Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor



Minggu lepas, aku dan suami sempat luangkan masa ke Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) yang terletak betul-betul di tengah bandar Johor Bahru. PPAJ bukan sekadar bangunan tiga tingkat penuh buku — tapi satu pusat pembelajaran moden yang terbuka untuk semua lapisan masyarakat. 

Kami bertolak dari Pontian, ambil masa lebih kurang kurang sejam (ikut keadaan trafik juga). Kami sampai lebih kurang jam 12 tengah hari, pada hari Rabu — waktu yang agak tenang

Kawasan parking disediakan secara percuma tetapi cepat penuh pada waktu puncak. Aku suka buku besar di bahagian pintu masuk. 

Suasana & KemudahanMasuk ja ke dalam perpustakaan, suasananya hidup dan mesra. Ada pelbagai golongan: pelajar sekolah, mahasiswa, ibu bapa dengan anak-anak kecil. Sangat terbuka dan selesa untuk semua

Antara kemudahan yang disediakan: ✅ Ruang bacaan luas & berhawa dingin✅ Banyak plug point untuk cas phone/laptop✅ WiFi percuma (kena daftar)✅ Surau berhawa dingin✅ Tandas bersih & terjaga✅ Loker percuma untuk simpan beg✅ Bilik Realiti Maya (VR Room)✅ Kaunter Servis Pelanggan✅ Kafe (ILMU @ KAFE)
✅ Bilik Mesyuarat✅ Bilik Perbincangan✅ Bahagian Koleksi Kanak-Kanak✅ Sudut Interaktif Sains hasil kerjasama dengan Petrosains



 Koleksi Buku Yang PelbagaiBahan bacaan di sini sangat pelbagai — dari surat khabar, buku remaja, buku agama, psikologi, sejarah, kesihatan, pemasaran, manuskrip, dan macam-macam lagi

Yang aku paling suka? Koleksi buku agama & psikologi yang sangat menyeluruh

Ada juga koleksi khas berkaitan sejarah Melayu, satu inisiatif bagus untuk pelihara warisan tempatan

Namun begitu, aku berharap perpustakaan ini dapat terus menambah dan mengemaskini koleksi buku-buku baharu selaras dengan perkembangan semasa. 
Sebagai orang awam yang gemar meminjam buku, aku amat menghargai sekiranya buku-buku terkini yang banyak dijual di pasaran turut tersedia untuk dipinjam di sini

Tidak semua mampu untuk membeli buku, jadi sekurang-kurangnya melalui pinjaman buku di perpustakaan, masyarakat masih dapat mengakses bahan bacaan yang bermutu. 
Ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan minat membaca dan menggalakkan lebih ramai berkunjung ke perpustakaan


Cabaran Bila Ada Pelajar SekolahWaktu pagi memang tenang. Tapi lepas tengah hari, sebab perpustakaan ni bersebelahan dengan sekolah, memang ramai pelajar akan masuk

Kena bersabar sikit… sebab ada yang bising dan suka berlari, walaupun dah ditegur oleh petugas. Bagi aku, ni satu-satunya cabaran bila datang waktu puncak


Tips untuk Pengunjung BaruNak pengalaman yang lebih selesa? Ini beberapa tips dari aku:Bawa headphone kalau cepat terganggu dengan bunyiDuduk di port atau sudut yang lebih tersorokBawa charger – plug point memang banyak!Tak perlu risau pasal pakaian – suasana mesra & santaiElak bawa beg galas besar – kena simpan dalam loker

Maklumat Peminjaman BukuUntuk meminjam buku, korang hanya perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu dengan mengimbas QR code yang telah disediakan. Pendaftaran dilakukan secara dalam talian melalui borang yang disediakan. Keahlian adalah percuma – tiada sebarang bayaran dikenakan

Hak Keistimewaan Ahli:
Maksimum 15 buah buku boleh dipinjam dalam satu masa

Tempoh pinjaman:Buku biasa: 2 mingguBuku rujukan: 1 mingguDenda lewat pulang: RM0.10 sehari bagi setiap buku

Nota Penting:Tiada kad fizikal dikeluarkan. Untuk meminjam, hanya perlu berikan nombor kad pengenalan anda kepada petugas



Info RingkasLokasi: Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Lot 19745, 19745, Jalan Yahya Awal, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, JohorWaktu Operasi: Dibuka setiap hari (termasuk hujung minggu)Perpustakaan ditutup pada CUTI UMUM

KesimpulanKalau korang nak tempat yang selesa untuk belajar, bekerja, atau sekadar santai dengan buku — PPAJ memang tempat pilihan untuk korang singgah

Lengkap dengan kemudahan moden, selesa, dan mesra pengunjung. Satu-satunya perkara yang perlu diberi perhatian ialah waktu kunjungan — elakkan waktu sekolah kalau nak suasana yang lebih tenang

Highly recommended 💯



📌 Soalan Lazim (FAQ) – Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) Kategori Soalan Jawapan Keahlian Siapa yang boleh menjadi ahli? Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
Berapakah kadar bayaran keahlian? Percuma untuk semua kategori.
Apakah kelebihan menjadi ahli? Ahli boleh membuat pinjaman sehingga 15 buah buku dalam satu transaksi. Pinjaman Bagaimana untuk mencari bahan dalam perpustakaan? Gunakan OPAC yang disediakan, layari laman web rasmi PPAJ, atau minta bantuan petugas kaunter. Berapa banyak buku boleh dipinjam? Sehingga 15 buah buku dalam satu transaksi. Bolehkah buat pembaharuan pinjaman melalui telefon? Boleh. Hubungi perpustakaan melalui panggilan telefon atau mesej Facebook rasmi mereka. Perkhidmatan Bagaimana untuk akses WiFi perpustakaan? WiFi percuma. Dapatkan kata laluan daripada petugas kaunter. Bagaimana untuk guna bilik perbincangan? Perlu jadi ahli terlebih dahulu. Selepas itu, boleh guna bilik perbincangan secara percuma. Adakah buku rujukan boleh dipinjam? Ya, boleh. Tempoh pinjaman adalah seminggu. Adakah perkhidmatan atas talian disediakan? Ya. Pengguna boleh mengakses U-Pustaka melalui pautan dalam laman web rasmi perpustakaan. Adakah perpustakaan dibuka pada hari Sabtu dan Ahad? Ya. Sila rujuk waktu operasi terkini di laman web rasmi PPAJ.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2025/08/pinjam-buku-di-perbadanan-perpustakaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Bazar Buku Antarabangsa Johor

Pengalaman Bazar Buku Antarabangsa Johor

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 1169 hits
Masa cuti Hari Hol Negeri Johor 31 Julai 2025 Suami bawa MY dan anak anak ke Paradigm Mall Sebab Mama Yan nak sangat ke Bazar buku Antarabangsa Johor Suami pun bawakan aje la Mama Yan Sarah dan Ucid aje yang bersesak sesak dalam bazar buku ...
Utm Palapes Cadet S Death Johor Police Await Autopsy Findings Before Wrapping Probe

Utm Palapes Cadet S Death Johor Police Await Autopsy Findings Before Wrapping Probe

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 685 hits
UTM Palapes cadet s death Johor police await autopsy findings before wrapping probe UTM Palapes cadet s death Johor police await autopsy findings before wrapping probe JOHOR BAHRU Aug 13 Police are awaiting the chemistry department s report...
Another Singapore Vehicle Caught Pumping Ron95 In Johor

Another Singapore Vehicle Caught Pumping Ron95 In Johor

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 238 hits
DAYS after a Singapore registered car was spotted refuelling with subsidised RON95 petrol in Iskandar Puteri another similar case has emerged this time along the Senai Desaru Expressway Photos of the vehicle went viral on Friday prompting J...
Johor Leads Data Centre Investment Projects Worth Rm164bil Approved For Q2

Johor Leads Data Centre Investment Projects Worth Rm164bil Approved For Q2

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 884 hits
Menteri besar Onn Hafiz Ghazi says more than 6 000 quality job opportunities will be available for Johoreans Johor menteri besar Onn Hafiz Ghazi said the state is targeting to house 6 of Malaysia s data centre capacity by 2030 JOHOR BAHRU J...
Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 542 hits
Original Content Zarif Ghazzi atau nama sebenarnya Zarif Farahi bin Effie Ghazzi merupakan antara wajah baharu yang semakin menyerlah dalam industri hiburan Malaysia Meskipun memulakan kerjaya seni di usia muda pelakon berusia 21 tahun ini ...
More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 317 hits
The council s industrial and employment law committee says the state s sole Industrial Court has been setting trial dates as late as the end of 2027 The Industrial Court of Malaysia said the delays were due to priority being given to older ...
Tiga Penjawat Awam Antara 5 Ditahan Rampas Dadah Air Ketum Dan Senjata Tajam

Tiga Penjawat Awam Antara 5 Ditahan Rampas Dadah Air Ketum Dan Senjata Tajam

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 260 hits
Tiga penjawat awam antara 5 ditahan rampas dadah air ketum dan senjata tajam LAHAD DATU Tiga penjawat awam antara lima lelaki ditahan dan sejumlah dadah dirampas dalam operasi Op Tapis di Taman Harapan Jalan Silam di sini semalam Ketua Poli...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Move Out Cleaning Services Singapore Hassle Free Handover Cleaning

Telur Bilis Amira Othman Ketika Bulan Madu Jadi Fenomena Media Sosial

Fahami Masalah Tiroid Nampak Sihat Tapi Dalam Diam Mereka Tengah Fight

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya