Kami Kenal Hati Budi Anak Kami Macam Mana Ibu Mangsa Kemalangan Kesal Netizen Kecam Anak Mereka Macam Macam





Tidak dinafikan, kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi semalam yang meragut empat nyawa penunggang motosikal, mengundang banyak reaksi netizen yang rata-rata menyalahkan para penunggang terbabit menyertai aktiviti lumba haram. 

Kecaman, selaran dan tohmahan yang dilemparkan langsung tidak bertapis sehingga mengguris perasaan waris atau keluarga mangsa kemalangan. 


"Kami kenal hati budi anak kami macam mana. Orang kecam macam-macam depa (mereka) tanpa memikirkan perasaan kami yang baru hilang anak,": demikian kata Shahiril Rohaiza Ramli, 46, ibu kepada salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan itu, Muhamad Eizreel Muhammad, 25. 


Menurut Shahiril, anak sulungnya itu bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal dan sudah mendirikan rumah tangga, memiliki dua cahaya mata berusia lapan dan empat tahun dan isterinya kini sedang hamil anak yang ketiga. 


Shahiril mengakui arwah anaknya dari dua beradik itu sememangnya minat dengan motosikal dan berkebolehan membina sebuah motosikal. 


"Dia anak yang baik, bertanggungjawab dan mengambil berat tentang keluarga. Saya ada menasihatkan dia jangan bawa motosikal laju. Saya juga mengenali kawan-kawannya. Mereka anak yang baik dan hormat orang tua," katanya. 


Petang sebelum kejadian, anaknya ada singgah di rumah dan berbual dengan adiknya. Tetapi Shahiril pada ketika itu tiada di rumah kerana sedang bekerja di klinik. Kali terakhir mereka bersembang ketika Aidiladha yang lalu. 


Seorang lagi ibu mangsa kemalangan, Mashitah Md Isa, 44, langsung tidak menjangka berdepan dengan kehilangan seorang lagi anaknya, Mohd Shazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, selepas anak ketiganya, Shazril Haikal, 20, yang juga meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kedah pada bulan Mac lalu. 


Menurut Mashitah, anak sulung daripada empat beradik itu juga mempunyai saudara kembar iaitu Mohd Shazwan Hafiz yang juga terbabit dalam kemalangan sama dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di mana keadaannya kini dilaporkan stabil. 


"Anak kembar kedua saya naik motosikal berasingan dengan abangnya. Kami sekeluarga baru bercuti bersama-sama di Cameron Highlands Selasa lalu dan arwah beli buah tangan untuk semua anak buahnya termasuk bantal peluk Upin Ipin kerana mereka pun adik beradik kembar. 


"Arwah anak saya rapat dengan keluarga. Kalau dia berjalan ke mana-mana, mesti ada sahaja barang yang akan dibawa balik untuk semua orang. Dia juga sudah bertunang kira-kira lima bulan lalu," katanya. 


Abang kepada salah seorang lagi mangsa yang maut, Ahmad Najwan Ikhwan Ahmad Nazrul, 20, berkata, adiknya, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, baru sahaja berpesan kepada rakan-rakannya yang dia mahu disemadikan di Balik Pulau berdekatan dengan kubur arwah datuk mereka sekiranya dia meninggal dunia. 


Dia pada awalnya mendapat panggilan pada jam 6 pagi yang memaklumkan adiknya telah meninggal dunia. 


"Saya teringat baru-baru ini dia ada cerita yang dia bermimpi berjumpa dengan kawan-kawannya yang sudah meninggal dunia. Dia juga ada pesan kalau dia meninggal dunia, dia mahu dikebumikan di Balik Pulau sebab dekat dengan kubur arwah datuk. Kalau ada yang ingin melawat kubur datuk, senang ziarah dia sekali," katanya. 


Sumber: Harian Metro


source https://www.thereporter.my/2022/07/kami-kenal-hati-budi-anak-kami-macam.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/07/kami-kenal-hati-budi-anak-kami-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Boleh Peluk Anak Macam Orang Lain Perit Tak Boleh Jadi Ibu Normal Elyana Kongsi Kisah Besarkan Anak Kanser Tahap 4

Tak Boleh Peluk Anak Macam Orang Lain Perit Tak Boleh Jadi Ibu Normal Elyana Kongsi Kisah Besarkan Anak Kanser Tahap 4

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 222 hits
Perjalanannya cukup struggle sejak belas tahun lalu namun semangat juangnya itu membuktikan kanser bukanlah penamat hidup selagi belum sampai masanya Kisahnya jarang dikongsi namun kali ini dia sudi berkongsi perjalanan menjadi ibu dan pesa...
Aku Kenal Diorang Ni Diorang Ni Tak Pakai Tudung Pun Dah Kena Kecam Youtuber Salahkan Netizen Tak Buat Kajian

Aku Kenal Diorang Ni Diorang Ni Tak Pakai Tudung Pun Dah Kena Kecam Youtuber Salahkan Netizen Tak Buat Kajian

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 364 hits
Aku kenal diorang ni diorang ni tak pakai tudung pun Dah kena kecam YouTuber salahkan netizen tak buat kajianSusulan viral video prank tarik tudung perempuan YouTuber Nick Channel tampil memberi penjelasan bahawa video yang diterbitkan itu ...
Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak Ibu Pun Boleh Join Main

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak Ibu Pun Boleh Join Main

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 214 hits
Alih perhatian anak kecil kita dari gajet apa kata mak ayah cuba asah kemahiran motor halus anak anak di rumah sebaiknya Apa kemahiran motor halus anak dan apa aktiviti yang boleh merangsang mereka Ini yang mak ayah perlu tahu Kemahiran mot...
Video Sayu Hati Dengar Ayash Nangis Ramai Seb4k Lihat Anak Bongsu Shuib Menangis

Video Sayu Hati Dengar Ayash Nangis Ramai Seb4k Lihat Anak Bongsu Shuib Menangis

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 200 hits
Hampir setahun penyanyi Siti Sarah Raisuddin men1nggal dunia aki bat jang kitan v1rus dan meninggalkan suami yang juga seorang pelawak serta empat orang anak Suaminya Shuib Sepahtu membesarkan empat orang anak mereka sendirian dan pastinya ...
Ibu Kepada Empat Anak Di Penjara 14 Bulan Curi Dua Peket Milo

Ibu Kepada Empat Anak Di Penjara 14 Bulan Curi Dua Peket Milo

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 204 hits
MARANG Seorang suri rumah dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya di sini pada 25 Mei lalu mempunyai empat orang anak sebelum ini ...
Seorang Ibu Sempat Campak Anaknya Sblm Dia Maut Dlm Kemalangan

Seorang Ibu Sempat Campak Anaknya Sblm Dia Maut Dlm Kemalangan

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 236 hits
Seorang Ibu Sempat Campak Anaknya Sebelum Dia Maut Dalam Kemalangan JAKARTA Seorang ibu bertindak cepat dengan mencampak anak lelaki yang berusia empat tahun dari motosikal yang ditungganginya daripada menjadi mangsa kemalangan di Jalan Tra...
Nak Lelaki Rajin Bukan Anak Orang Kaya Harap Duit Ibu Bapa Shila Amzah

Nak Lelaki Rajin Bukan Anak Orang Kaya Harap Duit Ibu Bapa Shila Amzah

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 240 hits
Biarpun dicop gatal kerana sering bercakap soal jodoh kepada umum penyanyi Shila Amzah memilih untuk bersikap positif dan enggan mengambil pusing dengan mulut orang luar Menurut Shila dia sudah cukup penat dengan kec4man selama 22 tahun ber...
Fizo Bagi Hint Nak Tambah Anak Tapi Netizen Cakap Rest Dulu Sabar Dulu Abe Joe Bagi

Fizo Bagi Hint Nak Tambah Anak Tapi Netizen Cakap Rest Dulu Sabar Dulu Abe Joe Bagi

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 265 hits
Sekitar dua minggu lalu pelakon dan usahawan Fizo Omar mengumumkan berita gembira apabila isterinya Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata Selepas mengumumkan berita gembira itu Fizo kemudiannya memuat naik video perkembangan terkini ...
Celah Mana Yang Salahnya Beza 33 Tahun Netizen Berbalah Pendapat Tentang Video Tiktok Guru Kahwini Bekas Pelajar

Celah Mana Yang Salahnya Beza 33 Tahun Netizen Berbalah Pendapat Tentang Video Tiktok Guru Kahwini Bekas Pelajar

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 185 hits
Bermacam macam jenis trend di TikTok yang mendapat perhatian netizen namun ada satu trend yang menimbulkan perdebatan netizen di media sosial Trend tentang menunjukkan perkahwinan di usia muda atau berkahwin dengan bekas pelajar atau guru k...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah