Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Arahkan 27 Premis Makanan Di Kuantan Ditutup






KUANTAN: Sebanyak 27 premis makanan di daerah ini diarah tutup hasil daripada Operasi Pematuhan Pelabelan dan Premis Makanan Bersih Pahang 2024 selama dua hari pada 30 dan 31 Januari lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata penutupan itu dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi menjalankan kerja pembersihan.
Katanya, semua premis makanan yang dikenakan tindakan penutupan itu didapati tidak suci dan arahan penutupan untuk memastikan mereka meningkatkan tahap kebersihan bukan sahaja premis, malah makanan.
"Sepanjang tempoh dua hari operasi dijalankan, sebanyak 97 premis diperiksa membabitkan 42 pasar raya, pusat jualan borong dan pasar mini serta 55 restoran dan kedai makan.
"Sebanyak 258 notis Seksyen 32B, Akta Makanan 1983 dikeluarkan dengan nilai kompaun yang ditawarkan berjumlah RM173,650," katanya dalam kenyataan hari ini.
Daripada jumlah kompaun itu, beliau berkata, pelbagai kesalahan pelabelan produk makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 yang dikesan ketika operasi pelabelan dijalankan.
Katanya, antaranya 22 kesalahan di bawah Peraturan 18 iaitu mengandungi perkara-perkara dilarang pada label seperti tuntutan kesihatan dan penggredan kualiti dengan jumlah kompaun RM45,000.
"Sebanyak 14 kesalahan di bawah peraturan 11, iaitu tidak menyatakan nama sebutan sebenar atau nama yang mengelirukan pengguna dengan jumlah kompaun RM28,000.
"Sejumlah 10 kesalahan dikesan di bawah peraturan 14 iaitu produk tiada penandaan tarikh luput atau tarikh akhir dengan jumlah kompaun sebanyak RM30,000," katanya.
Dr Nor Azimi berkata, operasi itu dilakukan bertujuan untuk memastikan semua label produk makanan yang dijual di pasaran dan premis makanan berada dalam keadaan bersih serta mematuhi kehendak yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983.
Katanya, keperluan kepada pematuhan pelabelan bagi produk makanan adalah sangat penting bagi orang ramai mendapat maklumat yang tepat dan betul berkaitan dengan produk makanan yang ada di pasaran.
"Pelabelan makanan bertujuan bagi melindungi pihak awam daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan kegunaan sesuatu makanan.
"Ia juga memberi faedah kepada industri makanan tempatan dalam memperkembangkan profil produk mereka kepada pengguna, bagi tujuan strategi pemasaran dan meningkatkan peluang memperdagangkan produk mereka ke peringkat antarabangsa," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/02/jabatan-kesihatan-negeri-jkn-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Beri Kata Dua Buat Kontraktor Pembetungan Di Sekitar Bandaraya Kuantan

Kerajaan Pahang Beri Kata Dua Buat Kontraktor Pembetungan Di Sekitar Bandaraya Kuantan

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 189 hits
KUANTAN Masalah jalan mendap dan laluan beralun di sekitar bandar raya Kuantan dijangka selesai pada penghujung April ini selepas kerajaan negeri mengarahkan kontraktor yang terbabit dalam projek pembetungan berpusat menyiapkan kerja berken...
Kerajaan Pahang Arah Semua Projek Pembentungan Di Kuantan Perlu Siap Hujung Bulan April Ini

Kerajaan Pahang Arah Semua Projek Pembentungan Di Kuantan Perlu Siap Hujung Bulan April Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengarahkan agar kerja kerja berkaitan projek pembentungan sekitar bandar raya itu diselesaikan selewat lewatnya hujung April depan Sekiranya ia gagal kontraktor akan dikenakan denda RM100 000 bagi setiap sehari yang...
Apmm Pahang Tahan Bot Kargo Bersama Muatan Pasir Kira Kira 21 000 Tan Metrik Di Kuantan

Apmm Pahang Tahan Bot Kargo Bersama Muatan Pasir Kira Kira 21 000 Tan Metrik Di Kuantan

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 222 hits
KUANTAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang menahan sebuah bot kargo bersama muatan pasir kira kira 21 000 tan metrik atas kesalahan belayar tanpa Pas Pelepasan Pelabuhan Selasa lalu Pengarah Maritim Pahang Laksamana Pertama Marit...
Kerajaan Pahang Utamakan Aspek Keselamatan Libatkan Prasarana Bangunan Maahad Tahfiz Di Seluruh Negeri

Kerajaan Pahang Utamakan Aspek Keselamatan Libatkan Prasarana Bangunan Maahad Tahfiz Di Seluruh Negeri

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 324 hits
LIPIS Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mengutamakan aspek keselamatan khususnya melibatkan prasarana bangunan Maahad Tahfiz di seluruh negeri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemantauan keselamatan dilakukan dari ...
Pn Berhasrat Mengadap Sultan Pahang Isu Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2019 Terbatal

Pn Berhasrat Mengadap Sultan Pahang Isu Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2019 Terbatal

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 347 hits
KUANTAN Perikatan Nasional Pahang berhasrat untuk mengadap Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan sebanyak 16 Seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah N...
Ops Belanja Ops Sapu Dan Ops Kutip Oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Ops Belanja Ops Sapu Dan Ops Kutip Oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 174 hits
BESUT 2 Februari 2024 Seorang lelaki warga Myanmar cuba memperdaya pegawai penguatkuasa JIM Terengganu dengan mengemukakan kad pelarian UNHCR palsu ketika pemeriksaan untuk meloloskan diri gagal apabila semakan mendapati pemilik asal kad te...
Bomba Pahang Berjaya Selamatkan Lebih Rm228 Juta Harta Benda Dalam Kebakaran Di Negeri Ini

Bomba Pahang Berjaya Selamatkan Lebih Rm228 Juta Harta Benda Dalam Kebakaran Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 179 hits
KUANTAN Nilai harta berjaya diselamatkan dalam kebakaran di Pahang dianggarkan lebih RM228 juta sepanjang tahun lepas berbanding kira kira RM453 juta pada 2022 Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Datuk Wan Mohammad Zaidi W...
Karnival Rakyat Pahang Di Datran Sayangi Kuantan Pada Sabtu Di Banjiri 200 000 Pengunjung

Karnival Rakyat Pahang Di Datran Sayangi Kuantan Pada Sabtu Di Banjiri 200 000 Pengunjung

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 196 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Malam Karnival Rakyat Pahang di Dataran Sayangi Kuantan di sini pada Sabtu ...
Agongkita Selamat Pulang Jantung Hati Rakyat Pahang Teruja Sambut Al Sultan Abdullah

Agongkita Selamat Pulang Jantung Hati Rakyat Pahang Teruja Sambut Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Selepas lima tahun Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menggalas tanggungjawab sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 sudah tentu ia sentiasa terpahat di hati dan sanubari rakyat jelata Dari Perlis hingga ke Sab...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu