Ppim Gesa Guna Budi Bicara Tarik Kereta Berbaki Pinjaman Kecil Harian Metro 04 02 2023


 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa institusi kewangan untuk menggunakan budi bicara dalam isu tarik kereta khususnya yang mempunyai baki pinjaman dalam jumlah kecil.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kes tarik kereta biarpun pembiayaan sudah pun dilunaskan lebih 70 peratus.
Katanya, lebih malang lagi, ada kes yang nilai pembiayaan hanya berbaki RM500, namun pemilik kenderaan berdepan tindakan tarik kereta.
"Isu ini memang tidak boleh kita tolak ansur. Orang sudah bayar dalam jumlah yang banyak tetapi kereta berisiko ditarik.
"Dalam kes yang kita terima, ada yang berbaki hanya RM10,000. Kalau ditarik, masalah juga kepada pemilik kerana perlu cari kereta lain untuk urusan seharian.
"Ini mungkin isu kecil kepada sebahagian orang tetapi bagi yang cukup-cukup makan saja, memang akan memberi kesan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Justeru, beliau meminta kementerian berkaitan untuk meneliti prosedur operasi standard sedia ada dalam mewujudkan situasi yang lebih memihak kepada pengguna yang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.
Dalam kes semalam, seorang ahli persatuan itu berdepan detik cemas apabila didatangi penarik kereta di satu lokasi di ibu negara.
Dia yang panik kemudiannya menghubungi PPIM untuk meminta bantuan.
Isu berkenaan selesai selepas aktivis PPIM tiba di tempat kejadian dan berbincang dengan penarik kereta terbabit yang memberikan alasan hanya mengikut arahan institusi kewangan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berbincang dengan penarik kereta berhubung seorang ahli persatuan itu yang ditarik kereta di sekitar di ibu negara, semalam.


Artikel oleh: Harian Metro
PPIM GESA GUNA BUDI BICARA TARIK KERETA BERBAKI PINJAMAN KECIL
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/02/932525/ppim-gesa-guna-budi-bicara-tarik-kereta-berbaki-pinjaman-kecil


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/02/ppim-gesa-guna-budi-bicara-tarik-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Gesa Pengguna Boikot Produk Sweden Kenyataan Media Ppim 25 01 2023

Ppim Gesa Pengguna Boikot Produk Sweden Kenyataan Media Ppim 25 01 2023

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 203 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pengguna di negara ini bertindak atas kebiadaban ahli politik Sweden Rasmus Paludan yang membakar al Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata tin...
Ypnm Gesa Kerajaan Lupus Kepentingan Dalam Syarikat Sweden Sinar Harian 25 01 2023

Ypnm Gesa Kerajaan Lupus Kepentingan Dalam Syarikat Sweden Sinar Harian 25 01 2023

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 347 hits
SHAH ALAM Yayasan Patriot Negara Malaysia menggesa mana mana sayap pelaburan kerajaan melupuskan semua saham dan kepentingan dalam syarikat syarikat multinasional dari Sweden YPNM dalam kenyataan berkata langkah itu bertujuan bagi menentang...
Rekod 48 791 Kes Muflis Harian Metro 01 02 2023

Rekod 48 791 Kes Muflis Harian Metro 01 02 2023

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 362 hits
Kuala Lumpur Sebanyak 48 791 kes muflis membabitkan rakyat negara ini direkodkan bagi tempoh lima tahun sehingga November tahun lalu Berdasarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia Selangor mencatatkan angka tertinggi muflis iaitu 11 936 kes d...
Ppim Gesa Kerajaan Bantu Golongan Bankrap Sebelum Tahun 2017 Buletin Pertiwi 31 01 2023

Ppim Gesa Kerajaan Bantu Golongan Bankrap Sebelum Tahun 2017 Buletin Pertiwi 31 01 2023

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 277 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan dan Jabatan Insolvensi Malaysia memberi perhatian sewajarnya terhadap mereka yang disahkan muflis sebelum tahun 2017 Sumber Buletin PertiwiPPIM GESA KERAJAAN BANTU GOLONGAN BANKRAP SEBELUM...
Bantu Golongan Muflis Sebelum 2017 Harian Metro 31 01 2023

Bantu Golongan Muflis Sebelum 2017 Harian Metro 31 01 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 257 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan dan Jabatan Insolvensi Malaysia memandang serius nasib mereka yang disahkan muflis sebelum 2017 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata ia k...
Ppim Sokong Gesaan Untuk Kerajaan Tangguh Surcaj Tarif Elektrik Kenyataan Media Ppim 03 02 2023

Ppim Sokong Gesaan Untuk Kerajaan Tangguh Surcaj Tarif Elektrik Kenyataan Media Ppim 03 02 2023

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong badan bukan kerajaan menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan semakan surcaj tarif elektrik bagi pengguna industri voltan sederhana dan voltan tinggi yang berkuat kuasa pada 1 Janua...
Aktiviti Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Karnival Kerjaya Myfuture Jobs 2023 Ppim 11 02 2023

Aktiviti Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Karnival Kerjaya Myfuture Jobs 2023 Ppim 11 02 2023

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 226 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Karnival Kerjaya MYFuture Jobs 2023 anjuran PERKESO di Kuala Lumpur Convention Centre Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Mala...
Aktiviti Forum Usahawan Bumiputera Ppim 11 02 2023

Aktiviti Forum Usahawan Bumiputera Ppim 11 02 2023

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 145 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Forum Usahawan Bumiputera Membina Daya Tahan Ekonomi Bumiputera dan Cabaran Masa Hadapan anjuran Persatuan Usahawan Sahoca di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Urusniag Harian Aset Komoditi Emas Rabu 01 Februari 2023

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Urusniag Harian Aset Komoditi Emas Rabu 01 Februari 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 211 hits
Pada carta 4 jam dapat dilihat aset komoditi ini ditahan oleh tahap Rintangan pada 1930 52 sehingga dalam masa terdekat ia berpotensi untuk menyusut ke tahap 1900 38 di mana ini juga telah disahkan oleh pihak MA 10 yang berada di bawah perg...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle