Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan


Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan
Selepas beriadah dan bersukan, pilihan minuman sebenarnya memainkan peranan penting.
Rasa penat yang menekan dada, badan yang lesu dan kepala yang sedikit berdenyut membuatkan kita secara automatik mahukan minuman yanng sejuk, menyegarkan dan mampu memulihkan semula kecergasan tubuh.
Namun, dalam banyak pilihan minuman isotonik yang ada di pasaran, tidak semuanya memberikan kesan yang sama kepada tubuh.
Sebenarnya, ada minuman yang lebih dekat dengan kita dan lebih semula jadi maanfaatnya, iaitu air kelapa.
Justeru, hari ini SK akan kongsikan manfaat air kelapa yang lebih baik untuk diminum selepas bersukan berbanding minuman isotonik, menurut Hello Doktor.
Kenali air kelapa
Secara semula jadi ia bersifat menyegarkan dan mempunyai rasa manis yang tersendiri.
Di samping itu, ia turut mengandungi karbohidrat mudah dicerna dalam bentuk gula dan elektrolit.
Tidak boleh dikelirukan dengan santan atau minyak lemak tinggi, air kelapa adalah cecair yang jernih di tengah buah yang diambil daripada kelapa muda dan hijau.
Minuman ini mengandungi sekitar 46 kalori setiap satu cawan di samping menyediakan kira-kira 9 gram karbohidrat, 2 gram protein dan sifar lemak.
Bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan pengambilan mikronutrien tertentu yang memberikan faedah khusus kepada pelari.
Khasiat air kelapa setelah berolahraga
Air kelapa dikatakan mampu menjadi minuman semula jadi yang sangat baik untuk kesihatan.
Tanpa perlu menambah gula tambahan dan pewarna, air ini sudah sangat enak dan menyegarkan untuk diminum begitu sahaja.
Tambahan pula jika diminum setelah bersukan, minuman ini memiliki berbagai-bagai manfaat seperti:
1. Mengembalikan cecair tubuh yang hilang
Penelitian yang diterbitkan dalam Journal of Physiological Anthropology and Applied Human Science menyatakan, dengan meminum air ini setelah olahraga membantu mengisi kembali cairan tubuh yang hilang.
Dengan itu, mereka yang bersukan terutamanya para atlet akan dapat elak daripada dehidrasi yang mampu membahayakan kesihatan.
Namun, ia tidak memiliki kandungan natrium dan elektrolit sebanyak minuman tenaga yang dijual di pasaran.
Oleh itu, anda juga boleh mengambil minuman tenaga yang lain jika melakukan aktiviti olahraga yang berat.
2. Menjaga tubuh kekal bertenaga, antara khasiat air kelapa
Untuk pengetahuan, minuman ini turut mengandungi karbohidrat yang mudah dicerna dalam bentuk gula semula jadi.
Disebabkan itu, minuman ini mampu menjaga tahap tenaga dalam tubuh dan daya tahan otot semasa berolahraga.
Pun begitu, kandungan karbohidrat di dalamnya adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan minuman tenaga.
Jika anda bersukan dalam tempoh masa sekitar lebih dari 90 minit, tubuh tidak akan memiliki kembali tenaga yang mencukupi jika hanya minum air kelapa.
3. Mengandungi kalium dan magnesium
Selain mengandungi karbohidrat yang mudah dicerna, ia juga terkandung mikronutrien, kalium dan magnesium, yang biasanya hilang daripada tubuh apabila berolahraga.
Kalium berfungsi dengan membantu menjaga kontraksi otot, hubungan sistem saraf, dan fungsi jantung agar kekal normal.
Tambahan itu, secawan air kelapa terkandung sekitar 600mg kalium yang diperlukan oleh tubuh badan.
Sementara magnesium pula merupakan mikronutrien yang berguna untuk mengatur fungsi otot dan saraf.
Justeru, dengan mengambil minuman ini semasa dan setelah olahraga, kedua-dua nutrien di dalamnya dapat memastikan tubuh berfungsi pada tahap optimum.
Nota: Tidak perlu menambah gula Untuk memaksimumkan tahap hidrasi tubuh setelah olahraga, anda tidak disarankan untuk menambahkan gula ke dalam minuman ini.
Menambahkan gula ke dalam air ini sama sahaja seperti menambah kalori tambahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Oleh itu, minumlah air kelapa tanpa sebarang gula atau pemanis tambahan agar khasiatnya dapat dimanfaatkan secara maksimum.
Air kelapa & minuman lain
Air kelapa sering dianggap sebagai alternatif yang baik berbanding air dan minuman tenaga lain. Untuk memahami kelebihan minuman ini, teruskan membaca okay!
Khasiat air kelapa dan air kosong
Penyelidikan telah mengkaji bagaimana minuman ini dibandingkan dengan air kosong untuk tujuan penghidratan semasa bersukan.
Sebilangan besar kajian yang membandingkannya dengan air kosong atau minuman tenaga adalah agak terhad.
Disebabkan itu, kebanyakan kajian merumuskan minuman ini tidak begitu berkesan untuk menghidrat tubuh selepas bersukan jika dibandingkan dengan air kosong.
Walau bagaimanapun, ia masih mengandungi kalori (sumber tenaga) dan mikronutrien yang dapat mengekalkan tubuh yang bertenaga selepas bersukan.
Air kelapa dan minuman tenaga
Seperti yang anda sedia maklum, minuman tenaga cenderung untuk mengandungi jumlah gula yang tinggi.
Bertentangan dengan khasiat air kelapa yang sudah sedia enak diminum begitu sahaja, ia tidak perlu ditambah dengan pemanis tambahan.
Pun begitu, air kelapa tidak mengandungi sumber elektrolit terutama natrium, yang terdapat dalam minuman tenaga dan diperlukan untuk menggantikan semua elektrolit yang hilang melalui peluh.
Walau bagaimanapun, satu kajian mendapati air kelapa dapat mengurangkan rasa mual, meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan masalah sakit perut jika dibandingkan dengan minuman tenaga.
Apa yang dapat disimpulkan?
Penting untuk kalian yang gemar bersukan kekal hidrat terutamanya selepas melakukan aktiviti senaman bagi mengganti semula cecair yang telah dikeluarkan.
Ya, minuman semula jadi ini boleh menjadi salah satu cara untuk melakukannya, namun pilihan lain seperti air kosong serta minuman tenaga juga boleh menjadi alternatif yang bagus selepas bersukan.
BACA: Rambut Cepat Rosak? Mungkin Sebab 5 Perkara Ini Yang Selalu Wanita Bertudung Buat 
Sumber: Hello Doktor
The post Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/19/ini-sebab-air-kelapa-jauh-lebih-baik-dari-minuman-isotonik-lepas-bersukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Ramuan Minuman Herbal Penurun Berat Badan Yang Efektif Aman Untuk Perut Lebih Ramping

