Kari Daging Bebiri Tanpa Serbuk Kari Dan Santan




Saya rasa ramai antara kita tidak jelas sangat perbezaan antara lamb dan mutton. Termasuk lah saya sendiri. Ini adalah kerana dalam bahasa Melayu, kita panggil daging kambing sahaja. Sebab di tempat kita, jarang ada kambing biri biri iaitu dalam bahasa Inggeris adalah sheep. 
Lamb adalah istilah yang digunakan bagi anak kambing biri-biri yang berusia kurang daripada 1 tahun. Ia biasanya disembelih ketika berusia di antara 4 hingga 12 bulan. Apabila dagingnya diproses di bawah usia setahun, daging kambing ini menjadi sangat lembut dan tersangat kurang lemak. 
Ia mempunyai warna yang lebih cerah bermula dari merah jambu kepada merah pucat. Dari segi rasanya pula, lamb mempunyai rasa yang sederhana, menjadikannya sangat serba guna kerana tidak terlalu kuat. 
Mutton pula ialah kambing biri-biri dewasa, yang berusia 1 tahun dan ke atas. Ia biasanya disembelih pada usia antara 2 hingga 3 tahun. Mutton mempunyai warna merah yang lebih pekat dan gelap. 
Teksturnya lebih kenyal dan mengandungi lemak yang lebih tinggi berbanding lamb. Bahagian yang paling popular dan biasa digunakan adalah kaki dan bahu, namun dagingnya yang agak liat membuatkan ia perlu direbus bagi melembutkannya

Jadi lamb dan mutton kedua duanya adalah daging dari kambing jenis biri biri tapi berbeza usia. Manakala satu jenis lagi ialah spesis kambing yang dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai goat. Tapi dalam bahasa Melayu, dipanggil daging kambing jer



Saya makan lauk ini masa ke Cardiff di rumah Umi Anne Januari 2025 lalu ketika menghadiri majlis konvokesyen Aween di sana. Masa tu, saya tak lalu makan kerana dah kekenyangan dan keletihan serta mengantuk kerana hari dah gelap. Musim winter pukul 5.00 petang dah macam 8.00 malam. Jadi secara auto kita jadi mengantuk. 
Keesokan paginya, baru saya makan cicah dengan roti sebagai sarapan. Masa tu baru rasa, alahai sedap lah pulak. Memang tak ada rasa macam daging kambing yang biasa ada di tempat kita. Lembut pulak dagingnya. 
Dah lama tertangguh nak masak lauk ini kerana anak anak tak makan daging ini. Kedua kerana di Malaysia susah nak cari daging lamb. 
Di UK, memang banyak daging bebiri ni. Nana kata kalau mama nak makan, beli lah selepas dia tengok saya beberapa kali dok membelek daging ni. Mama boleh makan dengan Alain. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kari Daging Tanpa Serbuk KariOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram daging biri biri2 biji bawang besar - hiris kasar4 biji buah tomato - cincang1 sudu kecil penuh serbuk ketumbar1 sudu kecil serbuk kunyit2 sudu besar cili kering kisar1 sudu kecil garam atau secukup rasaDaun ketumbar - opsyenalCili padi - opsyenalMinyak masak
Bahan kisar:1 inci halia6 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga layu. Masukkan halia dan bawang putih yang dikisar. 
Kacau rata dan masukkan pula cili kering kisar. Tumis sehingga cili garing dan terbit minyak.
Masukkan buah tomato yang dicincang. Kacau rata sambil dilenyek dengan senduk untuk menghancurkannya. 
Setelah tomato cincang hancur, masukkan serbuk ketumbar dan serbuk kunyit.  Kacau sebati. 

Masukkan daging dan kacau rata sehingga air daging kering dan terbit minyak. Masukkan air untuk masak sehingga daging empuk. Masukkan garam secukup rasa.


Masak sehingga kuah pekat disukai dan terbit minyak. 
Jika suka pedas, masuk cili padi. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. 
Nota:Tak guna asam dan santan. Rasa masam dari buah tomato sahaja. 
Kalau suka masukkan satu sudu garam masala. Tak ada, tak perlu masuk. 
Lebih sedap guna lamb bahagian bahu atau daging bahagian tulang. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/kari-daging-bebiri-lamb-tanpa-serbuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kari Daging Dan Hari Raya Aidil Adha Di London

Kari Daging Dan Hari Raya Aidil Adha Di London

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 150 hits
Alhamdulillah hari ini kami di London telah pun beraya Hari Raya Aidil Adha iaitu 10 Zulhijjah Saya bangun pagi dan mandi sunat dahulu dan kemudian menunaikan solat sunat Aidil Adha Terasa sangat penat mungkin kerana pertama kali semalam be...
Resipi Rendang Itik Yang Sedap Serta Tip Daging Lembut Tak Bau Hanyir Langsung

Resipi Rendang Itik Yang Sedap Serta Tip Daging Lembut Tak Bau Hanyir Langsung

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 173 hits
Resipi rendang itik mungkin ramai yang tak pernah makan tapi mungkin jadi kegemaran ramai kalangan kita Kalau nak cuba kelainan dalam rendang boleh saja cuba masak rendang itik ini Cuma nak memasaknya ada cara dan tipnya supaya daging tiada...
Nak Daging Korban Tahan Lama Ini Cara Simpan Yang Betul

Nak Daging Korban Tahan Lama Ini Cara Simpan Yang Betul

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 113 hits
Daging korban merupakan salah satu rezeki yang diagihkan semasa sambutan Aidiladha Ia bukan sahaja ibadah malah menjadi sumber makanan yang berkhasiat untuk keluarga dan jiran tetangga Namun begitu tanpa penyimpanan yang betul daging boleh ...
Resipi Nasi Daging Sedap Mudah Guna Rice Cooker

Resipi Nasi Daging Sedap Mudah Guna Rice Cooker

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 188 hits
Sepanjang musim PKP ni asyik masak je Pasti ramai ibu ibu yang sudah kehabisan idea untuk masak buat keluarga Bagi anda yang tercari cari sajian yang sedap dan mudah masak resipi Daging Mariana Zainal ni boleh dicuba Sangat mudah dan tentun...
Ini Pembahagian Daging Korban Yang Lebih Afdal

Ini Pembahagian Daging Korban Yang Lebih Afdal

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 140 hits
Setiap kali tibanya musim ibadah korban pasti ramai antara kita yang tertanya tanya tentang cara terbaik dan paling afdhal untuk mengagihkan daging korban Lebih lebih lagi bagi mereka yang pertama kali menyertainya atau ingin memastikan iba...
Cara Selamat Membekukan Dan Mencairkan Daging Qurban Tanpa Menjejaskan Kualiti

Cara Selamat Membekukan Dan Mencairkan Daging Qurban Tanpa Menjejaskan Kualiti

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 144 hits
Daging qurban adalah rezeki yang perlu dijaga dengan baik agar kekal segar dan berkualiti Artikel ini akan membimbing anda tentang cara membekukan daging qurban dan cara mencairkan daging qurban dengan teknik yang betul dan selamat Kenapa P...
Daging Burger Masak Merah Lauk Mudah Yang Sedap Imbau Nostalgia

Daging Burger Masak Merah Lauk Mudah Yang Sedap Imbau Nostalgia

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 118 hits
Sedapnya Daging Burger Masak Merah ni Menu ini adalah antara menu yang biasa dinikmati oleh anak anak kelahiran tahun 80an dan 90an Kafe kafe di universiti memang banyak jual lauk ni Ringkas dan mudah Bagi anda yang tak ada idea nak masa ka...
Resepi Daging Masak Hitam Raya Haji 2025

Resepi Daging Masak Hitam Raya Haji 2025

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 196 hits
Raya Haji 2025 bakal tiba pastinya ramai yang sudah bersedia menyambut dengan penuh kesyukuran Salah satu hidangan wajib yang tidak boleh dilepaskan adalah daging masak hitam yang pekat berempah dan sangat sedap Hidangan klasik yang menjadi...
Bekas Isteri Dedah Sisi Gelap Abang Santan Dakwa Pernah Langgan Perempuan Sebelum Kahwin Dia Bangga

Bekas Isteri Dedah Sisi Gelap Abang Santan Dakwa Pernah Langgan Perempuan Sebelum Kahwin Dia Bangga

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 175 hits
Media sosial sekali lagi digemparkan dengan satu lagi kes kecurangan yang melibatkan seorang peniaga santan yang dakwaan menjalinkan hubungan sulit dengan beberapa wanita yang dikenalinya melalui aplikasi cari jodoh Menerusi akaun Facebook ...
Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Psg Hanya Guna Sembilan Pemain Singkirkan Bayern Munich

Pesara Jurutera Meninggal Selepas Aktiviti Menyelam Di Tioman

Tanam Cili Padi Depan Rumah

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

Benarkah Putaran Bumi Lebih Cepat Dan Dunia Akan Alami Hari Terpendek Pada Julai Ogos 2025

Siti Nordiana Seribu Setia Chord