Albert Tei Didakwa Beri Suapan Lebih Rm176 000 Bagi Kelulusan Lesen Mineral Sabah


Albert Tei Didakwa Beri Suapan Lebih RM176,000 Bagi Kelulusan Lesen Mineral Sabah
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Ahli perniagaan Albert Tei dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memberi suapan berjumlah RM176,829.03 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi membantu mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Albert Tei Jiann Cheing, 37, mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Suzana Hussin.
“Faham (pertuduhan), saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Tei.
Tei didakwa atas dua pertuduhan memberikan suapan wang tunai RM100,000 dan RM40,000 kepada Shamsul Iskandar, 50, di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin dan di sebuah premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di sini antara 24 Nov 2023 dan 29 Jan 2024.
Ia sebagai dorongan bagi Shamsul Iskandar membantu syarikat-syarikat yang tertuduh mempunyai kepentingan mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, walaupun sebenarnya perbuatan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal prinsipalnya.
Tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan memberikan satu suapan iaitu kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 kepada individu sama bagi tujuan serupa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dua lokasi iaitu di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di sini, antara 7 Dis 2023 dan 31 Jan 2024 dan di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya antara 26 Feb 2024 dan 5 Mac 2024. Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Suzana membenarkan jaminan RM70,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 8 Jan depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.
“Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan pada mahkamah, melapor diri ke pejabat SPRM berdekatan kediaman tertuduh sebulan sekali dan tidak membuat kacau ganggu terhadap mana-mana saksi pendakwaan sehingga selesai kes,” kata hakim itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan menawarkan jaminan RM300,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia berserta syarat tambahan tertuduh melapor diri sebulan sekali di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
“Tertuduh mempunyai perniagaan di Sabah dan Sarawak malah mempunyai perniagaan di Singapura yang memerlukan dia ke luar negara. Jadi saya percaya ada juga kemungkinan tertuduh ini ada flight risk (larikan diri).
“Melihat kepada tertuduh sendiri kurang memberi kerjasama seperti yang kita lihat dalam liputan media sosial, jadi kecendurangan untuk dia mengganggu saksi atau tidak memberi kerjasama itu sangat tinggi. Oleh itu, saya percaya jumlah jaminan yang kami (pendakwaan) tawarkan adalah munasabah,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Sumber: BERNAMA
The post Albert Tei Didakwa Beri Suapan Lebih RM176,000 Bagi Kelulusan Lesen Mineral Sabah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/04/albert-tei-didakwa-beri-suapan-lebih-rm176000-bagi-kelulusan-lesen-mineral-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macc Summons Albert Tei Sofia For Questioning On Dec 1

Macc Summons Albert Tei Sofia For Questioning On Dec 1

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 142 hits
Their statements are expected to be crucial in assisting a probe involving the prime minister s former political secretary Shamsul Iskandar Akin being Shamsul s proxy describing the allegations as false and malicious According to Malaysiaki...
Ramai Yang Panggil Albert Tei Tu Whistleblower Klakar Dia Bukan Whistleblower Tapi Dia Tu Pemberi Rasuah Tegar

Ramai Yang Panggil Albert Tei Tu Whistleblower Klakar Dia Bukan Whistleblower Tapi Dia Tu Pemberi Rasuah Tegar

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 212 hits
Norman DaudRamai yang panggil Albert tei tu whistleblower Klakar dia bukan whistleblower tapi dia tu pemberi rasuah tegar Saya bagi sedikit pengenalan siapa dia ni sebenarnya dan saya yakin ramai tak tahu Albert Tei atau nama penuhnya Tei J...
Shamsul Iskandar Buat Laporan Polis Terhadap Albert Tei

Shamsul Iskandar Buat Laporan Polis Terhadap Albert Tei

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 154 hits
Shamsul Iskandar Buat Laporan Polis Terhadap Albert Tei KUALA LUMPUR 26 Nov Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini membuat laporan polis terhadap seorang ahli perniagaan dikenali sebaga...
Wanita Dakwa Albert Tei Fitnah Pm Shamsul

Wanita Dakwa Albert Tei Fitnah Pm Shamsul

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 128 hits
Latifah Arifinlatifah bh com mySofia dalam satu klip video turut menafikan pertemuan atau sebarang perbincangan dengan Anwar berhubung dakwaan berkenaan FOTO TULARKuala Lumpur Seorang wanita menafikan menjadi proksi bagi Datuk Seri Shamsul ...
Kediaman Albert Tei Diserbu Sprm

Kediaman Albert Tei Diserbu Sprm

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 151 hits
Muhamad Lokman Khairilokman khairi hmetro com myKuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didakwa menyerbu kediaman ahli perniagaan Sabah Albert Tei di Puchong hari ini Peguamnya Zaid Malek mendakwa pegawai SPRM dan polis di kedia...
Tumbangkah Grs Dan Tegugatkah Pkr Akibat Pendedahan Albert Tei

Tumbangkah Grs Dan Tegugatkah Pkr Akibat Pendedahan Albert Tei

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 152 hits
27 November 2025Albert Tei sudah banyak kali membuat pendedahan mengenai skandal rasuah melibatkan Adun Adun Sabah Beberapa pendedahannya sebelum ini memang menggemparkan tetapi ternampak tidak memberi banyak kesan Walaupun ada kertas siasa...
Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 209 hits
Businessperson Albert Tei who is on a mission to take down politicians he allegedly gave bribes to for an unsuccessful bid to get mineral exploration licences in Sabah is teaming up with Dr Mahathir Mohamad for another expos PAS information...
Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Buy My House Now And Seize Your Dream Home Today

Find Local Real Estate Agents For Your Dream Home

The Polar Holiday Table One World Hotel S Arctic Inspired Christmas Feast 2025

Toyota S New Performance Beast Toyota Gr Gt And Its 650 Horsepower V8 Hybrid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Putrajaya Lepaskan 65 000 Nyamuk Bagi Perangi Aedes

Aliff Syukri Malu Isteri Jarang Pakai Barang Kemas Risau Orang Kampung Mengata

Ets Ke Jb Sentral Bermula 12 Disember Diskaun 30 Untuk Laluan Selatan

Kanak Kanak Maut Terperangkap Dalam Istana Belon

Aksi Berani Tentera Redah Arus Banjir Selamatkan 20 Mangsa Seorang Diri

Allan Andersn Senafas Chord