Kerajaan Pahang Beri Kata Dua Buat Kontraktor Pembetungan Di Sekitar Bandaraya Kuantan




KUANTAN: Masalah jalan mendap dan laluan beralun di sekitar bandar raya Kuantan dijangka selesai pada penghujung April ini selepas kerajaan negeri mengarahkan kontraktor yang terbabit dalam projek pembetungan berpusat menyiapkan kerja berkenaan segera.
Projek berkenaan yang dilaksanakan syarikat Jalur Cahaya Sdn Bhd (Jalur Cahaya) bermula pada Feb 2018 dan sepatutnya siap pada tahun lalu.
Jalur Cahaya kemudian berjaya mendapatkan penangguhan tempoh penyerahan projek berikutan masalah luar jangka dihadapi mereka di tapak pembinaan.
Antaranya masalah aliran air bawah tanah yang menjadi punca utama berlaku mendapan tanah di beberapa lokasi.
Bagaimanapun, mesyuarat exco Pahang dua minggu lalu sudah membuat keputusan bahawa projek berkenaan perlu disiapkan sepenuhnya menjelang akhir April ini atau Jalur Cahaya akan dikenakan denda.
Exco Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Sim Chon Siang, berkata kegagalan menyiapkan projek berkenaan akan menyebabkan Jalur Cahaya didenda RM100,000 sehari.
"Lagi lambat siap, lebih banyak kerajaan Pahang boleh dapat duit. Jadi, saya harap mereka siapkan seperti dijadualkan.
"Ini projek sudah lama, sudah banyak tahun tapi masih belum siap lagi.
"Apa masalahnya, itu semua kena tanya kontraktor sebab kerajaan Pahang sentiasa pantau perkembangan projek ini," katanya kepada media selepas meninjau tapak projek itu di sekitar Lorong Seri Kuantan, dekat Jalan Teluk Sisek, hari ini.
Tinjauan itu turut disertai Pengurus Besar Jalur Cahaya, Razali Mohamed.
Menurut Sim, kerajaan negeri sering mendapat rungutan pengguna jalan raya yang mengeluh dengan keadaan laluan di kawasan berkneaan.
Katanya selain rungutan mengenai jalan rosak, mereka juga tidak selesa dengan keadaannya yang mendap.
"Kalau projek ini tak siap, masalah jalan akan berterusan," katanya.
Sementara itu Razali ketika ditanya media mengenai punca projek itu lewat disiapkan memberitahu, terdapat beberapa lokasi yang bermasalah akibat aliran bawah tanah yang terlalu laju.
"Untuk pembetungan, kami perlu gali antara 10 hingga 15 meter dan keadaan tanah di sekitar Kuantan ini memang ada aliran air bawah tanah.
"Apabila ada air, kerja terpaksa dihentikan kerana jika kita ganggu atau terus mengorek tanah itu, memang akan mengakibatkan mendapan lebih teruk.
"Tapi, kami akan pastikan semua boleh disiapkan April ini," katanya.
Dia turut memberi jaminan semua bangunan rosak atau struktur yang retak susulan kerja dilakukan Jalur Cahaya akan dibaiki dengan kos ditanggung oleh syarikat terbabit.


Projek pembetungan Kuantan yang bernilai RM570 juta itu dilaksanakan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pembetungan dan menambah baik kualiti alam sekitar.
Projek melalui Rancangan Malaysia ke-11 itu antara lain membabitkan pembinaan paip pembetungan sejauh kira-kira 60 kilometer yang akan membawa kepada penutupan 165 loji rawatan kumbahan kecil di beberapa kawasan perumahan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/02/kerajaan-pahang-beri-kata-dua-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Arah Semua Projek Pembentungan Di Kuantan Perlu Siap Hujung Bulan April Ini

Kerajaan Pahang Arah Semua Projek Pembentungan Di Kuantan Perlu Siap Hujung Bulan April Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengarahkan agar kerja kerja berkaitan projek pembentungan sekitar bandar raya itu diselesaikan selewat lewatnya hujung April depan Sekiranya ia gagal kontraktor akan dikenakan denda RM100 000 bagi setiap sehari yang...
Beberapa Jalan Sekitar Bandaraya Kuantan Akan Di Tutup Sempena Keberangkatan Pulang Ydp Agong

Beberapa Jalan Sekitar Bandaraya Kuantan Akan Di Tutup Sempena Keberangkatan Pulang Ydp Agong

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 245 hits
KUANTAN Beberapa jalan di sekitar bandar Kuantan akan ditutup secara berperingkat atau dilencongkan sementara sempena Istiadat Sambutan Keberangkatan Balik Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ke Paha...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Susun Semula Portfolio Libatkan Tiga Exco Berkuatkuasa Serta Merta

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Susun Semula Portfolio Libatkan Tiga Exco Berkuatkuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 220 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menyusun semula portfolio melibatkan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta merta pada Rabu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata melalui penyusunan semula portfolio itu...
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 172 hits
KUANTAN Sebanyak 27 premis makanan di daerah ini diarah tutup hasil daripada Operasi Pematuhan Pelabelan dan Premis Makanan Bersih Pahang 2024 selama dua hari pada 30 dan 31 Januari lalu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Nor...
Apmm Pahang Tahan Bot Kargo Bersama Muatan Pasir Kira Kira 21 000 Tan Metrik Di Kuantan

Apmm Pahang Tahan Bot Kargo Bersama Muatan Pasir Kira Kira 21 000 Tan Metrik Di Kuantan

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 208 hits
KUANTAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang menahan sebuah bot kargo bersama muatan pasir kira kira 21 000 tan metrik atas kesalahan belayar tanpa Pas Pelepasan Pelabuhan Selasa lalu Pengarah Maritim Pahang Laksamana Pertama Marit...
Pas Pahang Gesa Kerajaan Sediakan Kertas Putih Isu Kekurangan Beras Putih Bukan Beras Madani

Pas Pahang Gesa Kerajaan Sediakan Kertas Putih Isu Kekurangan Beras Putih Bukan Beras Madani

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 216 hits
KUANTAN Masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran dalam negara sejak hampir setahun lalu perlu dijelaskan dengan lebih bertanggungjawab oleh Kerajaan Madani kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu Justeru itu katanya PA...
Kerajaan Pahang Utamakan Aspek Keselamatan Libatkan Prasarana Bangunan Maahad Tahfiz Di Seluruh Negeri

Kerajaan Pahang Utamakan Aspek Keselamatan Libatkan Prasarana Bangunan Maahad Tahfiz Di Seluruh Negeri

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 271 hits
LIPIS Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mengutamakan aspek keselamatan khususnya melibatkan prasarana bangunan Maahad Tahfiz di seluruh negeri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemantauan keselamatan dilakukan dari ...
Karnival Rakyat Pahang Di Datran Sayangi Kuantan Pada Sabtu Di Banjiri 200 000 Pengunjung

Karnival Rakyat Pahang Di Datran Sayangi Kuantan Pada Sabtu Di Banjiri 200 000 Pengunjung

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 179 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Malam Karnival Rakyat Pahang di Dataran Sayangi Kuantan di sini pada Sabtu ...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki