Kami Tak Boleh Terima Apa Yang Setan Itu Dah Buat Kat Anak Saya Bayi 9 Bulan Maut Diliwat Dibunuh Suami Pengasuh


'Kami tak boleh terima apa yang setan itu dah buat kat anak saya' - Bayi 9 bulan maut diliwat & dibunuh suami pengasuh



27 April 2021, seorang bayi lelaki berusia 9 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas diliwat oleh suami pengasuhnya sehingga mengalami koyakan dan pendarahan di bahagian dubur. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku di sebuah unit blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Taman Putra Damai.


Mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas setelah mulutnya ditekup oleh suspek, Mohamed Badruldin Mohamed, menggunakan tangan dan ketika kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. 


Semasa kejadian itu berlaku, isteri suspek sedang mengemas ruang tamu dan membiarkan Mohamed Badruldin berada di dalam bilik bersama bayi berkenaan selama dua jam dengan pintu dikunci, sebelum menemui bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mohamed Badruldin kemudian membawa mangsa ke hospital dan mengaku sebagai pengasuh bayi berkenaan. 


Pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan koyakan pada dubur mangsa yang dipercayai dimasukkan benda tumpul, selain kesan lebam di mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan. 


Pihak hospital kemudian membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan Mohamed Badruldin dan isterinya. Pasangan yang masing-masing berusia 36 tahun itu disahkan positif dadah jenis syabu. 


Suspek lelaki disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, manakala isterinya pula akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan dan dituduh di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, tertuduh, Mohamed Badruldin Mohamed, 36, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan meliwat mangsa dan hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan membunuh. 


Bagi pertuduhan pertama, Mohamed Badruldin didakwa membunuh bayi berkenaan antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021. Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh meliwat mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama.


Jika sabit kesalahan bagi pertuduhan pertama, tertuduh boleh dihukum mati mandatori, manakala pertuduhan kedua memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan. 


Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 15 Jun untuk sebutan semula kes. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alison Chan May Kam, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Sementara itu, ibu mangsa, Biey Adawiah meluahkan rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa anaknya, Afiq dan menuntut pembunuh anaknya dijatuhkan hukuman mati. 


"Entah macam mana nak mula, entah bagaimana mahu cerita. Sungguh terkilan dengan apa yang terjadi. Kita tunggu polis siasat lagi, nyawa dibalas dengan nyawa. 


"Hati ibu mana yang boleh terima, kan? Hantar anak ke rumah pengasuh dalam keadaan yang sihat, balik tengok anak dah kaku. Rindu yang tiada penghujung. 


"Saya nak (menuntut) keadilan untuk anak syurga saya. Seluruh ahli keluarga kami tidak boleh terima apa yang setan itu dah buat kat anak saya. 


"Anak syurga ibu. Ini gambar tiga hari sebelum adik pergi. Manis leting adik senyum. Adik baru pandai lambai tangan, rupanya lambaian terakhir untuk kami. Hari ini hari lahir ibu sayang. Kita dah rancang nak sambut bersama-sama. Tetapi adik pergi dulu. Tak apa adik, ibu dah redha. Kita tunggu pengadilan untuk adik," tulisnya. 


Sumber: Bernama, Berita Harian, Facebook Biew Adawiah


Sumber: 'Kami tak boleh terima apa yang setan itu dah buat kat anak saya' - Bayi 9 bulan maut diliwat & dibunuh suami pengasuhBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2021/05/kami-tak-boleh-terima-apa-yang-setan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 9 Bulan Maut Diliwat Suami Pengasuh

Bayi 9 Bulan Maut Diliwat Suami Pengasuh

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 295 hits
Bayi 9 bulan maut diliwat suami pengasuh nbsp Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 May 2021 11 33PM
Bayi 9 Bulan Dibunuh Diliwat Suami Pengasuh

Bayi 9 Bulan Dibunuh Diliwat Suami Pengasuh

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 424 hits
6 807 total views 6 807 views today Tidak berperikemanusian apabila bayi lelaki berusia sembilan bulan dibunuh sebelum diliwat suami kepada pengasuh di sebuah rumah di Kelana Jaya di sini pada 27 April lalu Ketika kejadian mangsa dikatakan ...
Sanggupnya Suami Pengasuh Cedera Pada Dubur Lebam Di Mulut Punca Bayi 9 Bulan Maut

Sanggupnya Suami Pengasuh Cedera Pada Dubur Lebam Di Mulut Punca Bayi 9 Bulan Maut

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 371 hits
Hilang kata kata dan boleh bayangkan kesakitan bayi itu yang diperlakukan tanpa perikemanusiaan sehingga meninggal dunia Boleh bayangkan kesedihan ibu bapa bayi itu saat dapat tahu kejadian sebenar ini Menurut laporan bayi yang maut di ruma...
Pengasuh Ditahan Polis Selepas Bayi 9 Bulan Ditemui Maut Dengan Kesan Lebam Di Bahagian Mulut Dan Dubur

Pengasuh Ditahan Polis Selepas Bayi 9 Bulan Ditemui Maut Dengan Kesan Lebam Di Bahagian Mulut Dan Dubur

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 257 hits
1 141 total views 1 067 views today Seorang bayi lelaki yang berusia sembilan bulan ditemui dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dengan kesan lebam dibahagian mulut dan juga dubur Menerusi satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pe...
Pengasuh Suami Dipercayai Bunuh Bayi 9 Bulan

Pengasuh Suami Dipercayai Bunuh Bayi 9 Bulan

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 425 hits
Oleh MASZUREEN HADZMAN PETALING JAYA Seorang pengasuh wanita dan suaminya ditahan selepas disyaki membunuh seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan Selasa lalu Pasangan berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di pangsapuri Jalan PJU ...
Bayi 11 Bulan Maut Terjatuh Dari Tingkat 3 Pangsapuri

Bayi 11 Bulan Maut Terjatuh Dari Tingkat 3 Pangsapuri

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 262 hits
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkap bilik di tingkat tiga kediaman keluarganya di Pangsapuri Sri Aman Jalan Aman Putra di Kuala Lumpur semalam Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata hasil la...
Video Bunuh Liwat Bayi Suami Pengasuh Didakwa

Video Bunuh Liwat Bayi Suami Pengasuh Didakwa

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 255 hits
1 823 total views 1 823 views today Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang merupakan anak asuhan isterinya di sebuah...
Jap Sabar Sikit Boleh Dengan Nada Tinggi Jerit Pada Anak Apa Yang Sedang Diajar Pada Anak Itu

Jap Sabar Sikit Boleh Dengan Nada Tinggi Jerit Pada Anak Apa Yang Sedang Diajar Pada Anak Itu

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 283 hits
Kesabaran ibu ayah memang tak dapat dikawal lebih lebih lagi apabila berhadapan dengan perangai anak yang berbeza beza Sungguh mencabar Sehingga tahap ibu ayah terpaksa menengking anak barulah mereka diam seketika Namun sebenarnya perbuatan...
Angkara Pengasuh Bayi 9 Bulan Pergi Selamanya Doktor Sahkan Ada Kecederaan

Angkara Pengasuh Bayi 9 Bulan Pergi Selamanya Doktor Sahkan Ada Kecederaan

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 410 hits
Sepasang suami isteri ditahan berkaitan kes seorang bayi lelaki maut dipercayai didera pengasuh di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya beberapa hari lalu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti