Asam Pedas Nyonya Aka Gerang Asam Chef Florence Tan



Gerang Asam Nyonya kali ini adalah mengikut resepi Chef Florence Tan dari youtube Dapur Nyonya. Ianya juga dikenali juga sebagai Asam Pedas Nyonya. Jadi cara penyediaannya juga hampir sama. 
Yang berbeza adalah adanya buah keras. Bahan kisar yang digunakan adalah terdiri dari 8 bahan yang saya tulis di dalam resepi. 8 bahan utama tapi saya hanya menggunakan 7 sahaja kerana saya tidak dapat makan belacan.

Tapi sayang sekali, dalam youtube tersebut tidak dinyatakan sukatan bahan. Bahan juga tidak ditunjukkan dengan jelas, Jadi saya mengagak sendiri berdasarkan resepi Asam Pedas saya sebelum sebelum ini. Boleh klik Asam Pedas Johor yang mendapat pujian suami di SINI, Asam Pedas Melaka di SINI dan Asam Pedas Terlajak Sedap di SINI serta banyak lagi. 
Haa nampak tak? Saya adalah penggemar Lauk Asam Pedas. Jangan terkejut kalau saya katakan semasa kecil di kampung, saya tak pernah makan lauk asam pedas. Arwah Bonda pun tidak pernah memasaknya. Kiranya ia adalah masakan baru yang saya belajar sejak saya mendirikan rumahtangga.

Saya sangat suka dengan resepi ini. Rasa asam pedasnya sangat sedap. Penyediaannya yang lama, iaitu proses memasak yang lama dengan kuah direnih menjadikan asam pedas lebih sedap. 

Hubby tak makan nasi tapi hanya meratah ratah asam pedas sahaja.  Haa kepada sesiapa yang menggemari asam pedas, boleh cuba resepi ini. Pasti anda akan puas menikmati asam pedas sedap yang dihasilkan sendiri. 
Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Gerang Asam aka Asam Pedas NyonyaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4 ekor ikan kembung1 kuntum bunga kantan - belah 2Daun kesum1 biji buah tomato - belah 4Kacang bendi 1 kepal asam jawaGaramSedikit gula1 liter air
Bahan kisar:5 sudu besar cili kering 6 ulas bawang merah4 ulas bawang putih1/2 inci lengkuas2 batang serai1 inci kunyit hidup3 biji buah kerasBelacan - opsyenal
Cara cara:Tumis bahan kisar sekurang kurangnya 15 minit menggunakan api perlahan sehingga bau wangi dan terbit minyak. 


Masukkan air asam jawa dan air. Masak hingga mendidih. Setelah mendidih, perlahankan api dan biarkan merenih selama 10 minit. 
Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Kacau seketika. 

Kemudian masukkan ikan. Bila masuk ikan, kena besarkan api semula. Biarkan mendidih selama 10 minit atau sehingga ikan masak. Petua Chef Florence, untuk mengetahui ikan telah masak ialah dengan melihat mata ikan. Kalau dah terjojol tu, tanda ikan dah masak.

Masukkan garam dan sedikit gula. Akhir sekali, masukkan buah tomato dan kacang bendi. 


Bila sejuk, asam pedas akan jadi lebih pekat. Jadi pastikan kepekatan kuahnya tidak terlalu pekat ketika ditutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/01/asam-pedas-nyonya-aka-gerang-asam-chef.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Dan Masak Resepi Pari Asam Pedas

Cara Buat Dan Masak Resepi Pari Asam Pedas

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 705 hits
Cara Buat Dan Masak Resepi Pari Asam Pedas Pekena pari asam pedas nyakut molek ni huhu Tanpa membuang masa Eresepi akan kongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan masakan tersebut Pastinya anda bertambah tambah Cara Buat ...
Asam Pedas Ikan Tongkol

Asam Pedas Ikan Tongkol

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 636 hits
Assalamualaikum Selamat tahun baru 2019 dan hari ini alhamdulillah fizalgk bersiaran lagi setelah lama menyepikan diri dari berblogging Lama betul saya tidak menulis blog bukan sebab merajuk bukan sebab kekeringan idea atau dah bersara dari...
Islam Ialah Agama Bukan Milik Bangsa Arab Francis Tan Ditegur Pendakwah

Islam Ialah Agama Bukan Milik Bangsa Arab Francis Tan Ditegur Pendakwah

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 785 hits
Oleh Ramai yang salah faham dan gagal membezakan antara Islam Muslim Arab Mereka menganggap Islam itu Arab Arab itu Islam sebagaimana mereka stereotaip Islam sebagai ganas tanpa selidik mengkaji lebih mendalam Individu bernama Francis Tan i...
Elizabeth Tan Sedang Belajar Solat Buat Ramai Tertanya Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Beliau

Elizabeth Tan Sedang Belajar Solat Buat Ramai Tertanya Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Beliau

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 961 hits
Elizabeth Tan Sedang Belajar Solat Buat Ramai Tertanya Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan BeliauElizabeth Tan Sedang Belajar Solat Buat Ramai Tertanya Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Beliau
Pasukan Tnb Lakar Sejarah Juarai Piala Tan Sri P Alagendra 2019

Pasukan Tnb Lakar Sejarah Juarai Piala Tan Sri P Alagendra 2019

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 524 hits
Selepas hampir sembilan tahun tanpa memegang kejuaraan skuad hoki TNB berjaya memenangi piala pembukaan hoki Malaysia iaitu 2019 TNB yang diperkuatkan oleh penjaga gol kebangsaan yang pernah diiktiraf antara penjaga gol terbaik dunia S Kuma...
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina Ydpa Sebelum Ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina Ydpa Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 487 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina YDPA Sebelum IniKetua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina YDPA Sebelum Ini
Chef Wan Mengamuk Nasi Lemak Air Asia Tukang Masak Tak Ada Hati Bekerja

Chef Wan Mengamuk Nasi Lemak Air Asia Tukang Masak Tak Ada Hati Bekerja

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 425 hits
A Chef friend of mine flew to Bangkok semlm for his vacation and sent me this sambal Tumis for the Nasi Lemak at the Air Asia Premium Lounge He said I am so disgusted by this CW I replied Me too If i were the head Chef there i would have ki...
Masker Pengencang Kulit Dari Putih Telur Ala Chef Rinrin Marinka

Masker Pengencang Kulit Dari Putih Telur Ala Chef Rinrin Marinka

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 591 hits
Masker pengencang kulit dari putih telur ala Rinrin Marinka Putih telur efektif untuk mengencangkan kulit Sementara madu berkhasiat menjadikan kulit halus lembap dan bercahaya
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah