Ini Pembahagian Daging Korban Yang Lebih Afdal


Setiap kali tibanya musim ibadah korban, pasti ramai antara kita yang tertanya-tanya tentang cara terbaik dan paling afdhal untuk mengagihkan daging korban.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali menyertainya, atau ingin memastikan ibadah ini dilaksanakan sebaik mungkin mengikut tuntutan syarak.
Seorang individu telah mengajukan soalan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
“Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Alhamdulillah, saya berkemampuan untuk menyertai ibadah korban pada tahun ini. Saya ingin bertanya, bagaimanakah cara pembahagian yang afdhal untuk saya bahagikan daging korban ini? Mohon pencerahan Tuan Mufti. Terima kasih.”
Pembahagian Daging Korban Yang Lebih Afdal
Berikut merupakan penjelasan yang diberikan oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi persoalan ini:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Allah SWT telah mensyariatkan ibadah korban kepada golongan yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Begitu juga, hadith yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik RA:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ وَأَنَا أُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan korban dengan dua ekor kambing dan aku sendiri (Saidina Anas RA) juga melaksanakan korban dengan dua ekor kambing.
Hadith riwayat al-Bukhari: (5233)
Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’ie ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut. (Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 2:478)
Selain itu, daging korban itu wajib untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin dalam kalangan orang Islam berdasarkan firman Allah SWT:
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
(Surah al-Hajj: 28)

Menjawab persoalan di atas, kami menyatakan bahawa hal ini hendaklah terlebih dahulu melihat sama ada korban tersebut merupakan korban sunat atau korban nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban.
Jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan korban sunat, maka sunat juga baginya untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban tersebut.
Walau bagaimanapun, harus untuk dia mengagihkan kesemua daging korban tersebut kepada orang lain. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir RA, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban:
فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا
Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.
Hadith riwayat Muslim: (1218)
Oleh itu, daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara, antaranya:
Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin. Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga). Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya. Namun cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. Hal ini kerana menyedekahkan keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485) Sebaliknya, jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan sebagai korban nazar atau korban wajib yang telah ditentukan, maka dia wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)
Oleh itu, al-Sheikh Muhammad Bin Ahmad al-Syathiri di dalam kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis, mengatakan bahawa:
وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ
Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826)
Kesimpulan
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa jika sekiranya korban tersebut merupakan nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban, maka wajib untuk dia menyedekahkan kesemua daging tersebut dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya.
Manakala, jika sekiranya ia merupakan korban yang sunat, maka cara yang afdhal bagi pembahagian daging korban tersebut ialah menyedekahkan kesemuanya bagi mencapai tujuan korban tersebut, serta memakan sedikit daripadanya untuk beramal dengan zahir nas al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariat agamaNya dengan sebaiknya. Amin.
WaAllahu a’lam.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 
 
 
The post Ini Pembahagian Daging Korban Yang Lebih Afdal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-pembahagian-daging-korban-yang-lebih-afdal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Daging Korban Tahan Lama Ini Cara Simpan Yang Betul

Nak Daging Korban Tahan Lama Ini Cara Simpan Yang Betul

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 109 hits
Daging korban merupakan salah satu rezeki yang diagihkan semasa sambutan Aidiladha Ia bukan sahaja ibadah malah menjadi sumber makanan yang berkhasiat untuk keluarga dan jiran tetangga Namun begitu tanpa penyimpanan yang betul daging boleh ...
4 Resipi Daging Korban Paling Padu Siap Masak Dalam 15 Minit Je

4 Resipi Daging Korban Paling Padu Siap Masak Dalam 15 Minit Je

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 179 hits
DAGING GORENG KURMA BAHAN BAHAN 500gm daging hiris nipis 2 sudu makan rempah kurma 2 sudu makan yogut 1 sudu teh serbuk lada sulah 1 biji ubi kentang potong memanjang 2 pokok daun ketumbar hiris 3 biji cili hijau hiris 2cm 4 5 biji tomato c...
Ww Tips Masak Daging Korban

Ww Tips Masak Daging Korban

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 127 hits
Assalamualaikum Korang dapat banyak daging korban tak Bila tiba Hari Raya Aidiladha memang peti ais mula penuh dengan daging segar Tapi cabaran paling besar adalah masak daging korban supaya empuk dan sedap Kan Tak semua bahagian daging ses...
Banyak Iklan Hilang Lebih 300 Ribu Peminat Persoal Sebab Pengikut Instagram Jisoo Bp Turun Mendadak

Banyak Iklan Hilang Lebih 300 Ribu Peminat Persoal Sebab Pengikut Instagram Jisoo Bp Turun Mendadak

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 102 hits
Pengikut Instagram Ji soo dilihat turun mendadak kenapa agaknya ya Artikel Berkaitan Menerusi laman X peminat telah meluahkan kerisauan mereka selepas melihat pengikut Instagram Ji soo yang dilihat turun mendadak sejak pada awal tahun ini K...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 211 hits
KOSMOKotak misteri berisi wang tunai ditemui dari tempat pembuangan sampah MatichonBANGKOK Seorang wanita terkejut menemui wang tunai 12 juta baht di dalam sebuah kotak yang diambil dari tempat pembuangan sampah pangsapurinya portal berita ...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 213 hits
Penulis Prof Madya Dr Mohd Uzair Rusli Universiti Malaysia Terengganu Berapa sebenarnya nilai lautan kita Adakah nilainya sekadar hasil tangkapan ikan yang didaratkan atau jumlah minyak dan gas asli yang kita gali Atau adakah ia lebih besar...
Afnan Dan Fadli Saari Layak Jadi Presiden Sahih Pas Akan Melingkup Lebih Sesat

Afnan Dan Fadli Saari Layak Jadi Presiden Sahih Pas Akan Melingkup Lebih Sesat

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 99 hits
Siapa paling layak ganti Hadi Awang Hasrat Hadi Awang yang beri bayangan berundur dari jawatan Presiden Pas menimbulkan persoalan siapa yang layak menggantikan beliau https jom sinar la 33hy8wyv Jom follow Instagram Sinar Harian https www i...
Limpahan Sg Golok Thailand Setuju Maklum Lepas Air Empangan Lebih Awal

Limpahan Sg Golok Thailand Setuju Maklum Lepas Air Empangan Lebih Awal

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 110 hits
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata pihak Thailand setuju maklum tiga hingga empat hari lebih awal Zahid Hamidi berkata limpahan luar biasa Sungai Golok berlaku susulan siapnya projek tebatan banjir di selatan Thailand selain pele...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Packaging Lipmatte Dengan Insert Custom Kemas Selamat Eksklusif

Bersiaran Dari Thailand

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan