Cara Masak Ayam Ungkep Asli Yang Sedap Dan Terbaik


Resepi Ayam Ungkep Asli Hidangan Jawa - Ayam ungkep adalah resepi orang Jawa yang menjadi hidangan paling simple untuk menyediakannya. Ia adalah ayam yang diperap/tutup di dalam kuali/periuk dengan api sederhana besar setelah dicampur dengan bahan-bahan dan rempah ratus asli hingga empuk.

Okay. Setelah empuk dan bila penutup ayam dibuka kita akan dapati seperti minyak tepu bercampur dengan ayam. Jangan risau ya kekawan. Memang begitulah jadinya bila ayam ditutup. Rempah yang bercampur dengan minyak dan wap akan menyerap ke dalam ayam dan menjadikan ayam ungkep itu begitu lazat dan istimewa.

Namun oleh kerana proses penyediaannya yang agak mudah, ayam ungkep bukanlah menu kegemaran dalam sebarang majlis keraian, kenduri kesyukuran atau majlis perkahwinan. Kalau ada pun atas permintaan rakan-rakan sahaja. Jarang saya jumpa menu ayam ungkep dalam majlis istimewa. Mungkin ayam ungkep lebih sesuai untuk hidangan seisi keluarga berbanding menu ayam masak kicap atau ayam masak merah.

Dalam tempoh #pkp #covid19 ni sempat pulak saya buat ayam ungkep asli. Memang sedap woo.. kalau saya tak puji siapa yang nak puji? Ya dak??



Bagi yang berminat membuat hidangan ayam ungkep untuk hidangan sekeluarga, bolehlah dicuba resepi yang disediakan di bawah.

Resepi Ayam Ungkep Asli 
Bahan-Bahannya:

600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai, dititik
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar Halus :

7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
10 – 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup


Cara Membuatnya :


1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum,

3. Masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kalau tak ada daun salam pun tak apa..

4. Kacau rata dan masukkan ayam.

5. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.

6. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam).

7. Tutup rapat ayam di dalam kuali/periuk. Biar mendidih.


8. Masukkan gula merah serta garam.

9. Tutup semula dan masak dengan api sederhana hingga kering.

10. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.

11. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api.

Rahsia ayam ungkep sedap lagi lazat hingga menjilat jari?
1. Perkataan ungkep tu asalnya bahasa Jawa tetapi kalau dialihbahasa ke melayu maksudnya tutup. Ini bermakna ayam ungkep ni cara memasaknya dengan menutup ayam yang telah bercampur bahan-bahannya dalam kuali. Tutup hingga ayam empuk. Proses ungkep ini menyebabkan wap yang jatuh semula dalam ayam menjadikannya lazat dan sedap! Unik kan? So tutup rapat-rapat erkk..

2. Resepi ayam ungkep tidak menggunakan asam keping atau asam jawa. So, rasanya memang asli dari bahan-bahan semulajadi. Tidak ada rasa masam bagi yang tidak gemarkan rasa sedemikian. Namun jika suka boleh juga masukkan sekeping asam gelugor

Selamat mencuba resepi ayam ungkep asli iaitu resepi tradisi orang Jawa di Malaysia. Ayam ungkep asli ni sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Itu pun dah cukup. Cubalah!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kisahresepi.com/2020/04/cara-masak-ayam-ungkep-asli-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ayam Masak Madu Sedap Ala Ala Korean Ganjang Chicken

Resipi Ayam Masak Madu Sedap Ala Ala Korean Ganjang Chicken

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 623 hits
hi there resipi kali ini ialah resipi ayam masak madu sedap ala ala Korean Ganjang Chicken bila terasa mau makan ayam masak madu dan incik suami rajin masak maka terhasillah resipi masak madu ala ala Korean Ganjang Chicken ni Nampak hampir ...
Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedap

Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 733 hits
Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedappungkoq ayam masak sambal
Cara Buat Mee Bandung Lebih Sedap Dan Terbaik

Cara Buat Mee Bandung Lebih Sedap Dan Terbaik

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 1149 hits
Cara Buat Mee Bandung Lebih Sedap Dan Terbaik Mee bandung yang mana satu kegemaran anda Mee bandung Muar Cukup terkenal tu Atau mee bandung buatan tangan bonda sendiri Terpulanglah yang penting kita nak rasanya sedap dan terbaik Makan sekal...
Resepi Ayam Masak Lemon Sedap Dan Mudah

Resepi Ayam Masak Lemon Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 1055 hits
Bahan Bahan AyamTepung serbaguna BestariBahan Untuk Sos Lemon1 cawan air cawan gula kiub ayam1 sudu tepung jagung2 sudu makan perahan jus lemon sudu kecil garam2 potongan nipis lemon2 sudu makan minyak masakSedikit pewarna kuningCara Penyed...
Aktiviti Semasa Pkp Ajar Anak Cara Masak Ayam Masak Merah

Aktiviti Semasa Pkp Ajar Anak Cara Masak Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 557 hits
Resepi Ayam Masak Merah Pasti Sedap Rasanya sejak PKP ni dah banyak jugak anak saya belajar masak Setiap kali nak masak memang saya suruh dia masuk dapur sekali Samada dia tolong sikit sikit atau dia masak terus tapi dengan arahan saya The ...
Ayam Masak Kicap Daun Kari

Ayam Masak Kicap Daun Kari

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 610 hits
Alhamdulillah daya ingatan saya yang membolehkan saya sangat mengingati apa apa yang dikatakan atau apa yang didengar walaupun berpuluh tahun lamanya Malahan apa yang didengar sejak kecil pun saya boleh mengulangi dailognya Tapi kebelakanga...
Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1059 hits
As Salam Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan Akhirnya sempena cuti Fasa ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Allah izinkan dan mudahkan saya untuk buat sendiri antara kuih legend dan tradisi ...
Daging Masak Black Pepper Sedap Dan Mudah Main Campak Campak

Daging Masak Black Pepper Sedap Dan Mudah Main Campak Campak

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 334 hits
hi there daging masak black pepper sedap hasil air tangan mr Husband Mrs Pip bukanlah seorang yang pandai memasak dan kebiasaannya apabila mrs pip ingin makan sesuatu menu yang mrs pip ndak pandai masak maka terpaksalah mr Husband masuk dap...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025