420 hits
Kerajaan negeri harus dirujuk terlebih dahulu sebelum darurat berhubung Covid 19 diisytiharkan kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow Chow berkata selain Yang di Pertuan Agong kerajaan negeri juga berhak untuk dirunding berkenaan per...
Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 756 hits
Serius la kari kepala ikan kat Restoran Pen Mutiara ni memang betul betul power Dimasak panas panas dan dihidangkan dalam mangkuk kari yang besar Jenis ikan korang boleh pilih nak ikan yang mana satu ikut citarasa korang la restoran pen mut...
Kasa Serah Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 1 2a Kepada Pulau Pinang

Kasa Serah Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 1 2a Kepada Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 608 hits
GEORGE TOWN Kementerian Alam Sekitar dan Air hari ini secara rasminya menyerahkan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 1 dan Fasa 2A kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berk...
Kerajaan Pulau Pinang Diminta Warta Lokasi Penjaja Tanpa Lesen Sebagai Kawasan Sah

Kerajaan Pulau Pinang Diminta Warta Lokasi Penjaja Tanpa Lesen Sebagai Kawasan Sah

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 332 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang dicadangkan supaya menambah baik aspek pemutihan terhadap penjaja tanpa lesen di negeri ini dengan mewartakan lokasi perniagaan mereka sebagai kawasan penjaja yang sah Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Ja...
Dun Pulau Pinang Kecoh Adun Pantai Jerejak Masih Tidak Kelihatan

Dun Pulau Pinang Kecoh Adun Pantai Jerejak Masih Tidak Kelihatan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 381 hits
GEORGE TOWN Sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini kecoh hampir 10 minit dengan pertikaman lidah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri berhubung isu ketidakhadiran ADUN Pantai Jerejak ADUN Zulkifli Ibrahim telah bangun b...
Char Kuey Teow Dimakan Bersama Harimau Menangis Permatang Tok Kandu Pulau Pinang

Char Kuey Teow Dimakan Bersama Harimau Menangis Permatang Tok Kandu Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 1580 hits
Char Kuey Teow Harimau MenangisChar Kuey Teow rare jarang jarang jumpa char kuey teow dimakan bersama daging harimau menangis Bukan itu saja tambah lagi kot ataih telur mata yang menjadikan menu char kuey teow harimau menangis ni menu utama...
Warga Pulau Pinang Diseru Berhenti Mengotorkan Jalanan Dengan Membuang Pelitup Muka Secara Merata Rata Mbpp

Warga Pulau Pinang Diseru Berhenti Mengotorkan Jalanan Dengan Membuang Pelitup Muka Secara Merata Rata Mbpp

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 334 hits
Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru orang ramai untuk membuang pelitup muka dengan penuh bertanggungjawab dan bukannya membuangnya ke merata rata tempat di jalanan dan ke dalam longkang Dalam satu posting di Facebook Majlis Bandaraya Pula...
7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Info Banjir Terkini 2025

Express Delivery Rough Crafts Customizes The Bmw R 12 Across Countries

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

Irresistible Beef Jerky Recipe Made With Ground Beef

Adakah Ev Lebih Mudah Terbakar Bandingkan Risiko Ev Vs Kereta Petrol


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semai Pokok Kesum

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

5 Benda Di Rumah Anda Yang Suka Memanggil Ular