Karnival Rakyat Pahang Di Datran Sayangi Kuantan Pada Sabtu Di Banjiri 200 000 Pengunjung




KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Malam Karnival Rakyat Pahang di Dataran Sayangi Kuantan, di sini pada Sabtu.
Turut berangkat, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Baginda berdua berkenaan menyaksikan persembahan perarakan kenderaan berhias, persembahan kebudayaan dan artis jemputan serta pertunjukan bunga api bersama lebih 50,000 pengunjung.
Sementara itu, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, secara keseluruhan kehadiran pengunjung pada malam kemuncak dan sepanjang Karnival Rakyat Pahang dari Jumaat hingga Ahad mencapai atau telah melebihi sasaran.


Menurutnya, sasaran 200,000 pengunjung sepanjang karnival sempena memuliakan keberangkatan pulang Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu telah tercapai atau lebih dari itu berdasarkan kepada sambutan acara-acara utama yang disediakan.
"Pada Malam Karnival Rakyat Pahang malam tadi (Sabtu) saya yakin pengunjung hadir lebih daripada sasaran 50,000.
"Pagi tadi kehadiran pengunjung termasuk peserta acara larian kemakmuran, kayuhan basikal dan sukan rakyat melebihi 5,000 orang.
"Itu tidak termasuk ribuan jemaah Subuh Warrior, Geng Subuh Macam Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 yang turut disertai Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah," katanya kepada media selepas menyertai Larian Kemakmuran Karnival Rakyat Pahang di sini pada Ahad.


Fadzli berkata, Tengku Mahkota Pahang itu turut berkenan berangkat berlari sejauh 10 kilometer bersama rakyat sempena larian itu.
"Sambutan cukup baik bermula dengan Program Himpunan Pendekar Pahang yang mengumpulkan lebih 500 ahli seni bela diri dan tayangan wayang pacak filem pagari bulan.
"Tuanku Sultan turut berangkat bersama-sama rakyat pada program itu diiringi Menteri Besar dan barisan pimpinan negeri," ujarnya.
Tambah beliau, Program Aneka Juadah Pahang yang menyajikan makanan tradisi dari seluruh daerah di Pahang juga mendapat sambutan amat menggalakkan.
Jelas beliau, selain memuliakan keberangkatan pulang Sultan Pahang, karnival itu juga secara tidak langsung dapat mempromosikan pelancongan dan kebudayaan negeri Pahang.
"Justeru kemungkinan karnival ini akan dijadikan acara tahunan pada masa akan datang memandangkan banyak cadangan diterima untuk itu.
"Insya-ALLAH cadangan itu akan diperhalusi dan dibawa ke mesyuarat exco untuk dipertimbangkan," ujarnya.
Sementara itu, Fadzli turut berterima kasih dan menghargai sokongan rakyat yang sama menjayakan karnival yang julung kali diadakan itu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/02/karnival-rakyat-pahang-di-datran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apmm Pahang Tahan Bot Kargo Bersama Muatan Pasir Kira Kira 21 000 Tan Metrik Di Kuantan

Apmm Pahang Tahan Bot Kargo Bersama Muatan Pasir Kira Kira 21 000 Tan Metrik Di Kuantan

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 192 hits
KUANTAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang menahan sebuah bot kargo bersama muatan pasir kira kira 21 000 tan metrik atas kesalahan belayar tanpa Pas Pelepasan Pelabuhan Selasa lalu Pengarah Maritim Pahang Laksamana Pertama Marit...
Wang Rosdy Keberangkatan Balik Yang Di Pertuan Agong Di Nantikan Oleh Seluruh Rakyat Pahang

Wang Rosdy Keberangkatan Balik Yang Di Pertuan Agong Di Nantikan Oleh Seluruh Rakyat Pahang

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 233 hits
KUANTAN Bagai pungguk rindukan bulan demikian gambaran diberikan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakili rakyat Pahang yang sentiasa menantikan kepulangan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billa...
Kerajaan Pahang Arah Semua Projek Pembentungan Di Kuantan Perlu Siap Hujung Bulan April Ini

Kerajaan Pahang Arah Semua Projek Pembentungan Di Kuantan Perlu Siap Hujung Bulan April Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 150 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengarahkan agar kerja kerja berkaitan projek pembentungan sekitar bandar raya itu diselesaikan selewat lewatnya hujung April depan Sekiranya ia gagal kontraktor akan dikenakan denda RM100 000 bagi setiap sehari yang...
Wan Rosdy Minta Pembangkang Henti Buat Fitnah Timbulkan Persepsi Kelirukan Rakyat Di Pahang

Wan Rosdy Minta Pembangkang Henti Buat Fitnah Timbulkan Persepsi Kelirukan Rakyat Di Pahang

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 222 hits
LIPIS Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta pihak pembangkang supaya berhenti membuat fitnah dan menimbulkan persepsi yang mengelirukan rakyat di negeri berkenaan Menurutnya kini adalah masa untuk semua pihak membuat ke...
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 160 hits
KUANTAN Sebanyak 27 premis makanan di daerah ini diarah tutup hasil daripada Operasi Pematuhan Pelabelan dan Premis Makanan Bersih Pahang 2024 selama dua hari pada 30 dan 31 Januari lalu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Nor...
Kerajaan Pahang Beri Kata Dua Buat Kontraktor Pembetungan Di Sekitar Bandaraya Kuantan

Kerajaan Pahang Beri Kata Dua Buat Kontraktor Pembetungan Di Sekitar Bandaraya Kuantan

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 148 hits
KUANTAN Masalah jalan mendap dan laluan beralun di sekitar bandar raya Kuantan dijangka selesai pada penghujung April ini selepas kerajaan negeri mengarahkan kontraktor yang terbabit dalam projek pembetungan berpusat menyiapkan kerja berken...
Agongkita Selamat Pulang Jantung Hati Rakyat Pahang Teruja Sambut Al Sultan Abdullah

Agongkita Selamat Pulang Jantung Hati Rakyat Pahang Teruja Sambut Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 146 hits
KUALA LUMPUR Selepas lima tahun Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menggalas tanggungjawab sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 sudah tentu ia sentiasa terpahat di hati dan sanubari rakyat jelata Dari Perlis hingga ke Sab...
80 000 Paket Dendeng Nyet Berapi Sold Out Dalam Masa 3 Minit Lebih 200 Ribu Orang Beratur Nak Beli

80 000 Paket Dendeng Nyet Berapi Sold Out Dalam Masa 3 Minit Lebih 200 Ribu Orang Beratur Nak Beli

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 126 hits
Sedia maklum pempengaruh popular yang juga merupakan seorang usahawan berjaya Khairul Aming membuat pelancaran produk barunya selepas Sambal Nyet iaitu Daging Dendeng Nyet Berapi pada hari ini Sold out dalam masa 3 minit Seakan akan tidak p...
Polis Kuantan Keluar 29 Permit Jual Mercun Bunga Api Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Polis Kuantan Keluar 29 Permit Jual Mercun Bunga Api Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 166 hits
KUANTAN Polis Kuantan telah menerima sebanyak 45 permohonan bagi mendapatkan lesen menjual bunga api dan mercun sempena perayaan Tahun Baru Cina di daerah iniKetua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata daripada j...
Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

Sindiket Caj Rm15 000 Bawa Masuk Warga Bangladesh Ke Malaysia Tumpas

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Resipi Sup Keting Masak Sendiri Baru Puas Boleh Makan Banyak

Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

Perang Ekonomi As China M Sia Pas Sertai Brics

Mistakes To Avoid When Installing Glass Block In Your Next Project

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan