Agongkita Selamat Pulang Jantung Hati Rakyat Pahang Teruja Sambut Al Sultan Abdullah




KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggalas tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, sudah tentu ia sentiasa terpahat di hati dan sanubari rakyat jelata.
Dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak, keperibadian Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak akan dilupakan.
Seperti rakyat di seluruh negara, perasaan rindu kepada Seri Paduka Baginda berdua turut dirasai oleh rakyat di Pahang.
Keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke Pahang menjadi momen paling indah buat rakyat di negeri ini.
Bagi penjawat awam, Nor Wahidatushawal Aziz, 39, dia menyifatkan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sebagai ‘jantung hati’ rakyat Pahang, dan tidak sabar menantikan keberangkatan balik pasangan diraja itu.
“Sebagai rakyat Pahang, kita memang menunggu kepulangan baginda.
“Esok (Selasa) kami dari Jabatan Akauntan Negara akan terlibat, lebih kurang seramai 50 orang dan akan berkumpul seawal jam 9 pagi.
“Rakyat Pahang anggap baginda macam ayah,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Menurut peniaga, Wan Nurul Hasni Wan Zainal, 30, pula sikap Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang begitu dekat dengan rakyat, menjadi antara perkara yang paling dirindui olehnya.
Dek kerana itu, anak jati Kuantan itu menggambarkan keberangkatan balik Seri Paduk Baginda berdua sebagai menambah ceria buat rakyat Pahang.
“Saya memang rakyat Pahang sejati dan sangat teruja.
“Memang bangga ada seorang Raja yang asal pun dari Pahang.
“(Seri Paduka Baginda berdua) selalu turun padang, dan tak lama lagi kita akan sambut Ramadan, Al-Sultan Abdullah selalu bersantap bersama rakyat,” kongsinya.
Sementara itu, peniaga buah, Mekra Ilham, 35, berkata selain tidak sabar, dia juga berbangga kerana Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah dijadual melalui kawasan rumahnya di Jalan Batu 8, Pandan Perdana di sini esok.


“Baginda memang lalu dekat kawasan rumah kita dan (saya) akan tunggu dari pagi sebelum berniaga.
“Agong (Al-Sultan Abdullah) memang terbaik dan seluruh rakyat Malaysia menyayangi baginda.


“Insya-Allah, esok akan mula ramai sebab nak cuti sekolah. Memang ramai akan turun ke Kuantan, dan kami berniaga di sini tengok pelanggan dari (pelbagai negeri datang) seperti Terengganu dan Kuala Lumpur,” katanya.
Dalam pada itu, pesara, Sirisena A. George, 66, berpandangan sepanjang lima tahun pemerintahan, Al-Sultan Abdullah membuktikan bahawa baginda seorang Raja yang memayungi rakyat termasuk mampu menyelesaikan pelbagai isu.
“Masa (krisis) politik, Agong kita boleh selesaikan masalah.
“Agong kita ada (penyelesaian) sendiri, dan saya lihat banyak tempat baginda turun padang seperti banjir. Raja Permaisuri Agong juga begitu baik sekali,” kata bapa kepada enam cahaya mata itu.
Sambutan Istiadat Keberangkatan Balik Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Tahun 2024 dijadual berlangsung esok. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2024/01/agongkita-selamat-pulang-jantung-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesra Dan Prihatin Rakyat Sifat Semula Jadi Al Sultan Abdullah

Mesra Dan Prihatin Rakyat Sifat Semula Jadi Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 403 hits
Gambar ARKIB Sumber BERNAMA KUALA LUMPUR Mesra dan cakna kesejahteraan rakyat itulah keperibadian Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri 8217 ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Berkongsi pengalaman sebagai antara individu yang begitu dek...
Tempoh Pemerintahan Tamat Al Sultan Abdullah Berangkat Balik Ke Pahang Hari Ini

Tempoh Pemerintahan Tamat Al Sultan Abdullah Berangkat Balik Ke Pahang Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR 30 Jan Genap lima tahun bertakhta sebagai Ketua Utama Negara Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di...
Hiburan Then What Choice Do I Have Sultan Abdullah Al Mustafa Billah Shah

Hiburan Then What Choice Do I Have Sultan Abdullah Al Mustafa Billah Shah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 274 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memaklumkan bahawa idea Kerajaan Perpaduan telah dicetuskan oleh baginda sejak perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kelapan Pembentuk...
Al Sultan Abdullah Jangan Ganggu Kerajaan Sedia Ada Perubahan Tak Bawa Kebaikan Jejas Kestabilan

Al Sultan Abdullah Jangan Ganggu Kerajaan Sedia Ada Perubahan Tak Bawa Kebaikan Jejas Kestabilan

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 556 hits
KUALA LUMPUR Saya sudah buat yang terbaik untuk negara sepanjang lima tahun menjadi Yang di Pertuan Agong tetapi sedih nak tinggalkan Istana Negara jika rakyat masih berpecah belah titah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Sha...
Solemn Call Of Azan Accompanies Al Sultan Abdullah Tunku Azizah S Departure From Istana Negara

Solemn Call Of Azan Accompanies Al Sultan Abdullah Tunku Azizah S Departure From Istana Negara

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 519 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah greet well wisher along Jalan Parliament during sending off ceremony in Kuala Lumpur January 30 ...
E Book Bertajuk Test Of A King Kisah Kebijaksanaan Al Sultan Abdullah Kemudi Negara Di Lancarkan

E Book Bertajuk Test Of A King Kisah Kebijaksanaan Al Sultan Abdullah Kemudi Negara Di Lancarkan

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melancarkan e buku bertajuk Test of A King di Istana Negara di sini Acara ringkas yang berlangsung di Bilik Seri Setia itu menyaksik...
Jangan Ganggu Kerajaan Sedia Ada Titah Al Sultan Abdullah

Jangan Ganggu Kerajaan Sedia Ada Titah Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR Saya sudah buat yang terbaik untuk negara sepanjang lima tahun menjadi Yang di Pertuan Agong tetapi sedih nak tinggalkan Istana Negara jika rakyat masih berpecah belah titah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Sha...
End Of Reign Sultan Abdullah And Consort Leave For Home State Today

End Of Reign Sultan Abdullah And Consort Leave For Home State Today

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 355 hits
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah and Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ended their reign as the 16th Yang di Pertuan Agong and Raja Permaisuri Agong today A ceremonial send off for the royal couple to their home state will be held t...
Al Sultan Abdullah Tunku Azizah Extend Gratitude To Nation For Support During Reign

Al Sultan Abdullah Tunku Azizah Extend Gratitude To Nation For Support During Reign

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 447 hits
Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah and Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah have expressed their appreciation to all Malaysians for accepting and supporting His Majesty s reign as the 16th Yang di Pertuan Agong Pic c...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Jatuh Cinta Dengan Osaka

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025