Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang


Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri, Terengganu Lebih 10,000 Orang
KUALA LUMPUR, 29 November (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak menunjukkan peningkatan pagi ini, manakala di Kedah, Kelantan dan Perlis merekodkan penurunan.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 10,399 orang daripada 3,188 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 8,909 orang daripada 2,742 keluarga malam tadi.
Berdasarkan laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kemaman mencatat jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,517 orang daripada 669 keluarga yang berlindung di 27 pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti Marang dengan 2,005 orang (560 keluarga) di 16 PPS, Kuala Terengganu sejumlah 1,633 orang (603 keluarga) di sembilan PPS dan Kuala Nerus sebanyak 1,633 orang (504 keluarga) di 15 PPS.
Selain itu, di Setiu sebanyak 1,276 orang daripada 448 keluarga ditempatkan di 30 PPS, Dungun 708 orang (166 keluarga) di 10 PPS, Hulu Terengganu 596 orang (215 keluarga) di 14 PPS, dan Besut 58 orang (22 keluarga) di enam PPS.
Menurut publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di 10 stesen di seluruh negeri itu melebihi paras bahaya antaranya Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1), Setiu; Sungai Kemaman di Rumah Paya Paman, Kemaman; Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun; Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang; Sungai Paka di Kampung Luit (F2), Dungun dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Setiu.
Di SELANGOR, jumlah mangsa turut meningkat kepada 4,141 orang daripada 1,132 keluarga pagi ini berbanding 3,542 individu daripada 973 keluarga malam tadi.
Menurut laman web InfoBencana JKM, sebanyak 31 PPS dibuka di lima daerah, iaitu Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata empat mangsa dilaporkan terperangkap dalam banjir di kawasan berhampiran Klinik Desa Giching, Sepang malam tadi.
“Tiga mangsa berjaya menyelamatkan diri, seorang lagi dipercayai lemas ketika cuba berenang menyeberangi sungai. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya dan menambah lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima aduan pada 11.30 malam.
Di PERAK, jumlah mangsa meningkat kepada 6,507 orang (1,980 keluarga) di 47 PPS melibatkan enam daerah, dengan Manjung kekal mencatat angka tertinggi, iaitu 2,271 mangsa.
Di PAHANG, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS bertambah kepada 2,387 orang (750 keluarga) berbanding 1,705 orang (538 keluarga) malam tadi.
Infopublic Banjir melaporkan enam sungai melepasi tahap bahaya antaranya Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran pada paras 28.44 meter (m), Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Bentong (53.65 m) dan Sungai Jelai di Sungai Bungor, Lipis (62.21 m).
NEGERI SEMBILAN turut menunjukan pertambahan dengan 375 mangsa (149 keluarga) dipindahkan ke PPS setakat 8.30 pagi ini, berbanding 313 mangsa (127 keluarga) malam tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di tujuh PPS di Seremban, Kuala Pilah, Port Dickson, Jempol dan Rembau.
Di MELAKA, jumlah mangsa meningkat kepada 298 orang (86 keluarga) pagi ini daripada 232 orang (74 keluarga) malam tadi.
Sementara itu, di PERLIS situasi banjir menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa menurun kepada 6,869 orang berbanding 7,116 orang malam tadi, dengan 24 PPS masih beroperasi.
Di KEDAH, jumlah mangsa turut menurun kepada 3,452 orang (1,073 keluarga) berbanding 3,758 orang (1,193 keluarga) malam tadi, dengan dua PPS di Pokok Sena ditutup pada 10.30 malam tadi.
Di KELANTAN, sebanyak 3,000 mangsa (1,116 keluarga) dipindahkan ke 18 PPS di enam jajahan setakat pagi ini, menurun berbanding 3,448 orang (1,273) keluarga malam tadi.
Dua kematian dilaporkan di negeri itu setakat ini, termasuk seorang bukan warganegara.
BACA: PRN Sabah Ke-17 Masuk Hari Penentu, 882 Pusat Mengundi Dibuka Tepat 7.30 Pagi BACA: Tanah Runtuh Di Cameron Highlands: Laluan Apartment Puncak Arabella Dibuka  Sumber: Bernama
The post Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri, Terengganu Lebih 10,000 Orang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/29/mangsa-banjir-terus-meningkat-di-enam-negeri-terengganu-lebih-10000-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 30 000 Mangsa Banjir Di 337 Pps 9 Negeri

Lebih 30 000 Mangsa Banjir Di 337 Pps 9 Negeri

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 148 hits
Mangsa banjir di Terengganu Selangor Pahang Melaka dan Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan manakala Perak Perlis Kedah serta Kelantan menurun sedikit pagi ini Jumlah mangsa banjir di Terengganu tertinggi iaitu 10 395 orang daripada 3 18...
Situasi Banjir Semakin Buruk Jumlah Mangsa Di 5 Negeri Meningkat Malam Ini

Situasi Banjir Semakin Buruk Jumlah Mangsa Di 5 Negeri Meningkat Malam Ini

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 194 hits
Situasi Banjir Semakin Buruk Jumlah Mangsa Di 5 Negeri Meningkat Malam Ini KUALA LUMPUR 24 Nov Situasi banjir di beberapa negeri semakin buruk malam ini yang menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di Kelantan Perak Selangor Kedah dan Perlis ...
Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 10 469 Orang Berada Di 126 Pps

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 10 469 Orang Berada Di 126 Pps

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 173 hits
Zaid SalimAnggota Pertahanan Awam membantu memindahkan warga emas yang menghidap penyakit Lumpuh Asmadi Ahmad 48 selepas kediaman mereka dilanda banjir di Kampung Surau Yaakub Foto NSTPKUALA TERENGGANU Mangsa banjir di negeri ini terus meni...
Lebih 35 000 Mangsa Banjir Di Semenanjung Malam Ini

Lebih 35 000 Mangsa Banjir Di Semenanjung Malam Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 158 hits
Malaysiakini nbsp Situasi banjir di lima negeri iaitu Terengganu Selangor Pahang Negeri Sembilan dan Perak terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara manakala Perlis Kelantan dan Kedah menunjukkan penurunan se...
Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara

Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 226 hits
Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER 2025 Bank Rakyat menawarkan bantuan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan pe...
Hampir 22 000 Mangsa Banjir Di 164 Pps Di Semenanjung

Hampir 22 000 Mangsa Banjir Di 164 Pps Di Semenanjung

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 170 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Jumlah mangsa banjir di Semenanjung meningkat kepada 21 884 orang yang ditempatkan di 164 pusat pemindahan sementara kira kira 9 pagi ini Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat seramai 9 669 mang...
9 384 Mangsa Banjir Direkodkan Di Tujuh Negeri Kelantan Tertinggi

9 384 Mangsa Banjir Direkodkan Di Tujuh Negeri Kelantan Tertinggi

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 213 hits
Ercy Gracella Ajosam hmetro com myPengurusan Universiti Malaysia Kelantan mengambil inisiatif menyediakan bot bagi membantu pelajar keluar dari kolej kediaman di Kota Bharu hari ini FOTO Nik Abdullah Nik OmarKuala Lumpur Seramai 9 384 mangs...
Lonjakan Luar Biasa Jumlah Pelancong China Ke Pulau Pinang Meningkat Lebih 520 Tahun Ini

Lonjakan Luar Biasa Jumlah Pelancong China Ke Pulau Pinang Meningkat Lebih 520 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 171 hits
Kemasukan pelancong dari China ke Pulau Pinang mencatatkan lonjakan luar biasa sebanyak 520 2 peratus antara Januari hingga September tahun ini Menurut laporan Sinar Harian jumlah pelancong meningkat daripada 26 056 orang pada 2023 kepada 1...
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri Hingga 26 November Metmalaysia

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri Hingga 26 November Metmalaysia

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 406 hits
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri Hingga 26 November MetMalaysia KUALA LUMPUR 21 Nov Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula hari ini Menurut kenyata...
Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Speed Read A Sportster Street Tracker By Fxr Division And More

Resepi Kampung Bajet Hidangan Murah Rasa Kaya Yang Memukau

Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Santai Di Kopi Fatt Choi Tenom Sabah

Beli Kacang Pistachio Dan Kacang Gajus Murah

Apa Beza Mydigital Id Dengan Mykad Jom Fahamkan 5 Fakta Ni


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Pendapatan Sampingan Jana Income Usdt Tanpa Pantau Chart Melalui Ai Bot Bitradex

Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Kerja Sambilan Online Jana Income Usdt Automatik Tanpa Perlu Kerja Tambahan

Mula Mula Kahwin Niat Nak Impress Family Mentua Lain Pula Yang Jadi