Cara Senang Lembutkan Isi Ayam Goreng



Senang je nak lembutkan isi ayam goreng rupanya. Kalau dulu, saya selalu makan di luar. Pada masa tu, saya masih bekerja dan tak ada banyak tanggungan, ilmu memasak pun kosong. Jadi cara paling senang, order saja makanan di kedai makan. Bila banyak makan di luar, saya perhatikan ada perbezaan antara masakan di restoran yang agak ekslusif dengan restoran biasa dari segi masakannya


Salah satu perbezaan tersebut adalah dari segi kelembutan isi ayam yang telah digoreng. Jika diperhatikan, isi ayam goreng di sesetengah kedai makan lembut dan berjus tetapi ada sesetengahnya keras dan kering apabila dikunyah. Pada fikiran saya ketika itu, tentu mereka perapkan dalam ramuan istimewa untuk dapatkan hasil isi ayam tetap lembut dan berjus meskipun digoreng


Namun tak sangka rupa-rupanya senang sangat nak dapatkan isi ayam goreng yang lembut dan berjus ni. Bila dah terpaksa memasak setiap hari sekarang, baru saya tahu life hacks yang dilakukan oleh kebanyakan tukang masak di restoran ni semudah ABC je. Malah cuma satu bahan saja yang digunakan untuk dapatkan ayam yang lembut berjus digemari saya


Tips Senang Lembutkan Isi Ayam Goreng
Apa petua lembutkan isi ayam goreng ni sebenarnya? SUSU! Hanya susu yang diperlukan untuk lembutkan isi ayam yang nak digoreng. Tentu ada yang tertanya susu apa nak guna dan macammana caranya nak buat kan. Sebelum tu saya dapat resepi ni dalam internet masa saya google tips lembutkan isi ayam goreng (lupa nama blog apa), dan penulis cadangkan begini :
Rendam isi ayam yang telah siap dibersihkan (belum goreng) dalam sedikit susu segar selama 15minit. Selepas itu, gaul dengan kunyit dan garam sebelum digoreng seperti biasa.
Disebabkan saya jarang beli susu segar, jadi saya cuba buat eksperimen dengan ketiga-tiga jenis susu ini untuk lihat susu apa yang boleh saya gunakan selain daripada susu segar. Susu tersebut adalah 1) susu segar, 2) susu tepung dan 3) susu pekat


1) Guna Susu SegarSaya gunakan cara yang diberi penulis blog dengan merendamkan ayam dalam susu segar terlebih dahulu selama 15 minit sebelum digoreng. Hasilnya? Isi ayam lembut berjuicy setelah siap digoreng! Tetapi rasa ayam jadi agak masam. Suami juga perasan rasa ayam berubah sedikit walaupun isi ayam jadi lembut berjus. Jadi, pada hari seterusnya saya gunakan pula susu tepung dalam eksperimen memasak saya

2) Guna Susu TepungSaya gunakan sedikit larutan susu tepung untuk merendam ayam selama 15 minit sebelum digoreng. Anggaran susu tepung yang digunakan adalah satu sudu besar susu dilarutkan dalam setengah cawan air masak. Kemudian pusingkan ayam dalam larutan susu supaya susu meresap sekata ke dalam isi ayam. Setelah siap digoreng, isi ayam juga jadi lembut dan berjus seperti rendaman dalam susu segar. Bezanya kali ini, tiada rasa masam pada ayam yang telah digoreng

3) Guna Susu PekatSaya ambil satu sudu susu pekat dan larutkan dalam setengah cawan air sebelum digunakan untuk merendam ayam selama 15 minit. Hasilnya? Selepas digoreng isi ayam jadi lembut dan berjus! Juga tiada rasa masam pada ayam macam yang terjadi bila saya guna susu segar. Rasa ayam sedap seperti biasa


Jadi bila saya dah buat eksperimen macam ni, kerja menggoreng ayam pun jadi lebih senang. Nak guna susu apa untuk dapatkan isi ayam goreng yang lembut? Tak payah susah-susah fikir, saya guna je SUSU PEKAT! Kenapa susu pekat? Sebab dari segi harga, susu pekat paling jimat dan murah. Cuma nak guna buat rendam isi ayam je lepas tu dibuang. Jadi tak rasa membazir sebab buang susu. Lagipun susu manis memang benda wajib ada kat rumah ni, jadi mudah didapati


Susu tepung a bit pricey tapi masih boleh digunakan jika kehabisan susu pekat kerana stock susu tepung pun memang selalu ada di rumah. Cumanya kalau guna susu segar, better dielakkanlah untuk lembutkan ayam. Selain mahal, kandungan dalam susu segar pun boleh mempengaruhi rasa ayam jugak. Nak cakap banyak-banyak pasal kandungan susu pun saya tak pandai, tapi yang boleh saya simpulkan adalah penggunaan susu pekat jadi pilihan saya untuk dapatkan isi ayam goreng yang lembut dan berjus


Apa petua dan tips awak untuk senang lembutkan isi ayam yang digoreng? Sharelah kat ruang komen di bawah, mana tau saya pun boleh gunakan cara awak jugak.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/04/cara-lembutkan-isi-ayam-goreng-berjus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam

Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 686 hits
Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam Akhirnya saya dapat idea tulis entri ni yang paling sempoi dan senang nak buat bahan tambahan untuk menu nasi ayam Nasi ayam tak perlu ajar kan Semua dah tahu Kita belajar yang khusus je i...
Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging

Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 915 hits
Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging Sarapan apa pagi ni kekawan Cuba tengok kat peti sejuk korang apa yang ada Saya pun tak pasti nak masak apa untuk breakfast sebab dah tepu otak memikirkannya Kat bucu kabinet ada sebung...
Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 511 hits
Hai assalamualaikum hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua Resepi Ayam Goreng Berempah Anda semua mesti dah bosan asyik makan ayam goreng saja kan Resepi Ayam Goreng Berempah
Ayam Goreng Masak Halia

Ayam Goreng Masak Halia

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 913 hits
Hari ini adalah hari ketiga terakhir saya berada dalam perkhidmatan Pagi kami menpunyai menpunyai mesyuarat secara online menggunakan aplikasi Teams Hari ini juga saya sangat gembira kerana akhirnya Juita berjaya membeli tiket penerbangan u...
Aktiviti Semasa Pkp Ajar Anak Cara Masak Ayam Masak Merah

Aktiviti Semasa Pkp Ajar Anak Cara Masak Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 557 hits
Resepi Ayam Masak Merah Pasti Sedap Rasanya sejak PKP ni dah banyak jugak anak saya belajar masak Setiap kali nak masak memang saya suruh dia masuk dapur sekali Samada dia tolong sikit sikit atau dia masak terus tapi dengan arahan saya The ...
Ayam Goreng

Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 381 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Petang tadi KK tak masak beria pun goreng ayam pun dah cukup lagipun tak sempat rehat satu jam sajaMakan macam tu saja KK jenis tak kisah asal kenyang hahahahaha makan saja asalkan boleh telan tak ada h...
Ayam Goreng Berlado Dan Hari Terakhir Dalam Perkhidmatan

Ayam Goreng Berlado Dan Hari Terakhir Dalam Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 755 hits
Retirement Countdown saya sejak empat tahun yang lalu telah sampai ke saatnya Mesej yang saya terima sebaik bangun dari tidur pagi ini ialah Tommorow you will retire Almost there Hari ini ialah hari terakhir saya dalam perkhidmatan Saya mem...
Masak Bubur Paling Pantas Dan Senang Bila Semua Dah Sedia Cara Ibu Ni Praktikal Jimatkan Masa

Masak Bubur Paling Pantas Dan Senang Bila Semua Dah Sedia Cara Ibu Ni Praktikal Jimatkan Masa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 403 hits
Ketika menempuh PKP dan terpaksa bekerja dari rumah jadual harian ibu dilihat seakan berubah Pengurusan masa perlu diuruskan dengan tepat agar masa tidak terbuang begitu sahaja Bagi ibu yang bekerja menu jimat masa pastinya didahulukan berb...
Ayam Bakar Sos Thai Nasi Goreng

Ayam Bakar Sos Thai Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 599 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraHari ni hari ke2 pKp fasa 3 berjalan 15 28april2020 cuti panjang lagi wei and cuti baik kite habiskan masa dengan yang berfaedah kan sebabkan hari ni hari Khamis kita poselah yelah pose Kat umah mane penat wei...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner