Nak Yang Biru Ke Merah Bagi 2 Pilihan Sahaja Pada Anak 0 5 Tahun Cara Ajar Anak Supaya Tak Keliru


Membuat pilihan adalah sebahagian dari proses membesar (growing up). Apabila kanak-kanak diberikan peluang untuk membuat pilihan, kita membantu anak untuk mengembangkan pemikiran, membentuk estim diri, dan membina keyakinan dirinya.

Ia bukan hanya sekadar proses “Pilihlah mana yang kamu suka ya Nak!”.
Ibubapa yang AUTORITARIAN tidak memberi peluang langsung untuk anak membuat pilihan.
Apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dipakai, apa yang boleh dimakan, bila perlu lakukan itu ini, bagaimana perlu lakukan itu ini, SEMUANYA ditentukan dan ditetapkan oleh IBUBAPA YANG AUTORITARIAN.Anak tiada pilihan.
Ibubapa yang PERMISIF memberi kebebasan penuh untuk anak membuat pilihan.
Apa yang hendak dilakukan, apa yang hendak dipakai, apa yang hendak dimakan, bila perlu lakukan itu ini, bagaimana perlu lakukan itu ini, SEMUANYA ditentukan dan ditetapkan oleh ANAK.
Ibubapa yang AUTORITATIF memberi peluang untuk anak membuat pilihan.
Bagaimanapun pilihan yang diberikan itu mengambil kira faktor usia, faktor kesihatan, faktor keselamatan , faktor kewangan, faktor nilai dan faktor keagamaan.
Faktor-faktor ini membentuk STRUKTUR dan DISIPLIN yang akan membantu anak memilih satu daripada berpuluh atau beratus pilihan yang ada.
Anak kecil 0-5 tahun tidak boleh diberikan terlalu banyak pilihan kerana ia hanya mengelirukan mereka dan membebani emosi dan mental mereka.
Pilihan untuk anak kecil sama ada ‘yang ini’ atau ‘yang itu’ sahaja.
Mereka perlu belajar untuk membuat keputusan yang mudah.
Semakin banyak pilihan kita berikan kepada anak kecil semakin kacau ‘jiwa’ mereka untuk memilih.
Contohnya:
1. “Nak pakai baju warna biru ini atau warna merah itu?”
Tanpa pilihan yang sebegini mungkin si anak menyelongkar seluruh laci atau almari pakaiannya. Ataupun mungkin anak memilih pakaian yang tidak sesuai dengan cuaca, tempat ataupun majlis.
2. “Nak beli mainan yang ini atau mainan yang itu?”
Tanpa pilihan yang terbatas, bayangkan ragam ataupun mungkin amuk anak di pusat membeli belah.
3. “Nak bacakan buku cerita yang ini atau buku cerita yang itu?”
Ibubapa yang selalu bacakan buku untuk anak tentu faham betapa letihnya jika anak meminta ayah atau ibu bacakan semua buku yang menjadi kesukaannya sebelum tidur.
Tawarkan pilihan yang tidak terlalu sofistikated agar kita berupaya untuk tunaikan dan tidak menimbulkan tekanan.
Dua atau tiga pilihan sudah cukup untuk melatih anak kecil membuat pilihan berdasarkan keupayaan mental, minat, kesukaan dan kecenderungan mereka pada usia tersebut.
Itu merupakan autonomi yang secukupnya buat mereka.
Apabila anak semakin membesar dan matang, dia mungkin akan mula bertanya tentang pilihan yang diberikan dan ada di depan matanya.
“Kenapa ini boleh, kenapa itu tidak boleh” atau
“Itu sajakah pilihan yang ada?”
“Cuti nanti abang nak buat aktiviti lasak, perlukah abang hadiri kursus motivasi?”
“Angah lebih suka ambil aliran sastera di sekolah, kenapa kena pilih aliran sains?”
Pemikiran dan kematangan anak berkembang selari dengan usia. Remaja bukan lagi anak kecil yang boleh disuap. Apabila tiba peringkat ini ibubapa haruslah terbuka untuk berbual dan berbincang tentang pilihan yang ada.
Proses membuat pilihan DIPENGARUHI OLEH NILAI yang diterapkan oleh ibubapa, nilai yang diamalkan dalam masyarakat dan juga nilai yang dipandukan oleh agama.
Ia berkait rapat dengan sikap bertanggungjawab dan menanggung akibat dari pilihan yang dibuat.
Anak-anak yang berjaya mengekang diri dari memilih sesuatu amalan atau ‘trend’ yang memudaratkan dan bertentangan dengan nilai didapati mempunyai ibubapa yang mengambil pendekatan ‘TRADISIONAL’.*
– Ibubapa ini tidak takut untuk menetapkan batasan berdasarkan nilai dan adab.
– Ibubapa ini juga terbuka untuk mendengar pendapat anak muda dan memberi pengecualian kepada perkara yang tidak penting.
– Ibubapa ini memberi pilihan dengan batasan supaya anak selamat untuk meneroka keupayaan diri.*
Pilihan yang dibuat oleh anak akan menentukan halatuju hidup mereka kemudiannya.
Latihlah anak membuat pilihan dari kecil.
Mereka mungkin akan berbuat silap, itu pasti.
Adakah anda ibubapa yang AUTORITARIAN, PERMISIF atau AUTORITATIF?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
*Sumber: Your Child’s Growing Mind: Brain Development and Learning From Birth to Adolescence (Jane M. Healy).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Nak Yang Biru Ke Merah?” Bagi 2 Pilihan Sahaja Pada Anak 0-5 Tahun. Cara Ajar Anak Supaya Tak Keliru appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-yang-biru-ke-merah-bagi-2-pilihan-sahaja-pada-anak-0-5-tahun-cara-ajar-anak-supaya-tak-keliru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Dan Tips Anak Ikan Betta Supaya Cepat Besar

Cara Dan Tips Anak Ikan Betta Supaya Cepat Besar

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 1122 hits
Tips Ikan Betta Cepat Besar Pemeliharaan ikan laga atau nama komersilnya ikan betta semakin agak tular Cara Cepatkan Pembesaran Anak Ikan LagaPenulis sudah memiliki pengalaman dengan ikan laga dari zaman kecil lagi itu pun adalah ikan laga ...
Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan

Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 376 hits
Along dah tu tengok TV Gi mandi Jap lagi dah nak maghrib Along masih juga tetap duduk depan TV tanpa menghiraukan panggilan mama nya Along dengar tak mama panggil Pergi mandi Mama ulang lagi arahannya Aaa Along menjawab pendek Along SEKARAN...
Video Tutorial Ayah Ajar Anak Mandi Cara Orang Selangor Ini Mengundang Ketawa

Video Tutorial Ayah Ajar Anak Mandi Cara Orang Selangor Ini Mengundang Ketawa

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 703 hits
Selangor dan masalah air bagai tidak dapat dipisahkan dan baru baru ini berlaku pula pencemaran yang teruk sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air yang cukup meluas di negeri ini melibatkan lebih 1 juta akaun pengguna BACA Ada Sebab Lom...
Cara Mudah Nak Kembalikan Api Dapur Gas Oren Menjadi Biru

Cara Mudah Nak Kembalikan Api Dapur Gas Oren Menjadi Biru

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 471 hits
Jika anda jenis yang selalu masuk ke dapur dan memasak pasti anda sudah kenal betul dengan keadaan serta persekitarannya Jika semasa baru beli dahulu api dapur gas berwarna biru lama kelamaan ia mungkin akan bertukar oren Api oren ini dikat...
Rasa Nak Marah Anak Ayah Ni Ajar Caranya Hati Tenang Anak Dengar Kata

Rasa Nak Marah Anak Ayah Ni Ajar Caranya Hati Tenang Anak Dengar Kata

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 483 hits
Anak kecil ni lagi di marah lagi teruk perangainya Kenapa jadi macam ni Sebabnya anak belajar dari apa yang kita buat pada mereka Cara kita tengking pukul marah marah sebenarnya buat anak fikir mereka pun boleh buat seperti itu juga jika ra...
Orang Rumah Pun Nak Anak Dari Rahim Sendiri Achey Isteri Bakal Buat Rawatan Ivf Nak Bagi Adik Untuk Tiara

Orang Rumah Pun Nak Anak Dari Rahim Sendiri Achey Isteri Bakal Buat Rawatan Ivf Nak Bagi Adik Untuk Tiara

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 488 hits
Mempunyai zuriat sendiri adalah impian setiap pasangan yang berkahwin Apatah lagi rumahtangga yang dibina sudah hampir mencecah usia sedekad Pasangan yang ingin mendapatkan zuriat sendiri boleh melakukan rawatan kesuburan sebagai salah satu...
Bandingkan Anak Pun Penting Juga Terapi Pertuturan Kongsi Cara Mudah Periksa Perkembangan Anak

Bandingkan Anak Pun Penting Juga Terapi Pertuturan Kongsi Cara Mudah Periksa Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 336 hits
Bandingkan perkembangan anak juga sangat penting Sebagai contoh anak sepatutnya sudah boleh mula menyebut 1 patah perkataan menjelang 1 tahun 6 bulan jika mereka masih tidak dapat menyebutnya ia dianggap lewat Bandingkan anak mengikut carta...
Kalau Nak Marah Jangan Tengking Anak Tip Orang Jepun Didik Anak Jadi Pandai

Kalau Nak Marah Jangan Tengking Anak Tip Orang Jepun Didik Anak Jadi Pandai

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 465 hits
Ibu bapa di negara matahari terbit memang sangat tegas dan menitikberatkan rasa hormat menghormati sebagai budaya dalam mendidik anak anak Bahkan negara tersebut sangat terkenal dengan sikap mereka yang rajin berdisiplin dan pandai Manakan ...
Sudahnya Ikan Tu Dia Bela Anak 3 Tahun Guna Joran Mainan Mengalahkan Orang Pro

Sudahnya Ikan Tu Dia Bela Anak 3 Tahun Guna Joran Mainan Mengalahkan Orang Pro

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 542 hits
Siapa sangka anak kecil yang berusia 3 tahun ini berjaya mendapat seekor ikan Haruan kira kira 30cm hanya dengan menggunakan joran mainan yang dibeli oleh Ayahnya dua hari yang lalu Teruja dengan situasi tersebut En Faizal telah memuatnaik ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba