Kari Ikan Bawal Guna Serbuk Krim Kelapa Kara


 Assalamualaikum WBT
SEMALAM, dekat-dekat pukul 3 petang, Pak Inche hantar gambar sepinggan nasi dengan caption, dah makan nasi. Kalau dah hantar laporan macam tu, maknanya malam nak makan benda lain selain nasi. Sk tahu, dia aim nak makan Mee Goreng Al-Anisah. Hari ahad hari tu pergi, tutup.. padahal sebelum ni diberitahu, buka setiap hari. 
Sk beritahu, dah rendam ikan bawal. Ikan tu Pak Inche beli dua atau tiga minggu lepas. Dia jugak yang mintak masak kari tu, kalau tak, tidaklah Sk nak merendamnya awal-awal sebelum pergi kerja. Lepas rendam, Sk letakkan di bahagian chiller supaya bila balik kerja dah boleh terus masak. Kalau disimpan balik, tak sedap dah jadinya nanti.

Jadinya, masak tetap masak. Ikan dah siap siang di kedai dan dibelah dua. Sk potong bahagian ekor sikit untuk goreng dan selebihnya masukkan dalam kari bersama bahagian kepala. Plannya, bahagian kepala tu nak buat bekal hari ni. Tapi... bahagian ekor tu pun tak habis makan berdua, hahaha. Makan bahagian atas  aje, ada lagi separuh bahagian bawah tu, Sk bawa bekal

        
Nampak.. bahagian bawah tu tak dimakan. Semalam, Pak Inche makan suku, Sk makan suku. Bawa bekallah kita, ini baru betul menu rahmah, hahaha. Bahagian kepala tu, buat makan malam ni la.. nanti kita tambah ikan kering atau Sotong Goreng Kunyit ke. Itupun Pak Inche kata, kalau dia makan nasi tengahari ni, dia mesej


Untuk santannya, guna Serbuk Krim Kelapa Kara. Beli dua bungkus, sebungkus dah habis guna masak Nasi Lemak. Yang masukkan dalam kari ni, Sk cuma guna dua sudu dan bancuh dahulu dengan setengah gelas air sebelum tuang dalam kari. Bila dah siap masak, macam ada bau orang kukus kuih bersantan, wangi betul. Risau jugak kalau karinya rasa kuih, hahaha.. tapi mujurlah, memang rasa kari dan tiada rasa yang pelik. Kira memang pass la serbuk krim kelapa kara ni, boleh simpan lebih buat stok


Ikan goreng memang wajib untuk Pak Inche. Mungkin dah biasa dimanjakan emaknya dulu-dulu, anak-anak mesti ada ikan goreng. Kalau balik Kedah sana, memang ikan goreng mesti ada atas meja setiap kali makan nasi. Kalau family Sk, tak ada ikan goreng ke, ayam goreng.. lagilah tak ada. Kalau asam pedas, ikan asam pedas tu la, begitu juga kari atau masak lemak. Kalau yang biasa ada, ikan kering, hahaha. Tapi, Sk dah tua baru pandai makan ikan-ikan kering ni


Mambang rajin dah terbang, sambal belacan pun, Sk kisar aje semalam. Guna resepi sambal belacan ibu, cuma lada hidup, belacan dan jus limau kasturi. Aiseh.. baru teringat lupa nak letak ajinonoto, haha. Kurang sedap la berbanding bila ditumbuk guna lesung batu, tak juicy sangat. Jus limau tu tak meresap dalam lada dan belacan


Singgah Maslee beli lada, bendi dan ternampak timun, belilah buat ulam. Timun tu, kecik aje, besar lengan baby kot, RM1.99 ko. Punyalah mahal. Nantilah, nak buat projek tanam timun kat kolej, mudah-mudahan ada hasil, tak yah membeli lagi. Kalau ada rezeki, boleh jual pulak 50 sen sebijik, hahaha.. berangan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/kari-ikan-bawal-guna-serbuk-krim-kelapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Biskut Kelapa Legend Guna Sukatan Cawan

Resipi Biskut Kelapa Legend Guna Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 865 hits
Biskut Kelapa memang sedap legend Rasanya yang rangup lemak lemak dan harum bau kelapa parut memang membuka selera Sekali gigit berkali kali datang rasa nak memakannya Biskut raya tradisi ini semestinya jadi kegemaran ramai sejak zaman berz...
Ikan Jenahak Asam Pedas Masak Kari

Ikan Jenahak Asam Pedas Masak Kari

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum WBTSELAIN udang yang di masak Pak Inche beli juga seekor ikan jenahak dan seekor ikan merah Saiz jenahak tu lebih besar dari ikan merah harga sekilo sama pulak RM35 Jumlah kedua dua ikannya tak silap Pak Inche kata RM69 Masa...
Jangan Guna Alasan Agama Pertahan Rasuah Penyelewengan Anwar

Jangan Guna Alasan Agama Pertahan Rasuah Penyelewengan Anwar

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 187 hits
JANGAN GUNA ALASAN AGAMA PERTAHAN RASUAH PENYELEWENGAN ANWARJangan guna alasan agama pertahan rasuah penyelewengan AnwarPosted By on February 08 2023Perkembangan siasatan ke atas akaun parti politik yang dibekukan ketika ini agak membimbang...
Minta Maaf Dituduh Salah Guna Dadah Yoo Ahin Disiasat Polis

Minta Maaf Dituduh Salah Guna Dadah Yoo Ahin Disiasat Polis

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 144 hits
Tak semena mena nama seorang pelakon Korea popular menjadi bualan ramai kerana dituduh mengambil dadah ARTIKEL BERKAITAN Menerusi laporan media seorang pelakon lelaki telah melawat beberapa hospital untuk mendapatkan propofol Susulan itu Ke...
Ppim Gesa Guna Budi Bicara Tarik Kereta Berbaki Pinjaman Kecil Harian Metro 04 02 2023

Ppim Gesa Guna Budi Bicara Tarik Kereta Berbaki Pinjaman Kecil Harian Metro 04 02 2023

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 236 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa institusi kewangan untuk menggunakan budi bicara dalam isu tarik kereta khususnya yang mempunyai baki pinjaman dalam jumlah kecil Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya m...
Masak Lontong Goreng Sedap Guna Lebihan Nasi Impit Memang Padu

Masak Lontong Goreng Sedap Guna Lebihan Nasi Impit Memang Padu

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 348 hits
Lontong Goreng adalah salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai terutamanya orang Johor Sangat sedap dan mudah disediakan Jika ada lebihan nasi impit dan tak tahu hendak dinikmati macam mana nah masaklah menu ni Pasti berselera dan tidak...
Pengalaman Ke Legoland Malaysia Guna Annual Passes Boleh Datang Lagi Dan Lagi

Pengalaman Ke Legoland Malaysia Guna Annual Passes Boleh Datang Lagi Dan Lagi

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum Parents mana yang tak seronok kalau dapat bawa anak anak ke Legoland Theme Park yang penuh dengan deco lego Sana sini lego memang seronok sampaikan anak anak tak nak balik sebab terlalu seronok Pengalaman ke Legoland Malaysi...
3 Naskhah Dalam Krisis Termasuk Hellbound 2 Netflix Beri Respon Isu Yoo Ahin Salah Guna Dadah

3 Naskhah Dalam Krisis Termasuk Hellbound 2 Netflix Beri Respon Isu Yoo Ahin Salah Guna Dadah

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 141 hits
Semalam industri hiburan Korea digemparkan dengan berita mengenai Yoo Ah in yang sedang disiasat atas tuduhan salah guna dadah ARTIKEL BERKAITAN Sedang menjalani siasatan kini pihak pelakon itu berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran