Karnival Hijrah 2025 Di Felda Air Tawar 2 Rai Lebih 5 000 Pengunjung


Karnival Hijrah 2025 di Felda Air Tawar 2 melabuhkan tirainya dengan mencatat kehadiran lebih 5,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara program komuniti Islamik paling meriah di kawasan FELDA tahun ini.
Bermula sejak Jumaat, 21 November lalu, karnival anjuran TV AlHijrah ini menarik penyertaan masyarakat pelbagai peringkat umur melalui rangkaian program kerohanian, kekeluargaan dan komuniti yang berlangsung dari pagi hingga malam. Suasana meriah dapat dirasai sejak hari pertama apabila perkarangan FELDA Air Tawar 2 dipenuhi warga setempat yang hadir bersama keluarga.
Program Subuh Macam Jumaat menjadi pembuka tirai dengan penyertaan jemaah luar biasa, menzahirkan komitmen masyarakat dalam memakmurkan masjid. Kehadiran terus meningkat apabila pertandingan mewarna, pameran 14 agensi Hal Ehwal Agama, pameran ATM, gerai jualan FELDA serta reruai usahawan mula beroperasi.
Pada malam pembukaan, tayangan Wayang Pacak telefilem Qarin menarik ratusan penduduk yang hadir menikmati tontonan santai bersama keluarga. Tayangan tersebut menjadi antara acara yang mencuri tumpuan pada hari pertama.

Hari kedua menyaksikan keterlibatan komuniti memuncak apabila Pertandingan Nasyid Piala Ahli Parlimen Kota Tinggi berlangsung di hadapan audien yang memenuhi ruang sejak awal pagi. Kumpulan Soutun Ummah Al-Faizin diumumkan sebagai juara selepas memukau juri dengan persembahan bertenaga dan penghayatan vokal, membawa pulang piala dan hadiah wang tunai RM1,000.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, yang turut memuji inisiatif penganjur kerana menghidupkan kembali budaya kemasyarakatan di kawasan FELDA.
Beliau berkata, “Pendekatan seperti Karnival Hijrah ini bukan sahaja mendidik, malah menghidupkan kembali budaya komuniti yang saling menyokong. Kota Tinggi sentiasa terbuka untuk bersama TV AlHijrah di masa hadapan beraktiviti kekeluargaan dan kerohanian yang memberi manfaat kepada masyarakat.”
Kemeriahan karnival turut diperkukuh dengan penganjuran Jamuan Kenduri Rakyat yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat. Suasana menjadi lebih hangat dengan kehadiran pelakon terkenal, Azhan Rani, yang meluangkan masa membantu persiapan hidangan serta berinteraksi bersama para pengunjung sambil bersama penduduk di malam hari bagi Wayang Pacak Telefilem Bilal dan Abah lakonannya.

Turut mengikuti rapat perjalanan program ialah Pengerusi Lembaga Pengarah TV AlHijrah, Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron, yang menyifatkan penganjuran ini selari dengan aspirasi dakwah TV AlHijrah untuk mendekati masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar.
“TV AlHijrah sentiasa percaya bahawa dakwah paling berkesan ialah yang turun ke lapangan. Karnival seperti ini membolehkan kami bertemu rakyat, mendengar suara mereka dan menyalurkan mesej agama dengan cara yang lebih dekat, lebih hidup,” jelasnya.
Selain itu, karnival turut dihiasi pelbagai program tumpuan seperti Pertandingan Sukan Rakyat, Rakaman Gema Haflah serta Rakaman Hijrah Berselawat bersama Mawi dan InTeam yang berjaya menarik ratusan pengunjung ke satu ruang yang sama bagi mengimarahkan ukhuwah dan kecintaan kepada Ilahi.
Kemuncak acara berlangsung pada hari ketiga melalui Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar. Dalam ucapan beliau, penghargaan diberikan kepada FELDA, penduduk setempat dan TV AlHijrah atas komitmen menjayakan karnival ini.
Beliau menegaskan, “Karnival Hijrah ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI serta kempen Islam Mekar di Bumi Malaysia. Dalam kerangka pentadbiran Hal Ehwal Agama, fokus kami tertumpu kepada pendigitalan dakwah, pemerkasaan institusi masjid, serta pengukuhan ekonomi umat,” katanya.

Majlis penutup turut diserikan dengan penyampaian hadiah dan sumbangan daripada Yayasan Taqwa Malaysia, TV AlHijrah dan Pejabat Menteri Hal Ehwal Agama kepada penduduk FELDA Air Tawar 2 dan FELDA Air Tawar 3.
Karnival Hijrah 2025 menutup tirai dalam suasana penuh harmoni dan kebersamaan, menjadi medan yang bukan sahaja mengangkat nilai kerohanian dan kekeluargaan, malah memperkukuh jaringan sosial serta kecintaan kepada Ilahi. Bagi warga FELDA Air Tawar 2, karnival ini meninggalkan kenangan manis serta menjadi bukti bahawa program berteraskan nilai Islamik kekal relevan dan sentiasa dekat di hati masyarakat.
The post Karnival Hijrah 2025 Di Felda Air Tawar 2 Rai Lebih 5,000 Pengunjung appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/30/karnival-hijrah-2025-di-felda-air-tawar-2-rai-lebih-5000-pengunjung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 30 000 Mangsa Banjir Di 337 Pps 9 Negeri

Lebih 30 000 Mangsa Banjir Di 337 Pps 9 Negeri

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 97 hits
Mangsa banjir di Terengganu Selangor Pahang Melaka dan Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan manakala Perak Perlis Kedah serta Kelantan menurun sedikit pagi ini Jumlah mangsa banjir di Terengganu tertinggi iaitu 10 395 orang daripada 3 18...
Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang

Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 112 hits
Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang KUALA LUMPUR 29 November Jumlah mangsa banjir di Terengganu Pahang Selangor Negeri Sembilan Melaka dan Perak menunjukkan peningkatan pagi ini manakala di Kedah Kelan...
9 Rekomendasi Tablet Untuk Kerja Terbaik Di 2025 Bikin Kamu Lebih Produktif

9 Rekomendasi Tablet Untuk Kerja Terbaik Di 2025 Bikin Kamu Lebih Produktif

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 127 hits
Bingung memilih tablet untuk kerja yang pas buat produktivitas dan multitasking Artikel ini merangkum 9 rekomendasi tablet untuk kerja terbaru di 2025 lengkap dengan harga fitur unggulan dan tips memilih sesuai kebutuhanmu
Zus Coffee Rai Pencapaian 1 000 Kedai Dari Satu Kiosk Kecil Ke Seluruh Asia Tenggara

Zus Coffee Rai Pencapaian 1 000 Kedai Dari Satu Kiosk Kecil Ke Seluruh Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR 17 November 2025 Pada tahun 2019 ZUS COFFEE memulakan perjalanan jenamanya dengan sebuah kiosk kecil di tengah tengah Kuala Lumpur Enam tahun kemudian jenama kopi tempatan ini meraikan pencapaian pembukaan kedai ke 1 000 sekali...
Lebih 35 000 Mangsa Banjir Di Semenanjung Malam Ini

Lebih 35 000 Mangsa Banjir Di Semenanjung Malam Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 94 hits
Malaysiakini nbsp Situasi banjir di lima negeri iaitu Terengganu Selangor Pahang Negeri Sembilan dan Perak terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara manakala Perlis Kelantan dan Kedah menunjukkan penurunan se...
Makluman Fenomena Air Pasang Besar Di Melaka Yang Dijangka Berlaku Pada 1 Hingga 9 Disember 2025

Makluman Fenomena Air Pasang Besar Di Melaka Yang Dijangka Berlaku Pada 1 Hingga 9 Disember 2025

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 25 hits
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka Berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 1 hingga 9 Disember 2025 Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati hati dan mengambil langkah persediaan menghadapi
Keluarga Atm Teguh Bersama 5 000 Anggota Amp Keluarga Meriahkan Karnival Pertahanan

Keluarga Atm Teguh Bersama 5 000 Anggota Amp Keluarga Meriahkan Karnival Pertahanan

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 110 hits
Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia yang berlangsung di Sabah bersempena program Keluarga ATM Teguh Bersama menjadi medan menghimpunkan lebih 5 000 anggota tentera bersama keluarga bagi mengukuhkan kebajikan dan semangat warga ...
Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan

Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 149 hits
Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan Selepas beriadah dan bersukan pilihan minuman sebenarnya memainkan peranan penting Rasa penat yang menekan dada badan yang lesu dan kepala yang sedikit berdenyut memb...
Pussy888win Pussy888win Fun 12 January 2025 Pussy888win 3 000 888 Top 65 By Nickolas

Pussy888win Pussy888win Fun 12 January 2025 Pussy888win 3 000 888 Top 65 By Nickolas

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 30 hits
Read Time 4 Minute 48 Second pussy888 pussy888 pussy888win RNG 888 888 3 1 888 RNG RNG RTP 2 888 888 Near Miss 3 pussy888win pussy888 Near Miss pussy888win RNG 888 NEW VERSION pussy888 pussy888win fun 29 26 Nickolas pussy888 Top 50 by Happy...
Kertas Tester Perfume

Selangor Catat Prestasi Cemerlang Bagi Industri Pelancongan Negeri

Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota Selangor 2025 Diraikan Meriah

Disember Perlu Bersedia

Kenali Masjidil Haram Peta Ringkas Untuk Jemaah

Syarikat Jepun Lancar Kapasitor Baru Sokong Ev Dan Peranti Premium

Ultimate Anti Inflammatory Recipes High In Protein

Lelaki Menangis Pilu Jalan Puluhan Km Cari Anak Isteri Hilang Dalam Kejadian Banjir Longsor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Custom Yang Boleh Naikkan Profesionalisme Produk Anda

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

Ufa88 Top 76 By Vivien 14 2025

Ssgame666 23 2025 Ssgame666 1m 1 000 Ssgame666 Top 26 By Abdul Ssgame666

24 Top 73 By Terese Sky Liners Com Vip 21 2025