Kari Daging Dan Hari Raya Aidil Adha Di London




Alhamdulillah, hari ini kami di London telah pun beraya Hari Raya Aidil Adha iaitu 10 Zulhijjah. Saya bangun pagi dan mandi sunat dahulu dan kemudian menunaikan solat sunat Aidil Adha. Terasa sangat penat mungkin kerana pertama kali semalam berpuasa yang sangat lama. 
Hari Raya Aidil Adha adalah hari perayaan yang berkait dengan pengorbanan dan memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS yang bersedia mengorbankan anaknya, Ismail, sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah. Kemudian, Allah SWT menggantikan Ismail dengan seekor kibas, yang menandakan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya. 
Kita sebagai umat Islam yang taat perintah Allah disarankan untuk melaksanakan ibadah korban di mana haiwan ternakan seperti lembu, kambing, atau unta disembelih dan dagingnya diagihkan kepada mereka yang memerlukan. 
Daging korban dibahagikan kepada 3 bahagian. Orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, mengagihkan 1/3 kepada golongan fakir miskin dan 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya seperti saudara-mara atau jiran-tetangga. 
Ibadah korban bukan sahaja menuntut pengorbanan harta, tetapi juga melambangkan sifat reda dan tawakal kepada Allah SWT. Maklum untuk satu bahagian ibadah korban lembu antara RM700-RM1000. Manakala untuk seekor kambing pula, antara RM1200-RM1500. Untuk korban seekor kambing, kita boleh meniatkan untuk satu keluarga. Teringat arwah Bonda saya yang setiap tahun menyimpan duit untuk melakukan ibadah korban sehingga meninggal dunia. 
Selain itu, pada Hari Raya Aidil Adha kita disunatkan untuk perbanyakkan bertakbir mulai pagi hari Arafah sehingga memasuki waktu solat Asar hari Tasyrik terakhir. Takbir juga dilakukan setiap kali selepas selesai solat fardhu. Takbir adalah tanda kesyukuran yang kita lakukan dengan mengagung dan membesarkan Allah.
Lafaz takbir ialah seperti di bawah:
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbarLaa ilaaha illallahu wallahu akbarAllaahu akbar walillaahil hamd’
Ulang sebanyak 3 kali
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbarAllahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaaLaa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruunLaa ilaaha illallallahu wahdah Sadaqa wa’dah Wanasora ‘abdah Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdahLaa ilaaha illallaahu wallaahu akbarAllaahu akbar walillaahil hamd’
Jadi jom kita sama sama amalkan sebaik mungkin dan sebanyak yang termampu sementara kita masih ada hayat lagi. Selagi kita hidup, kita masih boleh menambah amalan dan menambah pahala dengan melakukan ketaatan dan segala perintah Allah. Juga jangan lupa untuk terus berselawat sebanyak 1000 kali sehari kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.

Saya ni kalau memasak masakan Melayu, baru ada selera sedikit. Tapi masakan menggunakan bahan yang dibawa dari Malaysia, baru terasa macam Malaysia. Kebetulan saya ada bawa rempah kari dari Malaysia hari tu, jadi dapat le memasak kari kita. Hahaha.
Serious kari ini sangat sedap juga dimakan dengan roti. Saya makan dengan roti jer. Daging di sini pun mudah empuk tak perlu nak masak lama lama. Kalau kat tempat kita, masak sekejap ni mesti daging akan liat. Jadi kalau masak daging, saya mesti guna pressure cooker untuk jimatkan masa di dapur. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…



Kari Daging dan TelurOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:300 gram daging2 biji telur rebus1-2 sudu besar serbuk kari dagingPes asam jawaGaramSedikit gula dan gula Melaka1 sudu besar kerisik200 ml santan
Bahan hiris:1 biji bawang besar - saiz sederhana3-4 ulas bawang putih1 inci halia
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau dan layu, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga terbit minyak. Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. 
Masukkan daging dan masak sehingga daging separuh empuk. Masukkan santan dan masak lagi sehingga daging benar benar empuk. 
Masukkan pes asam jawa, gula, gula Melaka dan garam secukupnya. Setelah mendidih dan terbit minyak, masukkan kerisik. 
Jika nampak kuah pekat dan tidak terbit minyak, masukkan air sedikit demi sedikit. Untuk kuah terbit minyak cantik, minyak kena banyak, santan tak boleh banyak. 

Setelah daging empuk, saya masukkan telur rebus. Kacau rata dan boleh tutup api. Nota: setelah sejuk, kuah akan jadi lebih pekat, jadi pastikan kepekatan kuah adalah sederhana. Sedia untuk dinikmati. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/kari-daging-dan-hari-raya-aidil-adha-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalami Erti Pengorbanan Pesan Sultan Pahang Tengku Ampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha

Dalami Erti Pengorbanan Pesan Sultan Pahang Tengku Ampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 135 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam Menerusi hantaran di Facebook ba...
Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 209 hits
A growing number of Malaysians are opting to cross the border into southern Thailand for a festive getaway this Hari Raya Aidiladha swapping the traditional homecoming journey for a holiday experience abroad NSTP NIK ABDULLAH NIK OMARKUALA ...
Resepi Daging Masak Hitam Raya Haji 2025

Resepi Daging Masak Hitam Raya Haji 2025

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 195 hits
Raya Haji 2025 bakal tiba pastinya ramai yang sudah bersedia menyambut dengan penuh kesyukuran Salah satu hidangan wajib yang tidak boleh dilepaskan adalah daging masak hitam yang pekat berempah dan sangat sedap Hidangan klasik yang menjadi...
Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 180 hits
Tahun ni macam mood raya tu kurang sejak Aidil Fitri lagi dan sekali lagi kami tak balik Kedah Bukan sekadar tak balik kampung pertama kali raya ni tiada kuih raya mahupun baju baru Memang cukup ala kadar sambutan kami di Kuala Lumpur tapi ...
Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 183 hits
Selamat Hari Raya AidiladhaTahun ini mungkin tiada baju baru tiada lemang panas tiada pelukan keluarga Tapi aku tetap bersyukur Sebab pengorbanan bukan pada zahir semata tapi pada hati yang ikhlas Buat yang sedang bekerja yang jauh dari ora...
Makluman Bekalan Ternakan Korban Dijangka Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025

Makluman Bekalan Ternakan Korban Dijangka Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 134 hits
Menurut Kenyataan Siaran Media Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan KPKM menjangkakan bekalan ternakan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh Malaysia bagi tahun 2025 adalah mencukupi dan dapat memenuhi permintaan
Hari Raya Aidiladha Falls On June 7

Hari Raya Aidiladha Falls On June 7

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 147 hits
The Keeper of the Rulers Seal declared that 1 Zulhijjah 1445 will fall on Thursday May 29 Aidiladha will be celebrated by Malaysians on Saturday of June 7 PETALING JAYA Muslims in Malaysia will celebrate Aidiladha on June 7 according to the...
Kari Daging Bebiri Tanpa Serbuk Kari Dan Santan

Kari Daging Bebiri Tanpa Serbuk Kari Dan Santan

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 120 hits
Saya rasa ramai antara kita tidak jelas sangat perbezaan antara lamb dan mutton Termasuk lah saya sendiri Ini adalah kerana dalam bahasa Melayu kita panggil daging kambing sahaja Sebab di tempat kita jarang ada kambing biri biri iaitu dalam...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina

Tiga Tanda Kiamat Yang Harus Difikirkan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat