Kantin Asam Pedas Kalau Hari Hari Makan Pun Tak Per Sebab Sedap
Hi Korang,
Ini semua kes sabtu lepas hehehhe
Kebetulan kak lily tak de apa nak buat dan kak lily malas nak masak so merayap-rayaplah cari kedai makan sedap kan, tup-tup Marcus introduce kak lily kedai Kantin Asam Pedas ni. Apa lagi keluar awal pagi sabtu tuh semata-mata nak pi makan asam pedas dan tak nak harung jem jalan MRR2 tuh hehehe.
Sampai kul 12.15 tengahari tuh mak oi boleh tahan ramai jugak kedai makan ni ek.
Kalau tengok dari luar rasa macam bukan kedai makan pun bila dah sampai depan pintu baru perasan kedai KANTIN Asam Pedas ni lah.
Selalunya di lokasi sebegini kedai makan selalunya terbuka ini bertutup ye ada aircon gituh wokehhh… Masuk-masuk je impress dengan dekorasi dalamannya, semua berkonsepkan lama-lama, dengan susun atur perabutnya, hiasan dindingnya dan memacam lagi.
Of courselah menunya asam pedas, dah nama pun kedai asam pedas kan hehehhehe
Kak lily show off sket-sket menunya ye..
Asam pedas telur ikan mayong
Asam pedas daging tetel
Asam pedas ikan merah
Asam pedas ikan pari
ayam goreng
Jangan pulak korang meleleh air liur ye bila tengok makanan-makanan semua ni. Kitaorang memang makan beria-ria siap tambah nasi lagi, langsung tak pandang kiri kanan dah.
sejug sirap orang kawin, tak cukup boleh tambah lagi
Kalau korang makan di kedai, menu-menu di hidangkan bersama set seperti nasi putih, ulam-ulaman (refillable) , telur masin, ikan masin dan juga air sirap 'orang kahwin' (refillable). Best kan, tak yah nak pening-pening, makan-makan then tambah je apa yang tak cukup kan
nampak daging tetelnya, kemain besar lagi kan
Anggaran harga setiap hidangan adalah seperti berikut :
Daging tetel RM13
Pari berempah RM14
RM18-RM20 untuk :ikan merah ikan jenahak ikan tenggiri ikan duri/mayong ikan parang ikan sembilang ikan kembung
Ada juga menu goreng-gorengan seperti:ikan bawal goreng set (rm 15-18) ayam goreng set (rm15) lempeng kelapa (rm2) cekodok pisang kampung (rm 6/8/10)
Special/limited menu: Telur mayong (rm 30-50) Kepala ikan merah, jenahak,duri (rm35-50) sampai-sampai je disuruh makan ek huahauha
kemain bahagia lagi diorang ni dapat makan
senyum je time makan
ni lagi makan tak pandang kiri kanan hah
Restoran ni buka pada hari Selasa sampai Ahad dari pukul 11.00pagi hingga 4.30petang sahaja. Hari Isnin tutup. Kalau tak nak makan di sini pun tak per jugak, boleh order untuk bawak balik jugak tau. Telefon je nanti Kak Lin akan siapkan.
Untuk tempahan boleh dibuat di sini : 03-41019876 / 012-6665552
Jom kita ke:
Restoran Kantin Asam Pedas E-G-14 Residensi Bistari, Taman Ukay Bistari, 68000 Ampang.
Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :
Facebook : Kantin Asam Pedas
Instagram : https://www.instagram.com/kantinasampedas
#kantinasampedas
#ukaybistari
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2019/01/kantin-asam-pedas-kalau-hari-hari-makan.html