Kari Ikan Merah Yang Menyelerakan Untuk Orang Sakit Dan Bdr
Assalamualaikum...
KEBETULAN pula, tidak perlu ambil cuti sakit atau cuti kecemasan selepas diserang diarrhea semalaman kelmarin kerana pejabat Sk sedang melaksanakan perintah 'Bekerja Dari Rumah' atau omputeh cakap 'Work From Home'. BDR yang baru sahaja dilaksanakan di kolej Sk dalam peringkat percubaan lagi memandangkan Johor Bahru pada minggu lepas telah diletakkan dalam zon merah menyebabkan semua sekolah kerajaan dan swasta di seluruh zon JB ditutup mulai 1 November hingga 14 November dan tindakan ini turut diambil oleh kolej sebagai langkah keselamatan disamping langkah penjimatan gara-gara pandemik covid 19 yang menyebabkan kewangan turut terjejas. Kalau nak dicerita makin panjanglah intro ni jadinya jadi mari kita cerita pasal kari ikan yang amat menyelerakan tekak Sk semalam walaupun tali usus masih rasa bersimpul-simpul, hahaha.
Dah beberapa hari sebenarnya teringin nak makan kari ikan merah ni. Terbayang sedapnya kuah kari yang digaul dalam Sambal Belacan Kelantan, hahaha. Jadi, bila kena BDR semalam, dalam sakit perut tu berjaya jugak masak kari ikan ni petang semalam. Masa tu perut dah rasa lega sebab dah makan ubat, kan.. siap boleh pergi econsave semata-mata nak cari bendi untuk dicampak dalam kuah kari, hihi.
Dah terbiasa dari kecik, mak mertua Sk memang akan sediakan ikan goreng untuk anak-anak jadi Sk memang akan gorengkan ikan merah untuk Pak Inche dan Iman sorang sekeping. Tapi, Iman pun semalam tak lalu makan, mungkin diarrhea dan muntahnya lagi teruk berbanding Sk.
Sawi Pak Choy juga dibeli dari econsave. Yang sebenar bukan nak sangat pergi econsave tapi semalam makanan budak-budak kecik tu semua dah habis jadi terlanjur econsave berdepat dengan Pet Outlet, tu yang singgah econsave.
Tiada dalam gambar, Sambal Belacan Kelantan, sebab memang stoknya dalam peti sejuk. Kalau nak makan, baru keluarkan. Kena pastikan sentiasa ada, kalau habis, blend yang baru. Tumbuk?? Memang idok leeer.. Benda dah senang, buat apa nak susah, kannn..
Erkkk.. terpost pulak entry ni, lupa masukkan resepi ...
Kari Ikan Merah Sk
Bahan-bahan :
Beberapa potong ikan merah
1 bawang besar dimayang halus
1" halia dimayang
3 bawang putih dimayang
1 tangkai daun kari
Sedikit minyak untuk menumis
2 sudu besar rempah kari Ikan cap o
1 sudu serbuk cili Faiza
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil asam jawa adabi + suku cawan air
Air secukupnya
5 batang Bendi
1 biji Tomato potong 4
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dimayang hingga layu, tumis juga daun kari.
2. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit, tumis lagi, tambah air sedikit sedikit sambil terus menumis.
3. Bila bahan tumis dan cantik tambah air secukupnya, masukkan Bendi, masak sekejap, kemudian baru masukkan ikan.
4. Ikan dah empuk, masukkan air asam jawa dan garam, kacau sebati, masukkan tomato, siappp!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/11/kari-ikan-merah-yang-menyelerakan-untuk.html