8 Ramuan Minuman Herbal Penurun Berat Badan Yang Efektif Aman Untuk Perut Lebih Ramping

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 144 hits
Minuman herbal penurun berat badan bisa jadi solusi pendamping diet sehat untuk membantu mengontrol nafsu makan melancarkan metabolisme dan membuat perut terasa lebih ringan dengan cara alami
Hanya Tembok Jadi Pemisah Tular Air Laut Di Jakarta Lebih Tinggi Dari Jalan

Hanya Tembok Jadi Pemisah Tular Air Laut Di Jakarta Lebih Tinggi Dari Jalan

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 208 hits
Hanya Tembok Jadi Pemisah Tular Air Laut Di Jakarta Lebih Tinggi Dari Jalan Paras air laut di Jakarta semakin membimbangkan orang ramai apabila video terbaru yang tular di media sosial menunjukkan bahawa ia lebih tinggi dari jalan di sekita...
Kebocoran Air Di Klia Berpunca Daripada Kesilapan Kontraktor Ketika Kerja Baik Pulih Bumbung Mahb

Kebocoran Air Di Klia Berpunca Daripada Kesilapan Kontraktor Ketika Kerja Baik Pulih Bumbung Mahb

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 188 hits
Kebocoran Air Di KLIA Berpunca Daripada Kesilapan Kontraktor Ketika Kerja Baik Pulih Bumbung MAHB PUTRAJAYA 15 November Insiden kebocoran air di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam berpunca daripada kesilapan kontr...
Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 265 hits
Persoalan yang sangat relevan dan menarik Ya berdasarkan maklum balas daripada video pelancong dan perbandingan umum adalah benar secara amnya dilihat sebagai lebih menarik meriah dan menawarkan lebih banyak kemudahan berbanding kawasan reh...
Semangat Untuk Berubah Pada Yang Lebih Baik

Semangat Untuk Berubah Pada Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 168 hits
Semangat Untuk Berubah Pada Yang Lebih Baik Dalam kehidupan ini setiap kali ditanya Apakah kamu ingin mengubah hidupmu kebanyakan orang hanya tersenyum dan menjawab Mau Namun jangan tertipu oleh kata itu kerana kata mau mudah di bibir tetap...
Tidur Lebih Nyenyak 5 Minuman Ini Boleh Buat Badan Rasa Lebih Tenang

Tidur Lebih Nyenyak 5 Minuman Ini Boleh Buat Badan Rasa Lebih Tenang

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 156 hits
Tidur Lebih Nyenyak 5 Minuman Ini Boleh Buat Badan Rasa Lebih Tenang Dalam dunia serba sibuk hari ini ramai yang bergelut untuk mendapatkan rehat yang cukup Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk kesihatan fizikal serta mental...
Rtm Boleh Buat Lebih Baik Tapi Pilih Jalan Ini

Rtm Boleh Buat Lebih Baik Tapi Pilih Jalan Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 142 hits
Malaysia berbangga dengan industri animasi Malaysia yang berkembang pesat Malah karya oleh studio studio animasi Malaysia juga amat popular di rantau ASEAN sehingga peringkat antarabangsa Namun malangnya apabila menonton klip video lagu 821...
Kurniaan Pingat Ppt Bakar Semangat Tang Jie Ee Wei Cipta Lebih Banyak Kejayaan

Kurniaan Pingat Ppt Bakar Semangat Tang Jie Ee Wei Cipta Lebih Banyak Kejayaan

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 196 hits
Kurniaan Pingat PPT Bakar Semangat Tang Jie Ee Wei Cipta Lebih Banyak Kejayaan KUALA KANGSAR 15 November Beregu campuran negara Chen Tang Jie Toh Ee Wei menyifatkan penganugerahan Pingat Pekerti Terpilih sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Ke...
5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih

Huawei Kicks Off The Holidays With Its Biggest Year End Celebration Joy Sale Season

Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

Hidup Dalam Koridor Algoritma Menyelami Rasa Penat Dan Ketentuan

Surah Al Muzzammil Rumi Jawi Audio Mp3 Terjemahan

Assalam Buat Bos Mara Azhar Sulaiman Seru Asyraf Wajdi Berkenaan Konflik Rita Rudaini Dan Muafakat Mrsm

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Best Singapore Beef Noodle Soup Recipe

Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Senyum Di Luar Perang Di Dalam Tentang Luka Yang Tak Semua Nampak

U S Plans To Scrutinize Foreign Tourists Social Media History

Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

Hiburan Isu Muafakat Mrsm Saman Rita Saya Akan Panggil Kedua Dua Pihak Asyraf Wajdi